26 Mac 2013

Post Terperam :: Tamu Lawas Sarawak Part 1

Ada lagi post2 yang terperam lama.... kali ni citer tahun 2011. Aku taruk dalam blog tapi tak sempat nak edit dan post. kasi letgo lah citer2 lama ni... sebelum bole wat kluar citer baru. sibaik ada simpan sekali nota citer. bole ler story sesikit.

untuk post kali ni semenarnya kali ketiga aku datang Lawas. mender berlaku dari 24 hingga 26 Nov. 2011 yang lalu (OMG.... lebih setahun terperam). Kira aku datang Lawas ni terakhir utk projek yg trlibat psal projek dah handover. Lpas ni tatau ada peluang lagi ke datang sini. Kalu sesaja memang tak sampai kat Lawas ni. Huhuhuhu.....

Semenarnyer trip ni clash ngan aktiviti panjat gunung (oh... dah lama bersara panjat gunung ni...errr... mcm ler involve sangat ...huhuhu) n aktiviti nismoclub utara berfamilyday kat songkhla, thailand. Aku pilih untuk pegi Lawas atas tuntutan tugas n kerja. Semenarnyer nak kata clash pun tak jugak. Psal event kat Lawas 25hb, tapi psal tada tiket flight balik ke Miri dr Lawas, jadi trpaksa extend ke 26hb. Tu yg terclash jgak.

Bila dah smpai Lawas, alang2 tu trpikir gak nak singgah Brunei. Lebih kurang sejam dua jer nk sampai Bandar Sri Begawan. Tapi bila kira bebetul, payah gak dan agak rush. Pengangkutan ke Brunei pun tak arrange. Jadi baik aku dok kat Lawas je ler, tengok persekitaran dan suasana tempat orang.

24hb masa smpai Lawas, kebetulan ada majlis doa selamat. Lepas tu ada ler memakan. Sedap gak masakan yg dihidangkan. Nasi dia ada sesikit mcm pulut, lemak. Yg lain sikit, sambal belachan dier ada kick laa. Rasa dier power, tak pernah rasa sambal belachan best gini. Pastu tetanya ler orang Lawas. Ikut ceghita belachan kat Lawas ni mmg special. Tapi masalahnya diorang tak buat belachan secara komersil/besar2an. Agak limited dan payah nak dapat.

Disambung ceghita, katanya kalau dapat makan sambal tahai lagi best. Huh? tahai tu mendalah apa plak? Ghupanya tahai ni ikan tamban yang disalai. Maklumat yg dapat, kalu nak dapatkn makanan2 unik kawasan ni macam ikan tahai, belacan dll tada tempat lain hanya kat Pasar Tamu, kira macam pasar tani kat semenanjung. Tetanya org, dapat tau Pasar Tamu tu dalam jarak jalan kaki dari hotel. Jadi aku pun set kan utk wat lawatan sambil belajar ke tamu.

Jalan kaki nak ke Tamu... lalu roundabout ada mcm gasing besar belah kiri tu. yang bumbung2 n khemah belah kanan "gasing" tu lah Tamu.
Buah-buahan tempatan...

gerai kueh mueh

Ikan bilis (?)
lada kering...perasan tak saiz lada stended kat belah atas tu. yang bawah besar len macam

err.... ni jual kepah ker kupang ker... aku pun tak ingat apa nama. Bebesar kerang dia.... teringin gak nak merasa... tapi apakan daya....
Yang ni siap dikeluarkan dari cengkerang


inilah dia ikan tahai atau ikan salai
ni ikan tahai yang dah siap bungkus kekecik
harga ikan tahai ni:
rm35/kg - dah masak
rm18/kg - berkulit lagi

garam bukit rm10/pack

citer pasal garam bukit Ba Kelalan masuk dlm sokabar

beras bario


...bersambung...

3 ulasan:

  1. alahai.... citer intro atas2 tu psal ke tamu lawas ni aku pernah citer laaa kat http://naza-atai.blogspot.com/2011/11/another-lawas-sarawak-trippart-1.html....
    ni laaa akibatnya bila peram lama sangat.... huhuhuh

    BalasPadam
  2. wah..tak sangka ada yg sudi citer pasal lawas..daerah kelahiran dan tempat tinggalku..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. tak sangka ada yg lahir dan tinggal di Lawas sudi lawat citer dalam blog aku... hihihi

      salam ima salsuzaima!!
      pohon tunjuk ajar....

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...