29 Disember 2013

Nanny Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kat mana nak start...?. hmmm.....

Aku cuba mula dari 14 tahun lepas... masa mula2 aku kenal seorang insan istimewa yang aku mesra panggil Nanny. Perkenalan disebabkan oleh penyatuan hidup aku dengan isteri tersayang, Dora. Memang tak boleh disangkalkan Nanny adalah sorang yang sangat-sangat-sangat istimewa untuk Dora. Sejak aku kenal Dora kat U, dia dah mula bercerita perihal Nanny. Semua ceritanya berkisarkan bagaimana kasih, sayang dan sanjungan dia kpd Nanny. Buatkan aku teringin sangat untuk kenal dengan Nanny.
Gambar tak bertarikh, seawal pekenalan...
Aku tak berapa ingat kat mana dan bila pertama kali aku jumpa dengan Nanny. Yang aku ingat, mula2 jumpa dia dah mesra dan macam kenal lama. Ghupanya memang sifat Nanny, sangat peramah dan suka berseloroh. Dia suka buat lawak2 bagi kita suspen... hahaha... masa memula pun aku dah gelabah ngan lawak nyakat dia... Tak hairanlah kalau orang disekitarnya menyanjung dan menyayangi Nanny.


Sepanjang perkenalan 14 tahun yang pendek ini, aku tau Nanny sorang yang ringan tulang untuk membantu mereka2 yang dalam kesusahan. Banyak dia bercerita2 kisah dia bersama rakan2nya masuk ke kawasan kampung2 untuk menilai sendiri kesusahan sesebuah keluarga sebelum menghulurkan bantuan. Macam wat lawatan penilaian lah... lawatan tu plak mmg dibuat secara mengejut dan tak harapkan apa2 sambutan. Kalau dihidangkan dengan air kosong oleh tuan rumah, diorang sambut dengan penghargaan untuk tidak bebankan keluarga yang sememangnya susah.

Kitorang pun diajak untuk bantu masyarakat susah sama. Antaranya, dulu dia siap ada tabung bantuan golongan yang susah kat rumah. Setiap kali berkunjung ke rumah dia, pasti dihulurkan tabung untuk kita bagi sumbangan. Selain tu juga dia suka kumpul baju2 dan pakaian terpakai yang masih elok untuk diagih2kan kepada golongan yg memerlukan. Setiap kali balik Kuantan, cuba gak kumpulkan baju dan pakaian yang tak digunakan untuk serah kepada Nanny untuk diagihkan.

Kenangan Aidilfitri 1434H

Selain tu Nanny banyak kali juga bercerita sejarah hidup dia, camna dia dilamar Allahyarham Aki untuk berkahwin diusia muda. Camna dia ada ramai anak dan besarkan anak2 di usia muda. Memang sangat menarik dan ternyata Nanny seorang wanita yang tabah. Ceghita psal anak ramai ni sampai ke hujung, Nanny masih lagi berceghita... aku dapat rasakan yang dia sangat bangga dengan pencapaian ida membesarkan anak2 sendirian sejak pemergian Allahyarham Aki hingga ke hujung hayatnya.

Diawal perkahwinan aku, setiap kali jumpa, pasti Nanny akan ceghita camna abah tepon dia pertama kali untuk bertanya khabar. Masa abah perkenalkan diri, Nanny dok ingatkan abah refer pada Uncle Din, psal nama kitorang sama. Setiap kali jumpa pasti keluar ceghita tu... huhuhu.... Abah sendiri siap ada gelaran manja "Nenek Tunggal" utk Nanny.

1 Disember 2013 lebih kurang 2.30pm aku mendapat berita pemergian selamanya Nanny dari Dora. Sangat sedih dengan pemergian seorang insan yang hebat yang aku kenali. Hanya dapat memanjatkan doa kepada yang Maha Esa agar segalanya dipermudahkan. Lega juga bila mendapat tahu Nanny pergi dengan mudah dan dikelilingi oleh keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. In Sya Allah.

Hari ini, genap 4 minggu (28 hari) pemergian Allahyarhamah Nanny....

Al-Fatihah
Hajjah Rahmah Musa (1927-2013)
86 tahun

Kenangan terakhir bersama Nanny semasa Raya tahun ni (2013M/1434H)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...