27 Januari 2011

1Jan2011_Birthday Pool Splash Party - PART IV

Sambungan dari sini.

GAMES
Untuk memeriahkan suasana party, kena ler anjurkan games. Walaupun bebudak ni semua dah occupied ngan mandi manda, kalu ada games baru ler lekat kenangan diorang ker party ni. Setakat mandi manda esok lusa luper ler diorang. Aku pun sediakan hadiah2 kecik jer sebagai token dan pendorong untuk diorang bersemangat main.... huhuhu

Buat kat pool ni mmg kelebihan dier bole buat games yang berkisarkan pool. Kebanyakkannya tak yah ada gadget2 tambahan. Contohnya:
1. Pool Race: Tak kira berenang ker, lari ker, janji sampai dulu seberang kolam.
2. Splash Jump: Lompatan ke dalam kolam yang paling banyak buat percikan air.
3. Star Jump: Lompatan ke dalam kolam yang paling bergaya. (Tapi kali ni aku tak buat.)
4. Ikan Paus: Sapa yang bole tahan nafas paling lama.
5. Marco Polo: Alaa... panjat belakang orang, pastu lawan sesama sendiri sapa yang bole bertahan tak jatuh.

Pool Race kat starting line


Splash Jump....... Champion mempamerkan kehebatan..... huhuhuhu


Ikan Paus, tahan nafas paling lama......pegang tangan reramai.....

Selaaammmm.............!!!


Games yang perlukan peralatan tambahan yang minimum. Contohnya:
1. Treasure Hunt Dive: Botol mineral berisi penuh air jadi treasure. Yang penting label tu ditanggalkan ler supaya lagi comouflage. Peserta kena dok luar kolam. Penganjur masuk kolam, lepaskan botol tu sesambil jalan dalam kolam tu. Pastu lepaskan ah peserta utk cari, sapa jumpa dulu menang ler.
2. Water Polo: Kena ada bola. Lawan antara 2 pasukan. Mungkin kerusi bole jadi gol. (Tapi aku tak buat ler kali ni.)
3. Water Bomb War: Yang ni leceh gak, nak kena siapkan awal2 belon isi dengan air. Sekang ni ada dijual, belon yang memang tujuan untuk jadi water bomb. Kalu belon yang tebal takut payah nak pecah nanti. Untuk party kali ni aku buat, tapi aku pun konpius camna nak tentukan pemenang.... huhuhuhu

Water Bomb War bermula..... serangggg............

Cubaan serangan jarak jauh dari wan...... tengok belon pink tu!! huhuhu......


Ini dah melalut.... Marco Polo lawan Water Bomb War


Sesambil tu, tetamu yang tak basah tak jugak dilupakan. Aku buat game untuk diorang dalam bentuk cabutan bertuah. Sapa cabut bertuah dapat main game, kalu berjaya main game tu, baru dapat hadiah. Game dia aku dapat idea dari cerita "Anda Ada 60 Saat" yang Nabil Raja Lawak hoskan tu. Kotak tisu, isi 6 biji bola pingpong, ikat kat pinggang pastu kena goyang untuk keluarkan bola pingpong tu dari kotak. Kalu nak ikut spec kotak tisu tu, memang payah nak keluarkan bola pingpong tu.... kena goyang tahap gelek gerudi Inul atau gelek gergaji. Takat gelek M.Daud Kilau tak jadi nyer...... huhuhuhu. Psal kesian kat tetamu, aku pun besarkan lubang kotak tisu tu..... Tapi tersenang giler laaa plak....... huhuhuhu
Cabutan bertuah... mak pun kena cabut.... huhuhu


Kak Nonie bertuah.....

Kak Nonie gelek cute.... huhuhuhu

Akhirnya dapat hadiah.....


Cikti pun brtuah. Bersemangat orang pertama main....

Berbaloi dapat hadiah.


Aiks.... kaknor tak gelek pun dapat hadiah?... memang bertuah......


Hadiah2 untuk pemenang cabutan bertuah & Games. Kat hujung sana hadiah yang tetamu bagi kat bebudak nih... mekasih.....


Hadiah Pintu....? huhuhu.... Door Gift untuk bebudak yang datang. Isi makanan sampah AKA junk food.... huhuhuhu.... tak healthy betull......


Konsepp.... huhuhu, apa yang akil dok buat tuh?

HADIAH

Timakasih kat semua tetamu yang sudi hadir majlis ala kadar ni. Harap semua puashati dengan layanan, buah tangan & makanan yang dihidangkan. Hadiah2 birthday untuk bebudak tu pun sesangat timakasih. Happy gak diorang dapat hadiah2 tu. Aku sendiri pun tak beli apa2 untuk diorang. Last2 aku declare ikan paus tu hadiah untuk Wina.... happy giler Wina. Nabil plak aku bagi hotwheels aku yang terbeli lebih. Ahaksss..... dia yang mintak. Aku pun bagi kat Nabil TH pink caddy yang huduh lagi buduh tu...... huhuhu. Nylea jer aku tak bagi apa2 lagi. Dier pun bukan paham apa lagi. Takpa ler, aku declare bola inflatable dua bijik tu hadiah Nylea..... bole?

Kalu nak tengok gambar2 lain party ni boleh ke http://muhaifiq.blogspot.com/. Mekasih Haiqal jadi tukang amik gambar sepanjang event tu. Mekasih gak kat Hakim, Haziq & Hilmi selain Haiqal sendiri yang tolong set kat lokasi tu sebelum event & tolong kemas balik lepas event.

fuh.. panjang tul entry nih......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...