23 Oktober 2010

Taiping.... Menarik...!! ...ker?

Lanjutan dari trip aku ke Taiping dan cerita Mee Udang Kuala Sepetang, nak kongsi antara perkara menarik aku jumpa sepanjang trip ni pada 13 Oktober 2010 lalu.

Taiping pernah jadi ibu negeri Perak. Start boom psal penemuan bijih timah oleh sorang mamat ni nama Long Jaafar. Pastu start aktiviti perlombongan timah dengan penglibatan pendatang China. Penjajah British pun berminat ngan Taiping psal sumber timah. Start situ lah, bandar Taiping pesat dibangunkan. Hingga kini kebanyakkan bangunan2 lama diwariskan di bandar Taiping. Tahu tak, Taiping bandar paling lembab di Malaysia? Bukan lembab perlahan atau bodo, tapi lembab kerana menerima taburan hujan paling tinggi. Tahu tak lagi, aku pernah sekolah menengah asrama situ 3 tahun. Kira banyak gak ler nostalgia ...... Tu antara fakta2 psal bandar Taiping.

Menara Jam Taiping. Majlis Pebandaran Taiping declare yang menara jam ni adalah menara jam yang pertama dalam Malaysia. Dibina pada tahun 1890. Aku rasa masa tu mungkin, menara ni bangunan tertinggi kat pusat bandar Taiping. Gambar kureng, amik atas kereta yang tengah bergerak. Semenar nyer ada 40 mender dideclare oleh MPT sebagai pertama di Malaysia kat Taiping. Kalu nak tahu senarai apa yang 40 tu, boleh carik kat wikipedia.


Ingatkan bangunan jer retro kat Taiping ni. Kereta pun retro gak...!! ahaksss.... Mercedes Benz W123 ni jumpa kat Taman Tasik Taiping masa minum petang lepas kerja siap. Chun, tiptop dan kemas. Pandai owner nyer jaga. Tak tau plak aku model apa. Kalu nak ikutkan kereta ni dikeluarkan antara tahun 1976 hingga 1985. Kira pada tahun2 ni kira setanding ngan S-Class sekang ler.


Baby ni aku amik gambar masa makan mee udang kat Kuala Sepetang. Selamberrr..... togel pkai lampin tak pkai baju main kat luar kaki ayam jerrr..... Tabik lerrr kat mak bapak diorang. Ahaksss.... Tak risau ker keselematan & kesihatan baby tu? Agak2 umur dalam 2 tahun kot. Mungkin perkara biasa kat area kampung. Tapi untuk aku pelik sikit ler... Aku doakan baby ni selamat membesar......

2 ulasan:

  1. Hi Atai,

    A very good blend of story & photos which consists beautiful moment like walking naked baby with diaper , vintage Benz & the colonial monument.
    Whenever i travell especially in small town you find yourself in another time zone or dimension.

    Just Excellent.

    Kin.

    BalasPadam
  2. thanks kin. Appreciate that u enjoy it. I'm just sharing my thought and pictures that i snapped....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...