31 Januari 2011

My N16 _ Pre Castrol EDGE


Ingat tak beberapa waktu yg lalu, enjin keta aku terpaksa full overhaul? Gegara terlalu ikut nafsu dan tak tahan godaan. Itu faktor utama ler. Tapi faktor lain, mungkin kurangnya ketahanan minyak enjin yang aku guna masa kejadian tu dengan asakkan/torture enjin masa tu. Jadi memang sekang aku tengah nak tetengokkan minyak enjin apa yang sesuai dengan enjin keta aku.

Sekadar hiasan.....

Walaupun keta aku dah siap overhaul agak lama, tapi keta aku masih menjalani peringkat berpantang. Pomen sarankan run in antara 1500 hingga 2000 km. Sekang ni baru 900++km (semalam jalan jauh, dah cecah 1000++km.... lagi 500km jerr). Yeler, keta ni aku wat pegi balik kerje jer. Jarang jalan jauh. Tu yang payah sikit nak abis tempoh berpantang.

Apa yg dipantangkan tu? Adakah pantang dipetik? Huhuhu..... Selama proses run in ni, enjin keta tu tak bole dipaksa bekerja keras. Tujuan nya nak kasi permukaan komponen dalaman enjin bole bergesel dan 'serasi' antara satu ngan lain. Dgn cara tu, prestasi optimum enjin boleh dikecapi dalam jangka masa yang panjang.

Lepas siap overhaul aritu, pomen hanya tune enjin sekadar ckup untuk proses run in ni. Air-Fuel Ratio (AFR) di tala sekali harung untuk seluruh map. Jadi sepanjang tempoh berpantang, enjin tak perfect dari segi kestabilan dan fuel efficiency. Memang pun..... semalam lepas abis satu tank petrol (dalam +-40 liter), jarak perjalanan yang dapat cover 308km sahaja. Bermakna fuel efficiency dalam anggaran 7.7km/liter. Memang tengah lahap petrol. Kalau sebelum overhaul dulu average distance covered per tank dalam 320km - 350km dan fuel efficiency dalam 8+km/liter. Pun lahap petrol gak.... huhuhuhu, tapi tak seteruk tengah pantang ni ler.

Faktor2 lain pun kena tengok gak, cuma dalam perbandingan ni terpaksa diabaikan. Contohnya jenis jalan yang dilalui, hiway atau city driving, jalan kesat atau licin, preassure tyre, beban yang dibawa dan yang paling penting cara memandu. Kalu selalu tarik pick up, high revving & late braking, memang menyumbang kepada penggunaan petrol yang tinggi sikit.

Sekadar hiasan.....

Selepas tempoh berpantang selesai, aku kena hantar balik kat pomen untuk buat fine tuning plak. Kali ni pomen akan tala AFR untuk setiap 500rpm kepada tahap yang paling optimum dan selamat untuk enjin. Kalu terlebih petrol, fuel efficiency akan terjejas, kalu terkurang petrol, membahayakan enjin ketika diasak. Alang2 hantar tuning, aku bercadang nak pasang balik ECU SR16VE yang membenarkan rev enjin sampai ke 8200RPM. Sekang ni pkai ECU SR20DET, revcut setakat 7000RPM saja. Nak pkai stand alone terpaksa ditangguhkan, psal dah berabis masa overhaul aritu.... takder rezeki lagi nampaknya. Harap2 lepas proses fine tuning ni, fuel efficiency dapat dipertingkatkan.

Selain dari tu, enjin aku sekang bila on enjin, bunyi agak kasar. Antara maklumat yang aku dapat, tu adalah bunyi shim yang mungkin gapnya agak jauh dari rocker arm. Tapi mender tak confirm, kena bukak head & check. Selain bunyi kasar, enjin juga vibrate. Aku berharap Castrol EDGE bole buat sesuatu bagi mengurangkan tahap bunyi kasar & vibrate pada enjin aku. Tapi camna nak tahu ada perbezaan?......

Untuk bandingkan tahap getaran enjin, aku gunakan air dalam glass goblet...... Shoot video dan akan bezakan antara sebelum dan selepas Castrol EDGE.

Bila dapat tahu psal peraduan Castrol EDGE Experience Nurburgring, aku berpeluang kenal psal specs minyak enjin dan ketahanannya. Bagus jgak ler, dikala aku tengah meraba2 mencari minyak enjin yg sesuai dgn enjin keta aku yg da rojak basi ni. Aku pun da lupa apa ramuan rojak dalam bonet tu. Rezeki aku memang baik bila layak ke pusingan ke-3 CEEN, aku berpeluang mencuba sendiri Castrol EDGE pada kereta aku dan aku bole tentukan sama ada ianya serasi atau tidak. Tujuan dan harapan utama aku mencari minyak enjin yang sesuai dengan enjin kereta aku, dapat memberikan enjin aku kestabilan, kelicinan dan mengoptimumkan penggunaan petrol. Bonus lagi aku bole buat review dan ada peluang untuk menang hadiah2 lumayan.


Video aku crusing dari toll Jalan Kuching DUKE ke toll Jalan Duta NKVE. Aku tak lenjan yang utamanya pasal menyalahi undang2 jalan raya ;p~~. Yang keduanya psal enjin tengah run in..... aku tak rev lebih 4K RPM. Video untuk tengok perbandingan selepas gunakan Castrol EDGE nanti. Memang video bosan pun.... mungkin suara awek tol memula tu jer yang best skit..... huhuhu

Aku cuba upload video lagi satu.....

2 ulasan:

  1. oooo...enjin ko minum wain yer..(rujuk gambar terakhir)...yamsengggggggggggg!!!!

    BalasPadam
  2. takder lerr...... air kosong jer tu..... cuma stylo minum pkai goblet!! huhuhuhu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...