03 November 2010

Sentra N16. Brakes 4 & 2 Pot Upgrade.

Sentra N16 aku sekang sedang dalam proses untuk upgrade brek. Minggu lepas berjaya jgak pasang brek belakang Nissan 2 pot diambil dari Skyline (tak pasti plak Skyline model mana satu). Ganti brek belakang A32 single pot yang aku dah pencenkan. Susah gak kerjanya. Banyak melibatkan kerja engineering fabrication untuk siapkan tapak mounting caliper tu yang kosnyer agak membotakkan kepala. Selain tu hos dan cable handbrake pun kena tukar jgak. Takper ler, janji impian nak pkai 2pot kat belakang dah tercapai.

Sekang ni giliran brek depan plak. Jangkanya sabtu ni bole siap. Pun sama, melibatkan kerja engineering fabrication kat bahagian mounting caliper. Tapi dengarnyer tak seleceh brek belakang. Nak ikutkan aku dah pasang 4 pot dari R32. Cuma performance brek ni macam da kureng sikit. Almaklum bertahun2 pakai tak pernah servis pistonnya. Kalu nak beli repair kit ni pun dah 2ratus lebih, jadi aku rasa baik upgradekan ajer. Lagi pun aritu masa nak psang aku dah skim kecikkan diameter rotor tu untuk mudahkan pemasangan dulu. Jadinya diameternyer dah tak ori saiz skyline lerrr.....

Caliper 4pot yang aku nak sumbat gantikan caliper R32 tu adalah dari Skyline R34 plak. Memang berbeza antara dua ni. Yang paling ketara adalah saiz rotornya yang besar. Calipernyer jugak diikat tinggi untuk lepaskan pusingan rotor yang dah besar tu. Skru nut untuk ikat pun lebih besar. Untuk tu, lubang pada knuckle untuk ikat caliper kena di besarkan jugak. Selain tu pomen tu nak pastikan kali ni rotor tu tak payah diskim kecikkan, kekalkan saiz asal. Jadi kena fabricate mounting lain. Kalau nak ikutkan kaedah paling senang skim kecikkan rotor tu sikit dalam 2-3mm. Tapi kali ni mungkin bukan pilihan lagi untuk aku.

Brek depan R32 yang akan ditamatkan perkhidmatannya.


Brek 2 pot belakang dah nyenyorok belakang rim.


Maklumat dan spesifikasi brek2 Nissan 4pot depan dan 2pot belakang macam kat bawah ni. Timakasih kat Haizul kongsi info ni. Haizul dah berjaya sumbatkan 4 pot depan R34 ni kat N16 dia minggu lepas. Aku banyak dapat guideline dari dia. Mekasih awoks!!



Nantikan update brek depan yang dah siap nanti. Harap permudahkan oleh Allah. InsyaAllah.
* Ada yang tanya, apa yang aku buat ni? Sebenarnya aku tukar caliper brek dan disc rotor brek kepada yang sepatutnya lebih baik.

3 ulasan:

  1. baru balik amik sentra N16 tadi. ghupanya bole siap lebih awal dari dijangka.Puas hati dari segi kekemasan kerja. cuma, tak puas hati lagi dengan performance brek.....

    BalasPadam
  2. Bro..mne nak beli caliper repair kit r34
    Klau ade info..
    Pm 0172279148
    tq sesangat

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...