17 September 2012

Share: Bila Kamu Menghina Rasulullah Aku

hmmm.... serius sikit entry nih... bahkan sensitif... tapi aku nak guna gak kesempatan dan peluang yang aku ada untuk kongsi satu penulisan yang aku jumpa... sangat menarik dan aku sesangat bersetuju dari langitilahi.com. Kalau tak banyakpun sekurang2nya apa yang disampaikan dapat disebarkan... dapat diselami, dihayati & difahami...lets spread the love... lets spread the love of our holy prophet Muhammad S.A.W..... 

sebelum pegi lebih jauh, aku nk mintak maaf awal2... psal yg pertama aku bukannyer pandai sangat nak menulis terutama bab2 serius & keagamaan macam ni. yang kedua aku mmg chetek ilmu... ilmu agama apa lah lagi... jadi apa yg aku tulis ni sekadar apa yang terlintas kat pemikiran rendah aku ni.

Semalam masa dok surf youtube ternampak plak Innocence of Muslim. Sempat ler bukak tengok, preview sesikit movie low budget yang tah hapa hapa bodonyer.... dengan pelakon yang kaku, dialog seketul-seketul.... movie melayu pun jauh lagi berkualiti. semenarnyer rasa serba salah utk concentrate tengok dan buat penilaian, atau tak payah layan sebabnya nanti wat sakit hati ajer. Jadi aku pun tutup dulu, dengan niat nak tengok lenkali time rileks utk concentrate. Pastu malam tadi masa berita bagitau kerajaan mesia suh google mesia block filem tu dari youtube. pagi tadi aku bukak, mmg da kena block pun. Memang dah takdir utk aku tak tengok movie bodo tu. Link ke movie tu yang aku amik dari history kat sini.

Aku semenarnyer tak heran bila movie bodo camni bole wujud dari orang2 bodo yang dah buta hati, tak buat kajian mendalam, sekadar menyebarkan kebencian kepada Rasulullah SAW secara khususnya dan Islam secara amnya. perkara ni dah berulang2 kali terjadi, contohnya dulu sibodo pelukis2 kartun pun lukis mender ngarut memburuk2kan baginda rasulullah SAW... dan muslim diseluruh dunia plak mengambil tindakan aggresive seolah2 mengiyakan dakwaan musuh2 Islam tu. Bila reda sikit, sibodo2 tu buat lagi.... sekali lagi muslim seluruh dunia bertindak agresif... smpai bila nak berulang camni? kalu surf tengok dalam youtube, banyak lagi video2 anti islam, penghinaan islam, penipuan tentang islam tersebar luas. kengkadang kena tengok dengan berhati2, psal ada yang nampak macam nak sokong walhal dalam diam dok wat propaganda tersembunyi.

Persoalannya, macam mana kita sebagai seorang muslim, sebagai umat Rasulullah SAW, sebagai pewaris jalan yang satu-satunya benar nak bereaksi dengan situasi ini? Bagaimana agaknya reaksi yang Rasulullah SAW akan berikan jika menghadapi situasi ni?

tanpa berlengah lagi, sila lah ke penulisan yang aku sebut tadi. harap dapat memberi manfaat kepada kita... Insyaallah....

Moga Allah teguhkan iman, kuatkan semangat untuk mengharungi segala dugaan, fitnah akhir zaman ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...