25 Oktober smpai 11 November yang lepas, family aku pegi vacation trip.
Trip ni banyak yg special sangat utk aku. Kalu bole aku senaraikan:
1. Trip melancong paling lama dlm hidup aku... Total 18hari
2. Trip melancong paling banyak negara yg akan dilawati... Holland, Ireland, United Kingdom dan France.
3. Trip melancong yg paling banyak belanja... Berapa RM? Byk lah... Abis simpanan seumur hidup... Huhu. Sibaik Dora byk support. Nk lagi lega, kat Ireland lodging kat umah ijat jer. Jimat banyak tu.
4. Trip melancong paling jauh seumur hidup.
5. Trip melancong pertama kat europe.
6. Trip melancong pertama aku drive sendiri... Kat Ireland.
7. Trip melancong paling jauh jalan kaki kot.
Banyak lagi yang special kot....
Apa2 pun post psal vacation ni aku jangka akan banyak dan amik masa. Share sikit2 lah...
Packing barang 2 minggu lebih awal da start. Aku senaraikan mender yg nak bwak dan rancang nk bwak. Supaya tak lupa. Paling penting dokumen2 dan kad kredit yg guna wat bayaran dlm internet dari malaysia. Psal selalu diorg nk tengok kad kredit tu utk verified. Dalam dok senaraikan tu pun aku bole tertinggal gak.
Yang agak pening bab makan nanti. Jadi ada plan memacam nk bawak. Antaranya ikan bilis dan serunding. Tapi sebelum pegi tu Dora bole plak email tanya custom kat Ireland. Jawapannya takleh ler. Abis semua tadi wat kluar dr luggage. Tapi aku gamble bawak sikit serunding daging. Lagi pun pejo yang dok kat UK da lama kirim. Kesian plak kalu aku tak bwak. Aidzil ada pesan, kalu custom tanya, declare jer. Paling kuat dia akan rampas. Ternyata, apa yg dirisaukan tak terjadi pun. Psal takda kena check pun kat airport.
Selain tu, memana deal yg boleh buat kat malaysia melalui internet, kasi settle dulu. Aku terpaksa guna kad kredit lah. Kira macam berhutanglah sebahagianlah untuk melancong. Huhu. Antaranya tiket2 flight, train, cruise, entrance memana tempat etc. Lagi bagus selalu kalu book/bayar online ni dapat diskaun sikit. Kalu €1 pun dah rm4.30. Selain tu dapat kurangkan bwak cash dlm tangan. Oh yaa... credit card dan ATM tu, activatekan utk guna kat sana. Kalau takda plan nak pkai skali pun, bagus gak activate sebagai langkah persediaan awal kalau time2 kecemasan.
Untuk jimatkn lagi belanja, baju sejuk dan beg pinjam jer. Alhamdulillah adik beradik terutama kak nora selalu gi melancong oversea anak beranak, jadi baju sejuk dan beg mmg takda masalah... Pinjam dari dia jer.
Aku rasa yg penting terutama kalu buat trip redah sendiri ni, tak ikut pakej melancong memana, kena banyak buat homework. Bukak internet surf info dan dapatkn tips. Atau tanya kengkawan sedara mara yg pernah pergi. Tempat2 yg wajib dilawati dan camna bole smpai jugak kena study. Silap aku tak sempat nk study secukupnya. Pastu yg da study tak rekodkan plak. Jadi byk yg trlupa. Bila trlepas baru teringat... Oooo.... Aritu pernah tau dari internet... Kira ok sikit psal kt Ireland takyah study psal semua Ijat da tolong survey dan arrange.
Destinasi utama kitorg ni sebenarnya Ireland... Tempat Ijat (adik Dora) yg dah bermastautin lebih kurang 16 tahun kat bandar Cork, Ireland sejak belajar dulu. Niat family Dora untuk melawat Ijat psal selama ni diorg tk brkesempatan nk melawat. Aku tumpang sekaki. Dah alang2 sampai belah2 sini, singgah ler jugak kat London dan Paris. Pastu transit kat Amsterdam masa pegi dan balik, amik kesempatan jgak utk explore bandar amsterdam tu. Untuk budak2, kitorang pergi Disneyland Paris.
Masa kitorg nk bertolak ke KLIA dari umah, drama dah mula dari start. Teksi van yg dora book bole kata "eh... Hari ni ker? Ingatkn esok..." walhal sehari sebelum tu dah remind. Kitorg da turun bwah usung beg... Pastu Dora call... Baru tau dia kt tmpt lain. Hampeh betul. Terus call Haiqal. Sibaik dia free. Mintak dia tolong hantarkan ke KLIA bwak presage aku. Dan sibaik jgak masih awal.
Flight kitorg nak ikutkan 11.55pm. Tapi psal cuaca, kapten tamau take off...delay 12.30am. Flight ambik masa 12jam utk sampai ke Amsterdam. Dalam flight ada 2 kali meal. In between ada snack. Masa awal2 tak terfikir utk kutip memana biskut yg tk makan. Masa 2nd meal baru terfikir. Tujuan utk buat bekal masa jenjalan kat Amsterdam. Memang berguna...
Satu tips aku, kalu dah naik flight lama gini, patut pkai terus pakaian yg selesa utk tido. Aku silap pkai jeans... Keras sikit laa... Trpaksa longgarkan button dan bukak belt. Bantal kecik dan selimut mmg disediakan. Bagi aku dah memadai. Bab nk isi masa 12jam tu rasanya takda masalah kot. Psal kebanyakkannya tido. Pastu makan. Pastu bole layan movie/tv/game.
Oh yaa... kitorg pergi ngan MAS, kebetulan dapat tiket promo Family Package lebih kurang RM8.5K utk 2 dewasa & 2 kanak-kanak.
Banyak lagi nak citer ni... Takpa, utk intro kali ni cukup dulu... kita layan gambar rangkuman semua skali plak...
Dora dan Nia dengan background Amsterdam Centraal Station |
Tak masuk... bawak anak2, camna nak masuk... huhuhu |
Nemo Science Centre Amsterdam. Rugi tak amik gambar yang nampak bangunan Nemo tu keseluruhan. |
Ni kat UCC, Ireland, tempat ijat belajar dulu |
Cork City Gaol, penjara lama kat Cork |
Torc Waterfall, Killarney National Park, Ireland.... gambar dari henpon ni |
Selepas check-out dari Hyde Park Suite, London... menuju ke Paris |
Sapa tak kenal Tour Eiffel? |
Depan Arc De Triomphe |
Di Pyramide Du Louvre... amik gambar kat luar jer... tak masuk pun muzium bawah tu |
Depan Walt Disney Studio Paris |
Depan Disneyland Hotel... jalan nak masuk ke Disneyland |
Depan Sleeping Beauty Castle, icon Disneyland Paris |
Statue romentik mende tah kat St Pancras... tatau plak apa citer statue ni |
Di St Pancras London, OTW balik dari Paris |
Depan umah Ijat kat Douglas, Cork, Ireland... gambar ni amik lepas balik dari London/Paris |
Penginapan terakhir dlm trip ni... Citizen M Schiphol |
Banyak lagi gambar... gambar kat Ireland kebanyakkan nya tak sempat nak copy dari laptop papa, aku tumpang save masa kat sana.
Kita sambung kendianlah....
salam kenal
BalasPadamsyok nya jalan2. nak kene kumpul duit banyak tu kalau nak tour europe
salam kenal
Padamtima kasih sudi lawat blog ni....
nak kata kumpul tak jugak... banyak berhutang jerr.... ahaksss....
Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam