21 November 2013

Battle Royal X III _ 1 Jun 2013 : Part II

Sambungan dari sini.

Ahaksss... lama tak nak tunggu ceghita sambungan ni.....?? huhuhu.... tak sempat ler nak update. Ni pun gagah gak, psal dah lama dok peram jadi "Draft".

Kalau entry sebelum ni dok citer psal drag lambak.... kali ni citer psal acara time attack plak.

opss..... ni ada plak gambar drag lambak yang baru jumpa dalam FB....

Tak silap aku ni ni antara 1st 2 run... kalah... psal tak jumpa launch RPM yg sesuai lagi
Mamat belakang tu BOB kalu tak silap aku. Ahaksss.... ganas tak ghupa keta aku yang sengaja buat tak siap.... ahahah.....
OK.... sambung citer time attack. Time attack ni, diorang kumpulankan kepada 4 kereta setiap kumpulan dan dilepaskan 1 per 1 kereta yang dah dipasang dengan transponder utk catatkan masa sepusingan secara automatik. Setiap kereta diberi peluang untuk buat 3 pusingan lengkap untuk dapatkan catatan masa. Dari 31 kereta yang menyertai, 14 kereta dapat peluang untuk ke pusingan ke-2 untuk buat catatan masa utk 3 pusingan lengkap lagi. Alhamdulillah, aku lepas top 14 tu... ahaksss...

Ni masa saringan... alhamdulillah lepas gak masuk 2nd round


Bila dah masuk pusingan ke-2, pesaing bukan calang-calang. Semua experience nya racer... Aku contohnya, masuk dalam group champion2 yang biasa masuk competition. SNF, Gymkhana etc.... tapi aku layan kan ajer... under dog... no preassure.... ahaksss.....

Masa ni 2nd round. Satu group ngan champion, Ajak... competetor hebat SNF, Angah dan Gymkhana prepared satria




Fiwiittt...... beraksi dengan poyo dalam acara time attack... ahakssss
Beramai2 selepas pembahagian hadiah


Kalu tengok results kat bawah, masa terbaik aku 55"83 (driver nomor 22) ... dan agak konsisten utk 5 timing terakhir. Kira dah gitu jer yang termampulah. Skill driving asal boleh jer.... banyak gila nak kena improve. Kereta plak tak berapa chun, terutama bab tayar. Tayar aku pakai brand tak glamer... Roadstone dari Korea. Tayar lama, takda grip, treadwear 300 ke atas... bawak keta rasa melayang2... abis usaha nak control steering. Citernya psal ingatkan, masuk ni ala kadar cukuplah....


Inilah hasil yang aku dapat... tempat ke 7 acara drag manual dan tempat ke 13 acara time attack
Abis jer acara ni, aku memang psang niat, nak cari dan pakai tayar yang competition skit... kalu nak masuk event, selamba jer bole masuk, tak risau psal grip tayar. Apa2 results salahkan skill jer. huhuhu. Tak lama lepas tu, lepas abis survey... aku pakai tayar Federal 595 RSR... treadwear 140, masih lagi kategori road tyre. Nak masuk event, masih layak untuk kategori road legal. Yang penting, harganya boleh lagi dengar, kalu nak dibandingkan dengan brand2 glamour yang lain.

Oh yaa.... lepas abis event, track di"biar"kan tanpa penjagaan marshall... ahaksss.... masa ni ramai yang pusing track secara lambak. Baik yang masuk acara atau yang datang tengok. Aku tak lepaskan peluang turut melambakkan diri atas track. Bawak Dr. Jasman dok sebelah. Dia sampai tengahari tu kat kg gajah utk bagi sokongan kat aku. Memang seghonok belasah tanpa rules ni. Tak lama lepas abis tayar botak, diorang stop. Aku balik malam tu berkonvoi dengan Dr. Jasman. Singgah Teluk Intan untuk Dinner malam tu.

26 Oktober lepas pun ada BRX lagi.... tapi aku plak takder... outstesen.... rugi... rugi...

Banyak gambar dalam ni aku ceduk dari orang lain... tak ingatlah mana amik.... kebanyakkan nya dalam FB. Harap empunya gambar dapat halalkan.... huhuhu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...