24 Ogos 2012

Balik Kampung & Pasar Ramadan 1433H di Kubang Kerian

Ikut giliran, tahun ni beraya kat Kubang Kerian.

Bertolak balik dari umah hari Jumaat 17/8/2012 pkul 11.30pg. mmg dah set dalam otak, jalan mesti sesak nih. Walaupun dok harap sempat sampai kubang kerian utk berbuka, tapi standby utk worst case. Lagi pun ada takut sikit, media dok promo kata polis & JPJ buat operasi kaw2 raya ni ngan ops bersih. saman kalu kena plak makan ribu2. aku pun mulakan perjalanan dengan halaju kebangsaan lah.

Sebelum masuk tol gombak lagi, dah tunjukkan aura jem... tapi bila sampai kat tol jer, takder apa plak.... jalan clear. Dia acah2 jer nih. aku pun bwak ala kadar gitu. penuh sopan santun.... awal lagi lah katakan.

lpas tol karak aku tak lalu jalan biasa (Bentong/Raub)... pasal aku suspek mesti jem nak lalu dedua bandar tu. aku terusjer... pastu masuk laluan alternatif ikut felda mempaga. jalan ni memang clear abis... ada keta pun sebijik dua. walau pun jalan sempit, tak rata & bengkang bengkok, tapi aku rasa lagi best kalu nak bandingkan terpaksa harung jem kat bandar bentong & raub tu.... huhuhuh. Jalan ni tembus balik sebelum antara raub & kuala lipis. keluar jer dari jalan alternatif nih, keta da banyak...tapi bole terima akal lagi. Masa tu tak silap dalam pukul 3 lebih nk dekat 4 ptg.

Nak dekat sampai Merapoh... tu diaaa..... jalan dah start tersumbat. jalan kedek2. kengkadang sampai terhenti beberapa minit. adoyai... dia dah mula dah... yang mana takda kesedaran sibik, pentingkan diri, sombong, bongkak & kurang bijak, dah mula potong Q. yang tambah dari sifat2 negatif tadi, bongok plak, potong kot kiri, lalu kot bahu jalan. aku rileks jer ikut Q. almaklum puasa... kena banyak bersabar bang. Bayangkan kedek2 gitu dari Merapoh sampai ke roundabout nak masuk gua musang...penat gak dibuatnya.... kalu biasa merapoh-gua musang dalam sejam dua jer.... ni suda kena 3-4jam plak.

Lepas roundabout tu sampai ke trafik light nak kuala krai clear... lagi pun jalan besar 2-3 lane. bole potong selamba. masuk jalan nak tuju kuala krai pd mulanya clear... pastu lelama makin banyak plak kereta. 

lagi nak sampai kuala krai, makin tersumbat. last2 terkedek2 balik.... adoyai.... masa tu dah 6.30pm.... zohor & asar pun tak semayang lagi. tengah dok layan jem, nampak masjid kecik, berentilah kejap. jamak zohor & asar. masa tu kat masjid orang dok bersiap2 nak berbuka posa dah. tunggu gak sesapa jemput bukak posa sekali, tapi takda sapa pun ajak.... huhuhuh. lepas semayang, basuh botol susu Nylea & basuh kesan2 muntah nylea atas seat, kitorang pun teruskan perjalanan meredah jem. Oh... lupa nak citer... Nylea muntah 2-3kali gak nak sampai ke tempat berenti semayang tu.... huhuhu kesian.....perjalanan perlu diteruskan. 

Tapi masa tu dok terpikir nak bukak posa plak. tak jauh dari masjid tu, nampak plak gerai jual air kelapa & tebu. berenti wat kali kedua utk beli air utk berbuka posa. Roti & kurma mmg da stand by dari KL lagi, tambah plak biskut raya yg bwak balik utk buah tangan ke kg. proceed jalan, sesambil dapatkan update maghrib da masuk belum melalui wassap. psal radio da tak sempat nak setting cari. Akhirnya bukak posa dalam kreta sebelum sampai bandar Kuala Krai.

*terpanjang plak citer balik kampung nih*

bila nak lalu bandar Kuala Krai, seperti yang dijangka, akan jem panjang nak tunggu sampai trafik light. Tapi aku tah camna ter'dok' lane kiri. ("ter" maksudnya tak sengaja) jadi aku ter potong Q ("ter" lagi sekali)... masa tu kesian plak kat anak2 lapar, bukak posa ala kadar jer tuh... masa dok survey kedai makan mana nak brenti, hujan lebat plak.... takkan nak beghenti plak. terus ler lagi. 

dlm pkul 8 lebih hujan dah renyai, nampak kedai makan, kitorang pun beghenti. Kedai makan tomyam. Kedai ala kadar jer... tapi masakan best. dont judge the kedai makan by its cover. Kat situ gak Nylea muntah entah kali ke berapa tah.... muntah warna pink... kiut jer... psal belasah air bandung byk sangat. huhuhuh

lepas dari tu trafik dah kira normal... takder terkedek2 dah. beghenti pun 2 kali lagi... sekali utk isi petrol, sekali lagi utk beli barang kat kedai. akhirnya lebih kurang 10.30pm sampai kat umah kubang kerian. perjalan lebih kurang 11jam. huhuhuh.... masih tak pecah rekod balik beraya masa Nabil baby.... 14 jam. ahaksss....


keesokan harinya, mak suruh gi beli ayam percik kak sham kat pasar ramadhan kubang kerian...



Pasar Ramadhan kat Kubang Kerian. sementara bangunan pasar dah kena roboh nak buat baru.

mangga apemender tah diorang panggil. mangga ni tak masak, tapi tak masam. makan cicah gula warna merah yang disertakan bersama.... huhuhuhu. best.

kueh mueh

memacam... kerabu, sotong sumbat, ondeh2.....

Inilah Ayam Percik Kelantan.... kat gerai kak Sham

Kueh Mueh kelantan yang maniss manisss.... jala mas kat ujung sana feberet dora

Ikan bakar.... memacam jenis... bebesar plak tu

Ayam bakar Madu RM1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...