30 Jun 2014

Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

Sabtu minggu lepas, masa organise Trackday NISMOCLUB kat Kampung Gajah Perak, radiator cap presage tu crack plak. Memang dah sampai ajal dia. Isi air keluar balik macam air paip jer. Masa tu dah lewat petang. Chek ngan insuran, kalu nak tow cover 150km jer pergi balik. Kalu nk tow smpai KL kena top up RM500 lebih. Adeh... Hujung bulan plak tu. Keesokan hari plak Ahad, memang kedai sparepart atau kedai radiator tak bukak punya. Alhamdulillah kengkawan NISMOCLUB Perak bagi cadangan untuk bantu. Keputusan diambik, aku kena stay kat Ipoh 2 malam smpai ari isnin. Kat Ipoh aku akan tido kat umah Shahren. Keta plak tow kat workshop member kat Bota.

Nak tunggu towing truck smpai pun dah 2 jam. Sibaik ada kedai makan kat situ. Bole ler dinner kat situ. Dipendekkan crita, aku smpai umah shahren kat ipoh dlm pkul 12 pagi.

Nak dipendekkan lagi ceghita, hari isnin tu, sementara nak tunggu keta siap repair, aku follow shahren pegi tengok kerja kontrak yag dia dok buat sekang. Da settle semua dia bwak aku pegi makan lunch. Katanya nak bwak aku makan nasi wanggeh. Famous katanya. Aku ok jer... Psal ada dengar banyak kali tapi tak pernah smpai. Bila sampai baru aku tau nama rasmi kedai ni Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh. Wanggeh semenarnya bahasa tamil, panggil orang datang untuk datang makan. Itu ceghita yang aku tau lah, asal usul nama wanggeh.

Full house
Lokasi memang tetengah town ipoh. Shahren parking belakang2 lorong. Masuk kedai pun dari tepi. Masa smpai tu dah pkul 1 lebih. Penuh dan ramai orang. Yang beratur pun panjang. Tapi kalu nk order nasi ayam merah yg standard takyah beratur. Duduk pastu order jer. Aku yg tatau apa2 order yang standard jer lah, macam shahren. Sementara tunggu order smpai aku pusing2 kedai amik gambar.. Huhuhu

Kedai ni gaya rumah kedai lama end lot. Style kedai makan dulu2 memang biasanya tokey cina tapi yg jual makanan bangsa lain. Tokey jual air jer. Dapat tau setting kedai ni mmg dari zaman dulu2 lagi camni.

Orang dok beratur dengan tak sabar2 menjenguk ke arah lauk2

Kaunter lauk
haha.. gamba blur.... sajer efek tu
Siap bagi warning... tada cawangan
Kejap, order sampai. Nasi standard tu terdiri dari semestinya nasi putih, ayam masak merah, telur masin, sambal kelapa, bendi, timun dan kuah kari campur. Sedap... Patut penuh kedai. Dok makan tu aku gatal plak nak order kambing. Saja nak rasa. Tapi bila makan nasi standard tu kenyang lain macam pulak. Kambing pun nak makan da tak larat. Last2 tak abih... Huhuhu.

Ni lah Nasi Kandar Ayam Merah standard
Haa... nampak sekali sirap
Kambing yang tak dapat dihabiskan
Kitorang dok tepi meja buat air. Nampak tokey tu bungkus teh o ais limau asam boi banyak. Mesti best air ni sampai ada yg tapau banyak2. Aku pun order gaklah tapau 1. Bole wat minum ondaway pegi Bota amik keta. Sepanjang jalan lepas perut dah tak senak kekenyangan, aku minum air tu. Memang terbaeklah air tu.


Kalau sesiapa pegi utk 1st time mmg aku rekemen nasi ayam merah standard dan air teh o ais limau asam boi. Cukup!!

Bil air dia kiut lah... ahaksss
Malam sebelum tu, geng2 NISMOCLUB Ipoh siap buat BBQ kat umah shahren. Aku secara tak langsung terlibat utk buat persiapan BBQ tu. Buat simple2 jer. Tapi best dan seghonok dapat berkumpul. Memang terbaiklah NISMOCLUB terutama geng Ipoh.

hot dog 6",  ayam BBQ, mashed potatoes dan pizza

Berjutaan terima kasih kat NISMOCLUB Ipoh sebab tolong aku sepanjang 2 hari 2 malam kat Ipoh. Hanya Allah saja yang membalas jasa baik semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...