Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

19 Januari 2014

Prinzpark Terengganu

Ada kaitan dengan post kopok lekor ni. Dah lama ni.... jadi aku pun tak berapa ingat apa citer... Apa2 pun share jugak ler... sekurang2nya bole layan gambar.

Atas tuntutan tugas, aku ke Kuala Terengganu untuk 2 malam dan 2 hari. Hotel disediakan oleh penganjur program di Prinzpark Terengganu. Tak pernah dengar lagi nama hotel ni. Hotel baru kot. Kalau hotel baru mesti best. Gitulah expectation aku. Terletak dalam Terengganu Equestrian Resort (TER) kat Kuala Ibai. Dekat dengan masjid terapung putih kat KT tu. TER ni dengarnya tempat YM Sultan Terengganu simpan kuda-kuda baginda. Aku ke hotel ni naik teksi dari Airport Terengganu, dalam lebih kurang 20-30 minit.


Bila masuk bilik... hmmmm..... luas jugak.... itu jer. Semenarnya bole kata terlebih luas dari yang sepatutnya. Hingga nampak macam "kosong" dan takda wow factor plak. Kalau sewa bilik untuk bawak family yang ramai mungkin sesuai. Walaupun macam ada cubaan untuk menggempakkan suasana bilik, tapi macam tak cukup. Walaupun hotel ni baru, tapi gaya dan idea agak biasa. Finishing dan furnishing dipilih dari tona warna bumi (earth tone) dan tiada corak striking. Mungkin psal tu suasana dalam bilik dull saja. Atau mungkin itu yang designer interior hotel ni mau.....

24 April 2013

Vistana Hotel Bukit Jambul Penang



Outstation... Lama gak dah tak kluar. Kali ni ke penang. Hotel diorg suh amik kt vistana sekali ngan semua orang, senang driver nak collect nanti.

Walaupun kira kerap gak aku outstation penang, tapi tak pernah stay lagi kat vistana ni. Kira ni 1st time ler.

Keadaan n persekitaran kira memuaskan. Tada apa yg nak dikomplenkan.

Paling aku suka dalam bilik tidur, bantal dia. Mmg empuk, selesa dan menyenyakkan tidur. Letak kepala... Kepufff..... Tenggelam. Fuh.... Tu baru tido sorang. Kalu tido berdua... Mesti lagi best... Huhuhu.

Selain tu shower rose dlm toilet pun best gak. Puas hati mandi. Air banyak dan penuh.

Kejap jer stay sini. Check in da lewat petang.... Check out awal pagi.


Main Lobby
Lobi Lif




Mini Bar
View from my room
Another view
Shower rose yang besar...puas hati



Breakfast Buffet.... banyak gak pilihan... rasa nya ada 5-6 station
Tapi aku makan ni jer... jaga badan... hhuhuhu

16 April 2013

Project Revisit

Projek opis aku... Da hand over ke client lebih kurang setahun dulu. Aritu visit balik untuk tau feedback especially internal layout utk apply ke projek yang lebih kurang sama tapi kat utara tanahair.

Intricate & banyak betul detailing ornamental kat projek ni. Walaupun camtu, unseen problem semasa peringkat rekabentuk mmg normal. masa dah guna baru tau.... oh itu tak cukup... ini terlebih.... patut macam tu.... patut camni.







Akhirnya tengok gak design 'ukiran' aku kat bangunan. Selama ni tak tengok... Psal tak smpat nk visit. Huhuhu....





22 Julai 2012

Concord Hotel Shah Alam

Alamak...... ni bila nyer ceghita nih....?? aku dah save gambar dalam blog ni lama.... cuma tak sempat nak publish jer. yang aku ingat aku pegi concord shah alam ni psal ada bengkel yang aku kena attend....2-3 malam gak ler. memandangkan tak berapa nak ingat.... layan gambar je lerrr..... ahaksss.....

column bapak besar kat main lobby

bilik sederhana ajer.....

toilet


dalam closet..... ada security box

king size bed

study table


View dari dalam bilik

TV ketinggalan zaman & mini fridge

toiletries percuma dalam toilet

view dari lobi lif, nampak plaza masalam n swimming pool

view dari bilk, masjid shah alam ketika senja

Nak citer F&B concord ni..... memang best makanan kat sini....


ada live music.... layman.... siap bole request lagu
Antara yang best F&B sini, pasta dia..... bole customised ikut selera kita..... ada borang special utk order.... mintak jer camna yang kita nak..... chef akan masakkan


yang ni chef tu yang suggest kat aku..... sluurrrpppp..... e eh.... posaaa..... tak leh lelebih....





29 Jun 2011

2nd Trip to Lawas :: Sotong Bakar

Sambungan dari sini.

Kat pasar malam yang happening tu, ada deret tu jual ikan segar ajer. Mmg segar n memacam jenis, saiz dan bentuk ikan. Mmg tk dapat kalu nak beli kat mana2 psar kat smenanjung. Ada tu ikan warna merah menyala.... Ada warna hijau.... Yg aku rasa layak utk jadi ikan hiasan dlm akuarium. Tapi diorg jual utk dimakan.

Ada section tu plak jual ayam bakar & seafood bakar termasuklah ikan, udang & sotong. Aku tak lepaskan peluang makan sate tongkeng bakar & sotong bakar. Tongkeng tu rm1/batang. Sotong bakar plak rm10 utk 5 ekor, 1 cucuk.

tongkeng ayam bakar

salah satu gerai ikan/seafood bakar

udang bakar.....

deretan sotong bakar......

Sotong bakar yang aku punya malam tu......
Mmg fresh sotong tu, tak liat dan manis. Tapi aku dpt mkn 2 ekor jer psal kenyang. Jalan balik hotel sesambil tengok2 bandar KK. Sampai bilik, baru makan makanan flight yg tapau tadi. Sotong sekor lagi aku sebat wat lauk tuk mee flight tu.

kat foodcourt dedekat hotel.... fresh seafood utk dipilih & dimasak fresh..... yummy..... aku telan air liur jer lerrr....
Keesokan arinya bangun awal. Psal pkul 6pg da nak bertolak ke Lawas naik trooper. Tapi kat KK, pkul 6pg tu dah terang benderang dah. Jalan kira ok ler, selesa gak. Tak macam yg aku imagine ler. Jalan melalui beufort, sipitang dll. (aku pun tak ingat nama tempat2 yg dilalui) Nak dekat pkul 10 baru sampai Lawas......hahaha... kematu bontot dibuatnya....

Sampai kat Lawas, sotong bakar yang belen lagi 2 ekor tu, dah busuk... hahaha..... aku buang jer dlm tong sampah.... ahaksss.....tu ler akibatnya bila nafsu menguasai masa beli sotong tu.....

Settle semua keje kat Lawas, bertolak nak dekat pkul 2pm sampai airport KK pkul 5pm. Sekali lagi lenguh bontot dibuatnyerrr..... Ada gak singgah kat gerai tepi jalan untuk beli ikan bilis & udang kering. Kat Airport plak, beli udang besar.... memang mahal... aku amik yang harga RM50/pack... udang kuning. Kalu udang rimau & lobster lagi ler mahal..... dah beli kang sampai umah tak gheti dimasak, tak guna gak ... ye tak....?

Tak tau ler aku, ada peluang tak sampai ke Lawas ni lagi, psal projek pun dah sipi2 nak siap. Kalau sempat lagi, nak gak jenguk kat Brunei, camna ghupanyer.... dah dekat sangat dah tu......

22 Mei 2011

2009 _ Ekspidisi Bukit Tabuh - Part 1

Lanjutan dari entry aku psal bukit broga, ni aku postkan gambar masa aku naik bukit tabuh ngan gang2 tmpat keje. Nak lebih tepat lagi x-opis aku. Kebetulan kat opis tu ada sorang mamat ni aktif panjat gunung / bukit. jadi utk aktiviti rekreasi dia cadang ke bukit tabuh ni. Diorang setuju aja. Aku pun join sekaki. Lepas aktiviti selesai, baru kitorang dengar yang tmpat ni byk kali brlaku kejadian hilang, mati n terjatuh.... Huhuhu ngeri siut. Kalu dengar sblm naik, mau pikir 2-3 kali. Ahaksss....

Ekspedisi ni berlaku pada tahun 2009. Da lama jgak ler. Jadi detail2 dier mungkin aku tak brapa nak ingat sangat.

Mula awal pagi. warm up n baca doa. Pastu mulakan prjalanan rentas anak sungai yg ngalir keluar dr dam klang gate. Memula tu panjat bukit dlm hutang tebal ikut lorong2 denai sedia ada. kenkadang ada gak bahagian yg terlalu curam, terpaksa guna tali. Tali tu pun mmg dah sedia ada kat situ. 5-10 minit pertama tu dah ramai mcm nak give up psal letih sgt. Ada yg nak turun balik. Guide yang follow dok kata dekat jer lagi, jadi teruskan ler jgak.





Sampai ler kat zon yang mula pokok2 besar dah takder dan mula nampak view. Masa ni ni ler semua jadi excited & mula dah tak lupa keletihan. Belah sini view KL, belah sana view hutan, bukit & tasik dam klang gate. Memang view yang marbelos!!....



Kat sini ler mula terpecah 2 group. 1 group yang bersemangat nak teruskan perjalanan ke puncak dengan cepat. Diorang tak peduli sangat ngan view2 tu. 1 group lagi yang sibuk keluarkan DSLR memasing n amik gambar... posing sana posing sini view sana view sini. Diorang jalan 2-3 langkah stop amik gambar.... ahaksss..... Aku plak tetengah... nak amik gambar ye gak... nak jalan pun yer gak. Jadi aku terpisah dari group depan ngan group belakang.... jalan ler kebanyakkan nyer sengsorang.


 




Bila kat zon ni pokok bebesar dah takder sangat.... kebanyakkannya jalan atas batu. Ada 4-5 puncak sebelum sampai ke destinasi. Jadi ada turun naik. Kat puncak terakhir paling mencabar. Kena guna tali dan curam 90degree utk sampai ..... ahaksss...... masa ni tunggu ler paling lama nak lepaskan sorang2 naik.

Nampak gaya kena stop kat sini dulu... psal bnyak lagi gambar ghupanyer..... kita sambung part 2 plak laaa......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...