28 Januari 2011

Shelter Home for Human Immunodeficiency Virus - Positive

13 Jan 2011 yang lalu, aku sertai rombongan case study untuk salah satu projek kat opis aku. Lokasi lawatan adalah 2 buah rumah perlindungan pesakit HIV lelaki di 2 lokasi berbeza. Kedua2nya milik NGO dan beroperasi atas dana sumbangan.

Rombongan sambil belajar kena ler naik bas.... jem ler plak.....

Pada lokasi pertama, rumah tu operate by mubaligh christian. Ada doktor dan jururawat volunteer sepenuh masa. Jururawat tu siap datang dari France lagi nak berkhidmat bakti kat mesia. Ikut pengurus tmpat tu, rakyat tempatan tak minat volunteer sebab ganjaran duit yg skit. Mata duitan ler katakan org2 mesia ni. Lagi pun aku rasa stigma masyarakat terhadap golongan ni pun salah satu sebab utk orang mesia takut volunteer kat tmpat2 mcm ni. Aku sendiri yg nak pegi lawat ni pun seram sejuk jer rasa, tak tau plak kenapa.



Aktiviti harian penghuni.... rutin.....


Bersenam.... menyihatkan badan.....


Katil hospital terpakai, katil yang digunakan saban malam

Walaupun rumah ni mmg kuat dengan ciri2 kristian (salib merata2, gambar2 dan kata2 kristian jadi hiasan setiap sudut), tapi masih ada bebrapa orang penghuninya adalah melayu. Majoriti nya memang cina ler. India pun ada. Bila ditanya yg melayu kenapa mereka kat situ, tak pergi rumah perlindungan lain yg berciri islam, jawab diorang layanan yg diorang terima kat situ sangat baik dan tidak dipandang serong. Entah ler. Walaupun ada disediakan bilik kecik, sbagai surau kat rumah tu, tapi tak pasti plak samada bilik tersebut digunakan atau tidak. Harapnya digunakanlah setiap waktu solat. Moga Allah melindungi mereka.

Surau


Sedikit cenderahati......


Di rumah kedua plak Alhamdulillah diuruskan oleh muslim dan penghuninya juga muslim. Bila ditanya, mereka gembira di rumah tersebut kerana makan, pakai, kesihatan malah amal ibadat dijaga. Alhamdulillah, walaupun pernah melalui jalam gelap, tapi sempat gak diorang kembali ke pangkal jalan yg lurus yang diredhai.


Ruang Solat yang digunakan setiap 5 waktu

Melalui maklumat yg dapat, secara demografinya di rumah2 perlindungan HIV lelaki ini, majoriti penghuni cina mendapat jangkitan HIV setelah melakukan hubungan seks dgn pelacur atau melawat Thailand. Manakala penghuni melayu dapat dari suntikan jarum dadah. Nauzubillah.


Kebanyakkan dari mereka sedar bahawa rumah perlindungan ni mungkin rumah tempat terakhir mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Tapi memang fungsi rumah ni melindungi penghuninya terutama dari mengalami jangkitan penyakit lain. Penghidap HIV meninggal dunia selalunya disebabkan badan mereka tidak mempunyai imune utk melawan penyakit2 lain tu. Bukan disebabkan secara terus oleh virus HIV. Jadi tahap kebersihan kawasan rumah perlindungan ni memang diberi perhatian serius & sangat diutamakan. Aku pun kagum dengan tahap kebersihan kedua-dua rumah ni.

Garispanduan mengurus penghidap

Moga aku dan sesapa yang baca ni dapat pengajaran dari sini dan dilindungi dari segala musibah. Insyaallah. Apa2 pun, ajal maut ditangan Allah. Kalau sakit sekali pun, tapi kalu ajal blum tiba, orang yg sihat pun bole jalan dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...