01 Ogos 2014
Signs Of An Accepted Ramadan | Mufti Menk | Yaseen Media
Sebagai peringatan dan rujukan diri sendiri....
17 Julai 2014
Peringatan Menghadapi Ramadan
29 Julai 2013
Share: A Life Changing Reminder ᴴᴰ :: 10 Malam Terakhir Ramadhan
* Video2 di atas adalah video yang sama. Saja link kan semua, psal video sebelum ni dah di removekan. kira back up lah kalau mana2 video takda nanti.
Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan sepenuhnya untuk mencari keredhaan Allah.... memang agak sukar utk kita tentukan bila, jangan ambil lewa, setiap malam dalam 10 malam terakhir ini kita anggapkan ianya adalah malam itu.... maka berdoalah dengan kusyu' dan ikhlas.....dan berulang kali.....
28 Julai 2013
Share: #Ramadan Reminder ᴴᴰ - It's Not All About Food
17 September 2012
Share: Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku
Persoalannya, macam mana kita sebagai seorang muslim, sebagai umat Rasulullah SAW, sebagai pewaris jalan yang satu-satunya benar nak bereaksi dengan situasi ini? Bagaimana agaknya reaksi yang Rasulullah SAW akan berikan jika menghadapi situasi ni?
26 Ogos 2011
Jalan TAR nak dekat rayer nih…


Petang semalam lepas opis pegi jln TAR niat nak carik baju melayu yg siap. Konon nak matchkan dgn baju kurung raya dora yg baru siap. Sibaik opis dedekat Jalan TAR. Kalu dak, jangan harap lerrr.....
25 Ogos 2011
Ramadan 1432
| Puasa ke-7. Dari kanan bawah Lemak Kuning Ketam, Kailan Ikan Masin, Ayam Goreng Madu, Home made Lasagnia & Ketam Ball |
| Restoren Chiang Rai Danau Kota |
| Rumah. Nylea pun "sibuk" sekali....... |
| Bahagian Luar, Starter...... |
| Roti Jon Siakap Melaka & Mee Hailam Sg Buaya |
| Lopez |
| Popia Goreng |
| Rambutan & Pulasan |
| Bahagian dalam, nasi & lauk pauk |
| Ikan Kembung Percik & Ayam Percik Ala Kelate |
| Sup Kambing Mawar |
| Sambal Sotong Kak Nor Terbaek..!! |
26 Februari 2011
Nylea Mengorak Langkah
28 Januari 2011
Shelter Home for Human Immunodeficiency Virus - Positive
Pada lokasi pertama, rumah tu operate by mubaligh christian. Ada doktor dan jururawat volunteer sepenuh masa. Jururawat tu siap datang dari France lagi nak berkhidmat bakti kat mesia. Ikut pengurus tmpat tu, rakyat tempatan tak minat volunteer sebab ganjaran duit yg skit. Mata duitan ler katakan org2 mesia ni. Lagi pun aku rasa stigma masyarakat terhadap golongan ni pun salah satu sebab utk orang mesia takut volunteer kat tmpat2 mcm ni. Aku sendiri yg nak pegi lawat ni pun seram sejuk jer rasa, tak tau plak kenapa.
Walaupun rumah ni mmg kuat dengan ciri2 kristian (salib merata2, gambar2 dan kata2 kristian jadi hiasan setiap sudut), tapi masih ada bebrapa orang penghuninya adalah melayu. Majoriti nya memang cina ler. India pun ada. Bila ditanya yg melayu kenapa mereka kat situ, tak pergi rumah perlindungan lain yg berciri islam, jawab diorang layanan yg diorang terima kat situ sangat baik dan tidak dipandang serong. Entah ler. Walaupun ada disediakan bilik kecik, sbagai surau kat rumah tu, tapi tak pasti plak samada bilik tersebut digunakan atau tidak. Harapnya digunakanlah setiap waktu solat. Moga Allah melindungi mereka.
Di rumah kedua plak Alhamdulillah diuruskan oleh muslim dan penghuninya juga muslim. Bila ditanya, mereka gembira di rumah tersebut kerana makan, pakai, kesihatan malah amal ibadat dijaga. Alhamdulillah, walaupun pernah melalui jalam gelap, tapi sempat gak diorang kembali ke pangkal jalan yg lurus yang diredhai.
Melalui maklumat yg dapat, secara demografinya di rumah2 perlindungan HIV lelaki ini, majoriti penghuni cina mendapat jangkitan HIV setelah melakukan hubungan seks dgn pelacur atau melawat Thailand. Manakala penghuni melayu dapat dari suntikan jarum dadah. Nauzubillah.
Kebanyakkan dari mereka sedar bahawa rumah perlindungan ni mungkin rumah tempat terakhir mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tapi memang fungsi rumah ni melindungi penghuninya terutama dari mengalami jangkitan penyakit lain. Penghidap HIV meninggal dunia selalunya disebabkan badan mereka tidak mempunyai imune utk melawan penyakit2 lain tu. Bukan disebabkan secara terus oleh virus HIV. Jadi tahap kebersihan kawasan rumah perlindungan ni memang diberi perhatian serius & sangat diutamakan. Aku pun kagum dengan tahap kebersihan kedua-dua rumah ni.
Moga aku dan sesapa yang baca ni dapat pengajaran dari sini dan dilindungi dari segala musibah. Insyaallah. Apa2 pun, ajal maut ditangan Allah. Kalau sakit sekali pun, tapi kalu ajal blum tiba, orang yg sihat pun bole jalan dulu.
05 Januari 2011
RON97!! ahh.... mahalnyer dikau......
Yang peliknya, seingat aku manjang jer naik petrol nih..... jarang jarang jaaarraaaannnnnggggg benar nyer yang turun. Tak bole ker orang2 kat atas tu pikir cara yang lebih berkesan utk kawal harga petrol ni? Kalu tak bole pikir.... ni haaa... dah ada profesor yang tolong pikirkan. Implementkan sajaaa.......
11 Disember 2010
16 November 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Menyambut Aidiladha. Sambutan umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anak baginda Nabi Ismail A.S dalam memenuhi dan menunaikan perintah Allah SWT. Sambutan bukanlah bermaksud perayaan semata2 atau rileks sebab ada cuti. Semasa sambutan ini umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah2 tertentu. Dimulakan dengan bertakbir memuji kebesaran yang Esa. Diikuti dengan sembahyang sunat 2 rakaat berjemaah dan disusuli dengan khutbah seterusnya menjalani ibadah korban.
Korban ni plak bukan ler semata2 sembelih lembu & dapat makan daging dan bekalan daging seminggu. Erti disebalik ibadah korban yang aku perlu bebetul fahami. Apakah erti pengorbanan? Apa yang pernah aku korbankan untuk agama, bangsa dan negara aku? Adakah memadai? Atau aku hanya redha untuk berkorban untuk diri sendiri atau keluarga terdekat sahaja? Bagaimana pengorbanan aku kepada saudara seislam aku yang lain. Yang lebih memerlukan...... Adakah aku mampu berkorban seperti mana Nabi Ibrahim A.S & Nabi Ismail A.S sekiranya dituntut?
Selain tu sudah tentu Aidiladha ni dikaitkan dengan ibadah Haji. Rukun Islam Ke-5. Memang ada simpan harapan untuk sampai ke Mekah bagi menjalankan ibadah ni. Cuma urusan serius ke arah tu belum dimulakan lagi. Asyik tertangguh jer….. Harap dapat hidayah kearah itu. InsyaAllah. Tahun ni Abah kat Mekah sekali lagi. Alhamdulillah rezeki dia dapat pergi banyak kali… tak pasti plak aku berapa kali. Aku doakan dia selamat pergi dan selamat kembali dan berjaya menjalani ibadah haji di sana dengan sempurna. Moga pulang dari sana nanti ada perubahan yang positif.
Tahun ni tak balik kelantan. Beraya kat KL ajer.....
29 Oktober 2010
Aidilfitri Circa 1987
Tak pasti tarikh sebenar gambar ni dirakam. Yang pasti lokasinya di Port Dickson. Kalu nak ikutkan Wan (adik bongsu) lahir Feb. 1986. Anggaran masa gambar ni diamik, mungkin Wan umur dalam 1-2 tahun. Disamping tu semestinya gambar ni diambil masa raya. Ye ler, bila lagi masa nak amik gambar reramai selain raya. Tambahan plak Wan (kat depan skali) pegang sarung duit raya. Jadi aku agak, gambar ni ambil pada raya tahun 1987. E eh.... dah wujud ker sarung duit raya masa tu?Betapa sempoi jer menyambut raya masa tu. Tak der nak sesibuk ikut tema warna.... Entah2 masa tu takda baju raya pun.... Pkai apa yang ada. Tengok ler Abg Zumi, pkai kain pelekat lusuh jerr...... huhuhuhuh
Kalau 1987, maknanya (ikut turutan dari atas ke bawah) Abg Zumi masa tu umor 20 tahun, Kak Nora Form 4, Kak Nonie Form 6 (eh... k.noni pegi form 6 ker?), arwah Kak Liza Form 2, Aku Darjah 6, Wati Darjah 4, Azlin Darjah 2, Cik 4 tahun & Wan 2 Tahun. Sekang, semua dah jadi makbapak orang dah. Cuma arwah Kak Liza jer tak sempat jadi mak orang (AlFatihah). Begitu cepat masa berlalu. Tak lama lagi semua ni jadi datuknenek orang plak. huhuhuhu. Entah macam mana keadaan masa tu?
Pada semua adik beradik, kalu korang baca blog ni (psal aku kureng skit ngan FB) walaupun nampak aku macam tak kesah..... tapi semenarnya aku kesah..... Cuma buntu.....
23 Oktober 2010
Taiping.... Menarik...!! ...ker?
Taiping pernah jadi ibu negeri Perak. Start boom psal penemuan bijih timah oleh sorang mamat ni nama Long Jaafar. Pastu start aktiviti perlombongan timah dengan penglibatan pendatang China. Penjajah British pun berminat ngan Taiping psal sumber timah. Start situ lah, bandar Taiping pesat dibangunkan. Hingga kini kebanyakkan bangunan2 lama diwariskan di bandar Taiping. Tahu tak, Taiping bandar paling lembab di Malaysia? Bukan lembab perlahan atau bodo, tapi lembab kerana menerima taburan hujan paling tinggi. Tahu tak lagi, aku pernah sekolah menengah asrama situ 3 tahun. Kira banyak gak ler nostalgia ...... Tu antara fakta2 psal bandar Taiping.
29 Ogos 2010
Nur Kasih
Memang aku layan cerita ni dulu. Tak tau plak kenapa aku layan. Tak banyak siri TV yang aku layan. Mungkin faktor pelakon2 yang mantap dan cun. Mungkin psal cinematografi yang real & menarik, angle semua kreatif. Mungkin psal watak2 dalam tu menarik, senang nak relate dan menjadi idaman (sapa tak idam bini macam Nur Amina? hehehehe.... Dora pun idaman gak.... jangan marah yerk). Mungkin approach dakwah yang dibawa. Mungkin psal lagu Nur Kasih Yassin tu berantu. Aku takda jawapannya.......Dalam bulan posa ni TV3 tayang semula drama ni waktu sahur sebelum subuh. Walaupun kali ni aku tak brapa layan sangat psal dah puas layan dulu, tapi ada sesuatu yang membuatkan aku terasa nak Blogkan psal Nur Kasih ni. Ada beberapa dialog dalam drama ni yang meninggalkan kesan dan aku teringat dan perlu sentiasa diingatkan.
1. Masa Adam memula bawak Cat balik Mesia. Dia suruh Cat tudung kepala. Cat tak suka dia kata bertudung tu bukan diri dia. Adam balas "Memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik".
2. Masa Adam jadi tak betul psal Nur hilang. Adil ajak Adam buat baik, tapi bukan terperap semayang saja. Kena keluar buat baik ngan orang. Adam kata dia tak kenal orang2 kampung tu untuk dia buat baik. Adil cakap "Nak buat baik, kita tak semestinya kenal orang tu".
3. Episod last2, masa Adam baru balik dari India. Masa tu Raya kot. Adam keluar layan permandangan bendang. Adil datang. Adam cakap "Tuhan tak menduga kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung".
Lebih kurang gitu ler maksudnya.......
Selamat Menyambut KeMERDEKAan Kali Ke-53
Tahun ni sambutan nampak macam hambar sikit. Walhal tinggal 2 hari jer lagi. Kenapa yerk? Semua orang sibuk beramal ibadat sempena bulan Ramadhan ni kot. Almaklum peluang beribadat dengan ganjaran yang besar hanya datang sebulan jer dalam setahun. Takkan nak lepaskan peluang ni, kan? Sibuk buat sambutan raya? errr..... tak lah..... amal ibadat lagi sibuk. Dah masuk 10 hari terakhir ni.... Kena lipat gandakan amalan. Mencari malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Huhuhuhu.... ;P
Merdeka & Puasa.... lebih kurang jer. Merdeka bebas dari penjajah, membolehkan kita mencorak sendiri halatuju negara kita bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Puasa bebas dari belenggu syaitan, membolehkan kita beramal ibadat dan mandapat ganjaran seperti yang dijanjikan.
Camna pun sejarah jangan dilupakan. Belajar dari pengalaman, kita akan matangkan lagi tindakan dan pemikiran kita. Jangan diulangi kesilapan yang lampau. Sayangilah Malaysia tanahair kita. Baik buruk kita yang mencoraknya.
10 Ogos 2010
Salam Ramadan
Firman Allah S.W.T: Salam Ramadan kepada semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Selain menahan lapar dan dahaga, kenalah jugak tahan dari perkara-perkara yang tak baik. Ya Allah! berilah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Moga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dan rasa syukur. InsyaAllah kita akan berada dalam golongan yang mendapat keberkatan dan kemuliaan Ramadan.
06 Julai 2010
JUJUR
Aku rasa spesis manusia yg jujur atas muka bumi da hampir pupus. Aku mula berpendapat camni masa aku hilang henpon aku beberapa bulan lpas. Mmg akui, kecuaian aku jgak yg tertinggal dlm toilet. Tapi utk org lain jumpa dan anggap 'rezeki' dia jumpa henpon tu sangat tidak jujur. Setiap mender mesti ada tuan atau empunya yg berhak atas mender tu. Jadi kalau jumpa pun, mender tu bukan hak korang utk jadikanya harta mender korg. Lpas aku sedar henpon aku tercicir, trus call pkai henpon bini aku, tapi dah di offkan. Apa motif offkan henpon tu? tak bole ker biar n tunggu orang call atau call sesapa dr phone book henpon tu utk pulangkan balik. Henpon hilang mmg ralat, tapi ralat lagi info n contact yg ilang skali.
Cerita lain plak, sekali tu, dlm pjalanan pegi opis aku dengar radio? Topic dier, mender pelik yg pernah jumpa dlm makanan. Sorang akak ni call, dier citer satu hari tu dier beli daging dr pasar malam. Balik rumah dia jumpa duit rm100 dlm plastik daging tu. Dari gaya mcm gembira dan excited jer dier jumpa duit tu. Dia kata dia pakai duit tu utk beli barang utk anak2 dia. What the....? Hoi akak...Tu bukan duit ko ler. Bole sgt kalau ada kejujuran, duit tu dipulangkan balik kat gerai yg jual daging tu. Ngan tk rasa bdosa plak bole beli brg utk anak2 dia. Tak heran ler kalu anak2 dia nanti besar jadi tak jujur mcm mak dia jgak. Nak buat aku lagi terkilan, dj pompuan radio tu bole support n sama2 gembira akak tu 'makan' duit haram tu. Ish... Ish....
Bebaru ni pun ada dengar dlm radio, pemanggil tu cerita, dia beli 2biji burger, bayar utk 2biji burger. Tp bila balik, ada 5biji burger. Dah tu boleh plak dia kata dia jual burger yg lebih tu. Da sah dapat free, paling busuk kalau tanak antar balik, bg jer ler sedekah kat orang.
Ini tak masuk kejujuran tahap yg lebih tinggi macam kerja hari2 kat pejabat. Sejauh mana masa kita di pejabat dihabiskan? Utk kerja & t/jawab pejabat 100% atau ada unsur peribadi? Sejauh mana peralatan macam telepon, alatulis, komputer dll digunakan? Yg ni aku pun kantoi gak.... Huhuhu. Aku pernah dengar sorang pemimpin famous kat pantai timur mesia ni, takmau guna pen utk menulis bagi tujuan peribadi. Hebat. Pen pun tamau guna. Betapa jujur. Patut jadikan tauladan.
Aku citer pumpampumpam ni bukannya aku jujur sgt. Aku harap aku bole kawal diri aku dari godaan tidak jujur ni. Harap dgn tulisan ni sekurang2nya bg peringatan kat aku utk jujur seboleh yg mungkin. Sekurang2nya aku tau, sengkek macam mana pun kalu jumpa barangan bharga orang lain, aku akan cuba usaha utk cari tuan punya dan pulangkan. Kalau jumpa duit yg tak da tanda sapa tuan dia, paling kurang sedekahkn ajer.
Dunia akan lebih aman kalau semua orang JUJUR......


