17 Oktober 2013

Aidilfitri 1434H (2013M)

Bila belek2 blog ni, dedulu aku banyak bercerita psal keluarga.... baca entry2 yang lama, buat aku tersenyum, kengkadang terharu... rasa lebih bermakna. Sejak kebelakangan ni, dah ler tak berapa nak sempat update blog, bila update jer, ceghita yang tak berapa nak kena psal sendiri. So lepas ni, aku rasa nak cuba balancekan. Ceghita personal untuk tatapan aku baca dimasa akan datang.... dan ceghita yang boleh dijadikan panduan pembaca... (panduan lah sangat)

Lama dah tak update gambar hari raya.... ahaksss... ni bukan hari raya Aidiladha tau... ni Hari Raya AidilFitri 1434H.... memang ketinggalan giler..... Tapi aku nak update gak.... supaya aku bole senyum bila baca balik 3-4 tahun akan datang... huhuhu

So..... raya pertama tahun ni giliran di Kuantan. Macam biasa, Rumah Nanny akan jadi port utk semua keluarga berkumpul lepas solat raya. Memang meriah... almaklum, keluarga mama memang besar. Hidangan wajib dan memang aku tunggu2 adalah laksa. Memang rare... kalau nak makan kena tunggu raya.... ahaksss... memang kena kekalkan tahap rare tu... supaya raya lebih seghonok. 

Ruang Makan belah dalam
Ruang makan belah dalam
Ini lah laksa rare khas utk raya ajer kat kuantan
Dah campur, inilah ghupanyer..... nyum nyum.... tengah tulis ni pun kecur air liur
Aku tak pasti plak ni laksa apa... aku ingatkan sebelum ni laksa johor.... Tapi mamayoh cakap bukan laksa johor.... ni lah laksa kuantan katanya. Hmmm.... ada plak laksa kuantan ker? Apa2 pun aku masih anggap lebih kurang laksa johor. Cuma dari segi rasa, dalam banyak2 laksa johor yang aku pernah makan, mmg takleh lawan laksa kuantan ni. Dengarnyer Nanny ada resepi rahsia untuk bagi laksa ni power.... Nak tau apa rahsianya?..... TAKLEH... psal rahsia.... huhuhuhu

Family Potret
Just d 5 of us
Lepas kat rumah Nanny, pegilah beraya kat rumah2 makcik2 dan pakcik2 Dora. Ada time yang singkat jer utk ziarah, psal raya ke-3 dah nak berangkat ke Kubang Kerian plak. Memang tak berapa nak sempat beraya sakan tahun ni, psal nak reseb cuti utk projek jenjalan hujung tahun. huhuhuh

Nylea dengan errr....( alamak... sapa nama yerk?) dengan anak Fardia.... best friend sepanjang raya di kuantan. huhuhuh

Awal pagi raya ke-3 dah bergerak balik ke Kelantan.... sampai Kubang Kerian sebelum pkul 2ptg. kebetulan abah buat open house. Pastu ikut Abang Zumi Pegi beraya.....

The Red Warrior memancing di hari raya... hahaha.... tak kenal pun sapa ni....

Kalu kat family belah sini, Hasya best friend Nylea

Raya ke-4.....
Nabil terserempak dengan Ayah Tok... 

Al-Fatihah untuk Arwah Nek Mi... kali terakhir dapat berjumpa masa beraya ni. Kembali ke Rahmatulallah baru-baru ni. "Ya Allah, ampunilah Nenek Mi, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya." 

Selepas asar, ke kawasan tanah perkuburan tok, mak sebelah abah untuk ngatik & berdoa beramai2. Abah cuba wujudkan tradisi ziarah kubur pada hari raya sejak aku kecik lagi... Alhamdulillah masih berterusan.

Sebelah malam, pegi beraya umah Fardia & Amir. Seghonok Nylea layan set dapur Farisha.... (oh yaaa.... baru teringat nama anak Fardia.... ahakssss)

Raya ke-5, awal pagi, aku dan Dora ke Rantau Panjang (dah update dalam entry sebelum ni). Pastu belah petang bawak bebudak gi Pantai Cahaya Bulan (atau dalam bahasa lucah sikit Pantai Cinta Berahi... huhuhu). Tapi yang tak bestnya.... nak sampai ke PCB ni, tak silap aku amik masa lebih sejam dari Kubang Kerian. Bukan psal jauh sangat.... tapi psal jem. Stended ler Kota Bharu bila musim raya.



Layan Layang2

Wina + pantai = main pasir


Sebelum balik, pekena Chollek dulu....

tak ingat plak kena berapa, tapi bole tahan gak... huhuhu

Awal pagi raya ke-6 dah berangkat balik ke KL.

Hujung Minggu berikutnya, kitorang serang Port Dickson reramai.... psal Nenek kat situ....dok umah CikSom.... Nenek dan Keluarga Ciksom tak balik beraya kelantan tahun ni. So sekali harung beraya....

Family Potret, balik dari PD... kebetulan dah siap dress up....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...