Dalam minggu lepas, Nylea dah brani dan yakin menghayun langkah. Satu persatu jejak diorak dgn penuh hati2 sambil senyuman sering terukir menampakkan barisan 6 batang gigi susunya. Pipi gebunya terangkat naik semasa senyuman dilontar. Gembira betul dengan pencapaian barunya tu. Kedua2 tangan terkapai-kapai paras dadanya sambil jemari halusnya dialun-alun. Mungkin tindakan refleks tangannya untuk berikan keyakinan atau hanya untuk dapatkan kestabilan.
Abis ceruk bucu rumah kecik ni diteroka Nylea. Sambil mulut melontarkan suara merdu lagi manja. Kngkadang bunyi 'aaaa.....aaaa', kalau bernasib baik kedengaran 'abbaaa....abbaaa', jarang2 'babbaaa....babbaaa', beruntung kalau dengar 'mammaa...mammaa'. Tak lupa jgak 'tattak...tattak'. Kalau sesapa lalu sebelahnya, tangan mulus nya dihulurkan seperti meminta untuk dipimpin. Kalau kedua belah tangan didepa, tandanya minta didukung dipeluk dicium manja. Walaupun sudah bole, tapi masih harapkan panduan dan belaian yg berpengalaman, supaya langkahnya teratur lebih yakin dan kemas.
Keyakinan telah ada, tapi kengkadang kalau terlalu tinggi tak terkawal, jatuh terduduk juga. Takpa lah, Nylea bingkas bangkit semula selepas sejenak memikirkn dimana silap salah langkah tadi. Begitulah yg aku baca. Teruskanlah melangkah Nylea, memang adat manusia untuk belajar, amal dan berlatih berterusan untuk menguasai apa2 ilmu di dunia ini. Sekali sekala kesabaran kita diuji. Hari ini ilmu untuk melangkah. Esok lusa pelbagai kemungkinan ilmu lagi yang bole Nylea pelajari. Jangan risau. Ianya takkan habis walaupun sepanjang hidup hayat mu. Rugilah kalau tidak dicari dan pelajarinya, kerana ilmu dan amal mampu menaikkan kemuliaan darjat mu, perbaiki kelemahan diri. Dada jangan didabik, tunduk tak semestinya lemah. Hormati hak orang disekitar mu. Tak perlu menagih imbuhan material, sekadar jujur dan ikhlas, ganjarannya lebih besar walaupun tidak secara jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan