Peringatan untuk diri sendiri......
Harap masih belum terlambat untuk share video ni. Kebanyakkan dari kita dah tersasar pengertian dan konsep berpuasa di bulan Ramadhan. Video ni menerangkan konsep asas berpuasa tersebut.
Antara lain dinyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan berpuasa. Bermakna ianya bukan semata-mata pasal mentekedarah atau makan isi tengkolok sendiri. Sepatutnya kita kena lebih memberi penekanan untuk memberi makan kepada golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada mereka yang berpuasa, akan mendapat ganjaran puasa orang itu tanpa mengurangkan ganjaran puasa orang itu".
Definasi puasa yang dangkal adalah tak makan dan minum dari fajar hingga waktu matahari terbenam (maghrib)... Tapi yang sebenarnya lebih dari sekadar tak makan dan tak minum. Puasa adalah menahan diri, bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga perkara2 lain seperti menipu, berkata2 jahat, menyumpah seranah, mengumpat dan sebagainya. Dalam banyak perbuatan kita semasa berpuasa bersungguh2 untuk pastikan tiada yang masuk ke dalam, tapi tak kesah mender yang kita keluarkan. Sedangkan yang kita keluarkan lebih serius dari apa yang masuk ke dalam.
Dalam beribadah, salah satu tujuannya adalah untuk membentuk sahsiah diri dan mempertingkatkan adab kita. Semasa berpuasa, kita perlulah banyak bersabar dan mengawal diri. Oleh tu, kita kenalah berwaspada dengan tuturkata dan perbuatan kita, semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.
In Syaa Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan