16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Selamat Menyambut Aidiladha. Sambutan umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anak baginda Nabi Ismail A.S dalam memenuhi dan menunaikan perintah Allah SWT. Sambutan bukanlah bermaksud perayaan semata2 atau rileks sebab ada cuti. Semasa sambutan ini umat Islam dituntut untuk melaksanakan ibadah2 tertentu. Dimulakan dengan bertakbir memuji kebesaran yang Esa. Diikuti dengan sembahyang sunat 2 rakaat berjemaah dan disusuli dengan khutbah seterusnya menjalani ibadah korban.

Korban ni plak bukan ler semata2 sembelih lembu & dapat makan daging dan bekalan daging seminggu. Erti disebalik ibadah korban yang aku perlu bebetul fahami. Apakah erti pengorbanan? Apa yang pernah aku korbankan untuk agama, bangsa dan negara aku? Adakah memadai? Atau aku hanya redha untuk berkorban untuk diri sendiri atau keluarga terdekat sahaja? Bagaimana pengorbanan aku kepada saudara seislam aku yang lain. Yang lebih memerlukan...... Adakah aku mampu berkorban seperti mana Nabi Ibrahim A.S & Nabi Ismail A.S sekiranya dituntut?


Selain tu sudah tentu Aidiladha ni dikaitkan dengan ibadah Haji. Rukun Islam Ke-5. Memang ada simpan harapan untuk sampai ke Mekah bagi menjalankan ibadah ni. Cuma urusan serius ke arah tu belum dimulakan lagi. Asyik tertangguh jer….. Harap dapat hidayah kearah itu. InsyaAllah. Tahun ni Abah kat Mekah sekali lagi. Alhamdulillah rezeki dia dapat pergi banyak kali… tak pasti plak aku berapa kali. Aku doakan dia selamat pergi dan selamat kembali dan berjaya menjalani ibadah haji di sana dengan sempurna. Moga pulang dari sana nanti ada perubahan yang positif.

Tahun ni tak balik kelantan. Beraya kat KL ajer.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...