20 Januari 2011

1Jan2011_Birthday Pool Splash Party - PART II

Sambungan dari sini.

MAKANAN

Party ni di setkan pada pkul 2 ptg sampai 6 ptg...memang sengaja buat utk hi-tea. kalu tengahari kang nak kena sediakan lunch yang kos dier mungkin lagi besar. Nak save cost... huhuhu...... Sebabkan malas dan leceh nak sediakan sendiri makanan, jadi kitorang decide panggil katering jer. Pernah dulu buat party masak sendiri, tak nyempat nak masak, nak layan tetamu lagi nak kemas apa2 yang patut plak.

Kitorang order dari katering utk 60 org makan, nasi goreng, mihun goreng, kepak ayam goreng, sandwich & air punch, itu ajer... jatuh RM10/kepala. Sesambil tu kitorang beli & prepare sendiri fries, nugget & pisang. Takut makanan tak cukup, Mama pun masak utk top up mihun goreng & sandwich. Kak Nonie pun turut menyumbang psal dier pun tumpang birthday anak2 dier skali. Kak Nonie sponsor sate ayam & daging... nyum... nyum.... Banyak betul makanan.... memang betul banyak, psal bila pkul 6, makanan tu tak luak lagi.... jadi tapaukan ler untuk tetamu. (sori... kameraman tak amik plak gambar makanan2 tu... huhuhu)


Oh yer... luper plak nak ceghita... makanan high lite aritu semenarnyer... kambing golek cincang!! huhuhu...... aku pernah pegi makan umah kawan aku dia buat kambing golek ni. sekali kena, terus jatuh chinta, siap amik nomor tepon. Jadi party kali ni aku tak lepaskan peluang untuk hidang kambing golek ni. Daging dier lembut, tak hanyir macam kambing biasa & campuran / adunan cincang atas flat pan tu perfect. Feedback dari jemputan jugak memberansangkan. ramai yang suka... ada yang tambah 5-6 pinggan.... huhuhuh. siap ada yang nak wat makan lain kali nak hidangkan kambing golek ni.... rezeki ler kat katering ni.....

Kambing sedang bergolek-golek



Tak cukup golek, potong kekecik, goreng lagi atas flat pan, campur capsicum, bawang & sos..... hasilnyer... nyum nyum..... meleleh-leleh ayaq koi!!

Dah semestinyer Birthday, kena ler ada kek. Untuk kek bebudak ni, ditempah khas. Ye ler, utk tiga orang serentak. Tak best ler kalu buat 1 jer kek. Jadi kitorang tempah 3 biji kek, pastu combinekan atas satu plat. Tiga2 kek tu perasa lenlain & hias lenlain.... cuma kat bahagian tengah dicombinekan untuk tulis Happy Birthday. Walaupun camtu, kek bubudak ni tak berapa laku berbanding kek yang Kak Nonie bawak. Diernyer sekelip mata abis kena serbu...... psal dier nyer aiskrim kek!! huhuhuhuh


bersambung........

Kalu nak tengok gambar2 lain party ni boleh ke http://muhaifiq.blogspot.com/. Mekasih Haiqal jadi tukang amik gambar sepanjang event tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...