29 Jun 2014

Mee Tarik Warisan Asli, PV128 Setapak Kuala Lumpur

Jun ni da sampai hujung... tapi takda lagi entry bulan ni. Sibuk sikit bulan ni psal organise Track Day NISMOCLUB 21 Jun 2014 lepas. Ramadhan pun dah sampai. Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi peluang utk menunaikan ibadah puasa. In Sya Allah, sama-sama kita berusaha untuk melalui bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Selamat semua menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni.

Nak masuk entry crita lama lah... dok peram gambar2 dalam henpon. sampai memory pun dah nak penuh. Tapi entry ni psal makan. Harap bertabahlah kalu terbuka blog ni waktu siang.

Satu hari tu balik dari Port Dickson, sampai KL dah malam. Masa tu baru abis family day Hilir Island. Nabil pun ada sekali, alaa.... masa cuti sekolah tengah tahun aritu. Terpikir nak cari makan malam luar. Teringat ada restoren mee tarik baru bukak kat PV128 Setapak. Boleh lah gi try... tak pernah lagi rasa mee tarik ni.

Kata malam... ni terang benderang jer... Ahakss... ni hari lain, pegi lunch plak

Kalu nak ikut dengar ceghita psal mee tarik ni dah lama... gempak jer dengar diorang boleh buat mee main tarik2 dari adunan tepung jer. Pernah tengok dalam TV, teringin nak tengok camna gayanya secara live. Tapi masa tu kalu nak tengok kena tempah flight ke negara China lah.... ahaksss... 

Tak lama baru ni ada dengar orang bercerita ada kedai mee tarik kat area Dang Wangi. Dok simpan niat nak pegi... tapi tak sampai2 jugak. Bila nampak ada kedai wat renovate kat PV128 tulis "restoren mee tarik akan dibuka tak lama lagi, jangan korang wat tatau plak"... excited gak... psal dekat ngan umah. Kalu menapak pun setakat berpeluh ketiak jer.

Boleh tahan ramai orang layan mee tarik ni
Impression pertama masa sampai, restoren baru, nampak kemas. Warna hijau jadi warna pilihan kemasan dalaman restoren ni, nampak fresh. Tukang masak kat dapur gaya macam orang China, cashier pun orang China... tapi waiter gaya macam india/bangladesh/nepal (mana aku gheti nak kenal diorang bangsa apa). Pelanggan plak masa tu ramai orang melayu. Kira unik gak ler... International gitu.

Boleh nampak tukang tarik mee beraksi kat dapur... amik gambar dari jauh jer
Bukak buku menu dia pening gak nak memilih. Psal tak biasa ngan nama2 masakan diorang. Ghupanya selain mee, ada gak hidangan nasi. Cuma nasi ni bukan nasi tarik lah. huhuhu. Lepas belek2 menu banyak kali, kitorang pun order. Pastu pelayan tu bagi resit order sekali ngan harga maam kat bawah ni.
Resit order.... Bole tengok harga... Kira berpatutanlah jugak
Sambil-sambil tunggu tu, bole la tengok tukang tarik mee beraksi kat dapur. Memang sengaja diorang buat dinding glass kat dapur tu utk bagi pelanggan tengok skill2 tarik diorang dan berasa kagum. Haaa.... kita kat mesia ni biasa jer tengok orang tarik teh ngan tarik kereta kan?  ni tarik mee.... memang gayat gak lah. huhuhu. Tapi masa ni aku cover kegayatan tu dan control macho dengan amik gambar dari seat aku jer.

Tak lama tunggu, kira tak sempat nak bosan order pun sampai.....
Lamen Sliced Beef untuk wina... lebih kurang kuetiaw sup ghupa dia
Bila Wina berjumpa Nabil...
Mee Basah Kambing Ziran untuk aku... lebih kurang gitulah nama masakan ni
Nabil menikmati mee tarik pilihan dia
Mee sliced beef untuk Nabil
Dari segi keunikan hidangan memang tak dinafikanlah. Kalau sesiapa yang suka cuba mender yang baru boleh sangat. Banyak jugak menu yang teringin nak cuba kalu tengok dalam buku menu diorang. Dari segi rasa, bagi aku agak unik dan terasa authentic china. Agak kuat rasa garlic dan rempah-rempah. Kalau mee sup, sup dia warna jernih. Tapi rasa sup tu sedap dan agak "kaya". Mee tarik tu plak kenyal tapi lembut bila digigit.

Selang seminggu pastu, masa aku kluar ngan Nabil, sekali lagi aku singgah untuk makan tengahari plak. Kira Nabil suka gak lah ngan restoren ni, sampai boleh mintak pegi lagi sekali. Kali ni, cerah sikit nak amik gambar. Baru perasan, kat kedai ni ada backdrop yang ceritakan sikit sejarah psal mee tarik ni. 
oohhh... gitu sejarahnya mee tarik ni...
Pilihan TV3?
Kali ni aku ngan tak malunya lagi, berdiri depan2 tukang tarik mee ni, dan snap gambar. Diorang pun tersipu2 malu masa aku amik gambar. Nilah gambar yang sempat aku snap masa diorang beraksi.

dimulakan dengan menguli tepung
pastu dilipat dan ditebar beberapa kali
ada gak masa dia pusing2kan adunan tepung tu
entah camna tetiba banyak plak urat mee ni. Diorang potong hujung pastu masuk dalam periuk utk rebus.
Kali ni aku cuba nasi goreng dia plak
Nabil plak pilih mee daging apa tah, sup pedas
Aku dapat tau restoren yang kat Setapak ni adalah cawangan dia yang ke-3. Cawangan2 yang lain kat Dang Wangi dan kat Sungai Besi. Pepandailah search dalam Waze atau map kalu nak carik lagi 2 cawangan tu. huhuhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...