01 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014

Art of Speed memang semestinya jadi acara tahunan yang aku tunggu. Sempoi layan kandungan festival ni... kira kena dengan jiwa aku yang berseni ni (Che...wah). Walaupun diorang buat 2 hari, tapi aku takleh nak datang 2 hari. Psal nak kena gi Kuantan untuk antar Nabil balik sekolah. Takpalah.... 1 hari pun jadilah. Kalu nak tau acara ni adalah untuk meraikan custom culture... expression of an art through motor vehicle... gitu lah lebih kurang. Lokasi yang sama macam tahun lepas... tapi ada perubahan layout yang ketara. Aku share gambar dan ceghita ikut tajuk lahh senang....


MOTO CIRCUS

Ada ruang pameran kat belah dalam Citta Mall diorang panggil Moto Circus ... khas untuk orang-orang seni dalam culture permotoran showcase talent dan hasil kerja diorang. Kalu nak borak2 pun diorang layan.... cuma aku tatau nak tanya apa lah. tu yang amik gambar jer. Oh yaa... ada gak tukang set rambut dalam ni. Sapa nak set rambut dengan style dak-dak sekang tah apa nama tah pun bole... bayar jer lah. OK jugak diorang buat macam ni... dok berpanas membakar kat luar, tak tahan bole masuk dalam dewan beraircond.
Ramai nak bersejukan aircond lah nii....
Classic helmet dengan glittering gold flakes. 
Motor ni gempak woo... tapi aku tatau plak apa yang gempak. huhuhu. Kalu tak, takkan dia pamer kat dalam...

Uncle Jepun dari Mooneyes ni tahun lepas pun datang jgak

merakamkan hasil kerja seniri 
tengah kusyuk pinstripe atas hotwheels
Alamak.... abang jepun tu dok usha nak panchung kepala aku ker?
Nak amik gambar partner ko conteng helmet jerr...
Diorang buat rakam rancangan interview apa tah
Kat pintu masuk ke ruang pameran dalam

MARKET PLACE

Booth2 jualan bersepah2 diorang bukak. Macam2 mender ada jual... ko sebut jer apa, semua ada... Kebanyakkan nyer collectors item, pakaian dan aksesories. Kat dalam Citta Mall tingkat atas pun ada jualan tshirt2 printed... macam2 ghupa.

Barang2 lama yang jadi collectors item untuk dijual
Ukiran setan kat guitar
Untuk dijual
Helmet yang ghupa kepelikkan pun ada.

Brader jepun ni datang AOS ni nak jual menan jer....
Tapi bukan sebarangan menan... terliur gak aku tengok Kyosho 240Z tu
Tahun ni tak banyak plak vespa macam tahun lepas... tapi ada ler jugak

KOTAK SABUN

Atau nama matsalleh nyer Soap Box. Aku pun tatau sangat mendalah ni. Tau pun psal Shah NeoMania bgtau. Itu pun psal dia buat sendiri soap box merah ni. Katanya ada pertandingan, turun dari ramp drive soap box ni. Aku tak sempat nak tengok camna kotak ni beraksi, psal terpaksa balik cepat, nak balik Kuantan malam tu. Aku dengar Shah menang. Tahniah!! Tengok Soap Box lain biasa2 jer, yang Shah punya jer nampak gempak. huhuhu (puji member seniri)




Yang dukung anak tu lah Shah NeoMania

BRADER BUIH

Brader main buih ni dari tahun lepas lagi ada. Kerja dia celup tali dalam air sabun, pastu angkat... berbuih2 kuar. Budak2 suka lah buih2 ni... terkejar sana terkejar sini nak letupkan buih yang berduyun2 keluar dari tali tu. Aku rasa brader ni dulu masa kecik2 basuh kasut sekolah, selalu main buih guna tali kasut. ehh.... kejap... tu brader buih ni ker atau aku? huhuhu





Ada helikopter kecik amik video. Nak tengok video dia klik sini.

BAND

Berhampiran bangunan Citta Mall tu, belah tengah, ada pentas. Kat pentas tu band bertukar2 perform. Macam-macam style band ada. Boy Band jer tak perasan ada. Ada gak band yang bole aku layan muzik dia.... walaupun aku bukan minat band sangat.


Ni antara band yang aku layan lebih dari 2 lagu... siap amik video lagi... yang lain tak sempat abis lagu aku belah... huhuhu





Band ni plak otai, Lead macam dari tahun 70an, Second macam dari tahun 80an.... drummer jer nampak budak belum SPM.
Tunjuk skill tibai macam2... kot blkg laa... pakai mulut laa.. pkai kaki laa... pastu main lagu payah nak abiss... huhu

BESKAL

Tahun ni aku perasan macam tak banyak jer beskal... kalu nak dibandingkan dengan AOS tahun lepas. Tapi camna pun, tetap ada.



Kiut plak beskal ijau ni 
da macam motor... takda enjin jerr....

Ini keturunan beskal apa aku tatau... tayar belakang tu tayar kereta 

Banyak lagi gambar... nanti sambunglah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...