Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan

17 Oktober 2013

Aidilfitri 1434H (2013M)

Bila belek2 blog ni, dedulu aku banyak bercerita psal keluarga.... baca entry2 yang lama, buat aku tersenyum, kengkadang terharu... rasa lebih bermakna. Sejak kebelakangan ni, dah ler tak berapa nak sempat update blog, bila update jer, ceghita yang tak berapa nak kena psal sendiri. So lepas ni, aku rasa nak cuba balancekan. Ceghita personal untuk tatapan aku baca dimasa akan datang.... dan ceghita yang boleh dijadikan panduan pembaca... (panduan lah sangat)

Lama dah tak update gambar hari raya.... ahaksss... ni bukan hari raya Aidiladha tau... ni Hari Raya AidilFitri 1434H.... memang ketinggalan giler..... Tapi aku nak update gak.... supaya aku bole senyum bila baca balik 3-4 tahun akan datang... huhuhu

So..... raya pertama tahun ni giliran di Kuantan. Macam biasa, Rumah Nanny akan jadi port utk semua keluarga berkumpul lepas solat raya. Memang meriah... almaklum, keluarga mama memang besar. Hidangan wajib dan memang aku tunggu2 adalah laksa. Memang rare... kalau nak makan kena tunggu raya.... ahaksss... memang kena kekalkan tahap rare tu... supaya raya lebih seghonok. 

Ruang Makan belah dalam
Ruang makan belah dalam
Ini lah laksa rare khas utk raya ajer kat kuantan
Dah campur, inilah ghupanyer..... nyum nyum.... tengah tulis ni pun kecur air liur
Aku tak pasti plak ni laksa apa... aku ingatkan sebelum ni laksa johor.... Tapi mamayoh cakap bukan laksa johor.... ni lah laksa kuantan katanya. Hmmm.... ada plak laksa kuantan ker? Apa2 pun aku masih anggap lebih kurang laksa johor. Cuma dari segi rasa, dalam banyak2 laksa johor yang aku pernah makan, mmg takleh lawan laksa kuantan ni. Dengarnyer Nanny ada resepi rahsia untuk bagi laksa ni power.... Nak tau apa rahsianya?..... TAKLEH... psal rahsia.... huhuhuhu

Family Potret
Just d 5 of us
Lepas kat rumah Nanny, pegilah beraya kat rumah2 makcik2 dan pakcik2 Dora. Ada time yang singkat jer utk ziarah, psal raya ke-3 dah nak berangkat ke Kubang Kerian plak. Memang tak berapa nak sempat beraya sakan tahun ni, psal nak reseb cuti utk projek jenjalan hujung tahun. huhuhuh

Nylea dengan errr....( alamak... sapa nama yerk?) dengan anak Fardia.... best friend sepanjang raya di kuantan. huhuhuh

Awal pagi raya ke-3 dah bergerak balik ke Kelantan.... sampai Kubang Kerian sebelum pkul 2ptg. kebetulan abah buat open house. Pastu ikut Abang Zumi Pegi beraya.....

The Red Warrior memancing di hari raya... hahaha.... tak kenal pun sapa ni....

Kalu kat family belah sini, Hasya best friend Nylea

Raya ke-4.....
Nabil terserempak dengan Ayah Tok... 

Al-Fatihah untuk Arwah Nek Mi... kali terakhir dapat berjumpa masa beraya ni. Kembali ke Rahmatulallah baru-baru ni. "Ya Allah, ampunilah Nenek Mi, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya." 

Selepas asar, ke kawasan tanah perkuburan tok, mak sebelah abah untuk ngatik & berdoa beramai2. Abah cuba wujudkan tradisi ziarah kubur pada hari raya sejak aku kecik lagi... Alhamdulillah masih berterusan.

Sebelah malam, pegi beraya umah Fardia & Amir. Seghonok Nylea layan set dapur Farisha.... (oh yaaa.... baru teringat nama anak Fardia.... ahakssss)

Raya ke-5, awal pagi, aku dan Dora ke Rantau Panjang (dah update dalam entry sebelum ni). Pastu belah petang bawak bebudak gi Pantai Cahaya Bulan (atau dalam bahasa lucah sikit Pantai Cinta Berahi... huhuhu). Tapi yang tak bestnya.... nak sampai ke PCB ni, tak silap aku amik masa lebih sejam dari Kubang Kerian. Bukan psal jauh sangat.... tapi psal jem. Stended ler Kota Bharu bila musim raya.



Layan Layang2

Wina + pantai = main pasir


Sebelum balik, pekena Chollek dulu....

tak ingat plak kena berapa, tapi bole tahan gak... huhuhu

Awal pagi raya ke-6 dah berangkat balik ke KL.

Hujung Minggu berikutnya, kitorang serang Port Dickson reramai.... psal Nenek kat situ....dok umah CikSom.... Nenek dan Keluarga Ciksom tak balik beraya kelantan tahun ni. So sekali harung beraya....

Family Potret, balik dari PD... kebetulan dah siap dress up....

08 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


p/s: penat woo nak bagi minion ni pakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping... pastu yang sekor lagi plak pkai tudung dan baju kurung... muslimah gitew...ahaksss....SHRA MZDB

09 Julai 2013

Selamat Berpuasa 2013


Waaahhhh.... pejam celik pejam celik.... dah nak posa dah rabu ni. Cepat betul masa berlalu. Rasanyer macam baru aritu jer balik beraya.

Camna pun nak ucapkan selamat berposa kepada semua. Moga posa tahun ni lagi baik dari posa2 yang lepas. Dan moga juga Allah beri kekuatan dan semangat kepada semua muslimin dan muslimat untuk mengimarah bulan yang mulia ini dengan amal ibadah.... bukan hanya memeriahkan pasar ramadhan sajer.

Peringatan untuk diri aku seniri terutamanya nih..... ahaksss.....

Sempena Ramadhan Mubarak ini, nak amik kesempatan juga untuk mohon maaf zahir dan batin dari semua kalau2 ada salah dan silap. harap dimaafkan....

24 Ogos 2012

Balik Kampung & Pasar Ramadan 1433H di Kubang Kerian

Ikut giliran, tahun ni beraya kat Kubang Kerian.

Bertolak balik dari umah hari Jumaat 17/8/2012 pkul 11.30pg. mmg dah set dalam otak, jalan mesti sesak nih. Walaupun dok harap sempat sampai kubang kerian utk berbuka, tapi standby utk worst case. Lagi pun ada takut sikit, media dok promo kata polis & JPJ buat operasi kaw2 raya ni ngan ops bersih. saman kalu kena plak makan ribu2. aku pun mulakan perjalanan dengan halaju kebangsaan lah.

Sebelum masuk tol gombak lagi, dah tunjukkan aura jem... tapi bila sampai kat tol jer, takder apa plak.... jalan clear. Dia acah2 jer nih. aku pun bwak ala kadar gitu. penuh sopan santun.... awal lagi lah katakan.

lpas tol karak aku tak lalu jalan biasa (Bentong/Raub)... pasal aku suspek mesti jem nak lalu dedua bandar tu. aku terusjer... pastu masuk laluan alternatif ikut felda mempaga. jalan ni memang clear abis... ada keta pun sebijik dua. walau pun jalan sempit, tak rata & bengkang bengkok, tapi aku rasa lagi best kalu nak bandingkan terpaksa harung jem kat bandar bentong & raub tu.... huhuhuh. Jalan ni tembus balik sebelum antara raub & kuala lipis. keluar jer dari jalan alternatif nih, keta da banyak...tapi bole terima akal lagi. Masa tu tak silap dalam pukul 3 lebih nk dekat 4 ptg.

Nak dekat sampai Merapoh... tu diaaa..... jalan dah start tersumbat. jalan kedek2. kengkadang sampai terhenti beberapa minit. adoyai... dia dah mula dah... yang mana takda kesedaran sibik, pentingkan diri, sombong, bongkak & kurang bijak, dah mula potong Q. yang tambah dari sifat2 negatif tadi, bongok plak, potong kot kiri, lalu kot bahu jalan. aku rileks jer ikut Q. almaklum puasa... kena banyak bersabar bang. Bayangkan kedek2 gitu dari Merapoh sampai ke roundabout nak masuk gua musang...penat gak dibuatnya.... kalu biasa merapoh-gua musang dalam sejam dua jer.... ni suda kena 3-4jam plak.

Lepas roundabout tu sampai ke trafik light nak kuala krai clear... lagi pun jalan besar 2-3 lane. bole potong selamba. masuk jalan nak tuju kuala krai pd mulanya clear... pastu lelama makin banyak plak kereta. 

lagi nak sampai kuala krai, makin tersumbat. last2 terkedek2 balik.... adoyai.... masa tu dah 6.30pm.... zohor & asar pun tak semayang lagi. tengah dok layan jem, nampak masjid kecik, berentilah kejap. jamak zohor & asar. masa tu kat masjid orang dok bersiap2 nak berbuka posa dah. tunggu gak sesapa jemput bukak posa sekali, tapi takda sapa pun ajak.... huhuhuh. lepas semayang, basuh botol susu Nylea & basuh kesan2 muntah nylea atas seat, kitorang pun teruskan perjalanan meredah jem. Oh... lupa nak citer... Nylea muntah 2-3kali gak nak sampai ke tempat berenti semayang tu.... huhuhu kesian.....perjalanan perlu diteruskan. 

Tapi masa tu dok terpikir nak bukak posa plak. tak jauh dari masjid tu, nampak plak gerai jual air kelapa & tebu. berenti wat kali kedua utk beli air utk berbuka posa. Roti & kurma mmg da stand by dari KL lagi, tambah plak biskut raya yg bwak balik utk buah tangan ke kg. proceed jalan, sesambil dapatkan update maghrib da masuk belum melalui wassap. psal radio da tak sempat nak setting cari. Akhirnya bukak posa dalam kreta sebelum sampai bandar Kuala Krai.

*terpanjang plak citer balik kampung nih*

bila nak lalu bandar Kuala Krai, seperti yang dijangka, akan jem panjang nak tunggu sampai trafik light. Tapi aku tah camna ter'dok' lane kiri. ("ter" maksudnya tak sengaja) jadi aku ter potong Q ("ter" lagi sekali)... masa tu kesian plak kat anak2 lapar, bukak posa ala kadar jer tuh... masa dok survey kedai makan mana nak brenti, hujan lebat plak.... takkan nak beghenti plak. terus ler lagi. 

dlm pkul 8 lebih hujan dah renyai, nampak kedai makan, kitorang pun beghenti. Kedai makan tomyam. Kedai ala kadar jer... tapi masakan best. dont judge the kedai makan by its cover. Kat situ gak Nylea muntah entah kali ke berapa tah.... muntah warna pink... kiut jer... psal belasah air bandung byk sangat. huhuhuh

lepas dari tu trafik dah kira normal... takder terkedek2 dah. beghenti pun 2 kali lagi... sekali utk isi petrol, sekali lagi utk beli barang kat kedai. akhirnya lebih kurang 10.30pm sampai kat umah kubang kerian. perjalan lebih kurang 11jam. huhuhuh.... masih tak pecah rekod balik beraya masa Nabil baby.... 14 jam. ahaksss....


keesokan harinya, mak suruh gi beli ayam percik kak sham kat pasar ramadhan kubang kerian...



Pasar Ramadhan kat Kubang Kerian. sementara bangunan pasar dah kena roboh nak buat baru.

mangga apemender tah diorang panggil. mangga ni tak masak, tapi tak masam. makan cicah gula warna merah yang disertakan bersama.... huhuhuhu. best.

kueh mueh

memacam... kerabu, sotong sumbat, ondeh2.....

Inilah Ayam Percik Kelantan.... kat gerai kak Sham

Kueh Mueh kelantan yang maniss manisss.... jala mas kat ujung sana feberet dora

Ikan bakar.... memacam jenis... bebesar plak tu

Ayam bakar Madu RM1

19 Ogos 2012

Salam Aidilfitri 1433H


Semasa kita gembira meraikan kemenangan di Aidilfitri,
Saudara kita sedih merintih kesedihan di tanah sendiri.

Moga Allah lindungi mereka, kesihani mereka dan berikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi kesusahan ini.

Salam Aidilfitri 1433H
Mohon Maaf Zahir & Batin

Ikhlas Naza / Atai / Azan

06 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H

Dikesempatan ini aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiadha 1432H kpd seluruh islam di dunia ini. Moga segala pengorbanan kita sebelum ini atau yg bakal kita laksanakan merupakan pengorbanan yg benar, yg diberkati Illahi, yg maaruf dan diberi hidayah olehNya.



Tahun ni aku beraya di Kelantan untuk memeriahkan sikit suasana kat kg, memandangkn ramai adik beradik yg tak dpat balik.


posted from Bloggeroid

23 Oktober 2011

NISMOCLUB Kelantan :: Gathering Aidilfitri 1432 Part II :: Datsun 510

 Sambungan dari sini.

Nismoclub Kelantan bole dikatakan diversified.... model Nissan/Datsun yang pelbagai dan dari jenerasi yang berlainan. Antara model Nissan/Datsun yang mendominasi Nismoclub Kelantan dari segi bilangan adalah Datsun Bluebird SSS 510. Walaupun usia kereta yang dah lanjut, tapi diorang masih menjaga dan memelihara keadaan kereta masing2 dengan baik. 

Antara gambar2 yang sempat aku snap masa gathering raya bebaru ni (baru kerr...?):


Poktek, macam biasa...entrance nyer mesti bergaya... siap buat burn out lagi......














....bersambung dengan model Nissan/Datsun yang lain plak.....

17 Oktober 2011

NISMOCLUB Kelantan :: Gathering Aidilfitri 1432 Part I

Bole kata acara tahunan untuk NISMOCLUB Kelantan buat gathering sempena raya....Peluang baik untuk berjumpa dan bermesra sesama ahli yg memang menetap di Kelantan dan ahli yang balik beraya dari perantauan.

Aku memang kagum dengan semangat semua pihak kat NISMOCLUB Kelantan ni. Baik wakil NISMOCLUB atau ahli, semuanya mainkan peranan yang baik. Boleh kata antara NISMOCLUB2 negeri, Kelantan yang antara yang "berkesan".

Kehadiran Nissan2 ke gathering ni pun diversified.....oldskool 510, Bluebird 910, U11, U12, U13, Sunny B11, Sentra N13, B13, Cefiro A31, Frontier, Ad Resort Y10, Rnessa.... hmmm ada lagi ke model yang aku tertinggal....? oh yerr.... semestinyer Presage aku... ahaksss......

Masa awal2 tak ramai lagi sampai.....




cameraman ni pkai baju kena tema.... huhuhuh



acara wajib bila berkumpul gini... belek2 kreta kengkawan......



Kasi sambunglah.... banyak giler gambar nak dikongsikan......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...