05 Januari 2014

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Hari Anugerah Cemerlang ni acara tahunan SKDK, sekolah Nabil dan Wina. Macam tajuk acara, hari sekolah bagi anugerah kepada pelajar2 atas kecemerlangan diorang untuk tahun tu. Alhamdulillah Nabil dan Wina selalu tidak terlepas dari dapat anugerah setiap tahun. Syukur atas pencapaian diorang. 




2013, adalah tahun terakhir Nabil di SKDK. Sememangnya satu penghargaan dan kenangan terindah untuk sesiapa pun, yg final special sikit. Yup... Memang special utk Nabil. Dia dapat Anugerah Tokoh Akademik 2013. Satu anugerah yang sangat tinggi bagi mengiktiraf pencapaian akademik pelajar. Walaupun pencapaian Nabil sepanjang persekolahan taklah sempurna. Camna nak sempurna, results BM dia manjang tak pernah dapat A. Selalunya B. Seingat akulah....


Tapi aku tak pasti kenapa cikgu putuskan bg kat Nabil gak. Mungkin adalah tu kriteria yang cikgu nilai. Camna pun tahniah dan syabas kepada Nabil. Glamer tu... Masa nak terima anugerah dengan aku dan dora kena naik pentas sekali. Ahaksss....

Kena naik pentas kau... glamer... aku dan dora tak sengaja matching plak pakai baju
Nabil terima Anugerah Tokoh Akademik (gambar blurrr....)

Bukan takat terima anugerah tokoh akademik, Nabil gak terima anugerah pencapaian akademik, yg sekolah bagi kat pelajar yg dapat 4A1B dan 5A masa exam akhir tahun. Nabil gak terima anugerah matapelajaran terbaik utk subjek Math. Yg ni sekolah bg kat mana2 pelajar yg dapat markah tertinggi untuk mana2 subjek untuk setiap darjah. Anugerah matapelajaran ni nabil selalu gak terima tahun2 sebelum ni... Kalu tak math, sains.

Nabil terima anugerah kecemerlangan akademik

So... Special ker utk Nabil? Tak abis kat situ... Pada hari tu, Nabil jugak perform. Cikgu muzik dia mintak dia main piano... Secara solo dan secara band ngan kengkawan dia. Yg solo tu dia main lagu yg dia tengah train utk kelas piano dia...Canon. Tak sia2lah Nabil gi kelas piano tiap2 sabtu. Awal pagi sebelum pegi tu, dia practice last minit, siap tension2 psal selalu salah. Aku bgtau rileks laa... Salah sesikit... Audience bukannya perasan pun... Bukan nak perform kat judge2 piano pun. Huhu... Dan masa perform tu mmg ada tersalah sesikit... Tapi kalini Nabil dapat cover. Huhu... Camtulah anak baba.

Nabil perform solo dan band

Wina jugak tak kurang hebatnya... Wina dapat juga anugerah atas pencapaian dia dapat 4A1B dlm peperiksaan akhir tahun. Harapan dan doa untuk Wina ikut jejak langkah abang untuk dapat 5A jugak dlm UPSR 2015 nanti... In sya Allah.

Wina beratur untuk amik anugerah plak
Giliran Wina plak terima anugerah utk keputusan ujian 4A1B

Errr... Itu jer ker? Haaa...

Sekolah mmg buat hari anugerah ni pada hari results UPSR. Salah 1 acara, diorang umumkan pelajar2 yg dapat 5A dan 4A1B utk UPSR. Kitorg suspen gak... Yerlah.... Dah ler dpt tokoh akademik... Berdiri kaku atas pentas lelama tadi... Takkan results UPSR tak dapat 5A? Ahaksss... Masa tu risau wei... Malu kalu tak dapat.

Tamau trkejut sangat, Dora ada sms utk tau results Nabil. Kalu tak dapat 5A, bole ler chow dulu...tak ler malu sangat nanti. Huhu. Tapi yg potong skit, masa sms tu reply, kebetulan Nabil dok main henpon dora. Adeh.... Results tu Nabil da tau sebelum cikgu umum. Masa dok umum tu... Cheeeiii.... Nabil da std by kat depan sambil congrate kengkawan dia yg jalan ke pentas lepas nama dipanggil. Konfiden jerr...

Akhirnya saat utk kemuncak kespecialan Nabil pada Hari Anugerah Cemerlang SKDK 2013 tiba... Bila cikgu mengumumkan juga Nabil dapat 5A utk UPSR 2013. Tahniah Nabil. Cuma tak suspen seperti yang diharapkan. Huhuhu

Nabil ambik results UPSR 5A dari Guru Besar SKDK
Bebudak yang dapat 5A kat SKDK.... ramai gak....
Hi-5.... sempena 5A
Tahniah Nabil
Tahniah Wina!!
Tahniah both of you... very proud of you guys!!

Lepas abis acara, pegi KLFestival untuk makan2 kat San Francisco Pizza... Pre-celebration anugerah dan results2 yang diorang dapat.

Makan2... celebrate sikit kat KL Festival jerr....
Nylea macam biasa, frenchfries dengan demam Disneyland tak abis lagi. huhuhu








Sekang Nabil da start belajar kat salah satu SMK kategori sekolah kawalan yang agak glamer di KL ni... Tawaran yg sukar ditolak... Walaupun jarak ke umah makan 11km gak ler. Back up plan terbaik kalau2 permohonan ke MRSM takdapat nanti. Apa2 pun doa yang terbaik untuk Nabil. Cuma yang tak bestnya sekolah ni takda awek lerr... Kesian kat Nabil... Huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...