05 November 2010

2004: X-1R Quest 4 Champions

Cerita lama betul ni.... back 2004. Masa sesaja surf internet, aku terjumpa balik cerita ni kat http://www.amnmotorsport.com/race-result1804.htm

Masa tu aku cuba nasib dalam X1R Quest4Champions ni. Kena beli X1R additive, dapat borang penyertaan. Hantar borang penyertaan bole masuk competition ni yang dibuat khas untuk mencari team mate Deanna Yusof & Pippa Yoong untuk berlumba dalam Merdeka Millenium Endurance 2004.

Peserta kena lepas tiga saringan. Saringan pertama guna go-kart, yang kedua guna go-kart jgak dan saringan ketiga guna kereta lumba sebenar team X1R ni kat Sepang International Circuit (kononnyer laaa). Utk saringan pertama ada 2 round. Setiap round diorang akan pilih top 25 best time go-kart kat litar go-kart ELITE. Aku berjaya masuk yang round pertama dan berjaya catat masa 12 terbaik. Ok ler untuk aku yang berat dlm 75kg berbanding orang lain ada yang bawah 60kg.

Results saringan pertama pusingan pertama


Cerita psal saringan pertama pusingan pertama.

50 orang dari 2 round saringan pertama ni kena compete sesama sendiri sekali lagi secara time trial go-kart kat Elite gak. Dari sini peserta top 25 dipilih untuk layak ke saringan ke tiga di SIC. Aku berjaya gak lepas saringan kedua ni untuk ke saringan ketiga. Tapi aku tak ingat nombor berapa. Carik dalam website kat atas tu pun takder.

Bergambar dengan kononnya bakal team mate.... ahaksss......

Masa kat Sepang diorang bagi short advance driving class sebelum diberi peluang untuk try bawak kat litar SIC tu. Instructor akan dok sebelah dan nilai cara bawak. Tapi nasib aku tak baik. Camna tah aku antara orang yang last diberi peluang untuk try atas track. Walhal nama aku kat tengah. Ada peserta yang guna cable untuk potong trip aku. Masa awal2 tu peserta pusing 2-3 round, ada yang sampai 4-5 round. Tapi bila last2 tu, tak cukup masa laaa.... keta rosak laaa. Aku pusing track SIC tu tak cukup pun 1 lap dah disuruh masuk pit. Pastu instructor yang sama kau tu plak dok preassure aku suruh bawak macam dia bawak. Bagi arahan tu bagi arahan ni. Kekok ler aku. Secara jujurnya mmg aku tak puas hati cara diorang handle pada saringan kat SIC ni. Aku tak kesah sangat kalu tak dapat jadi team mate Deanna Yusof kalau semua peserta diberi peluang yang sama.

Pernah keluar sokabar ada gambar aku posing sebelah Deanna Yusof dengan peserta2 lain kat SIC. Aku simpan. Tapi tak jumpa plak. Kalu jumpa nanti bole ler post.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...