30 Jun 2014

Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

Sabtu minggu lepas, masa organise Trackday NISMOCLUB kat Kampung Gajah Perak, radiator cap presage tu crack plak. Memang dah sampai ajal dia. Isi air keluar balik macam air paip jer. Masa tu dah lewat petang. Chek ngan insuran, kalu nak tow cover 150km jer pergi balik. Kalu nk tow smpai KL kena top up RM500 lebih. Adeh... Hujung bulan plak tu. Keesokan hari plak Ahad, memang kedai sparepart atau kedai radiator tak bukak punya. Alhamdulillah kengkawan NISMOCLUB Perak bagi cadangan untuk bantu. Keputusan diambik, aku kena stay kat Ipoh 2 malam smpai ari isnin. Kat Ipoh aku akan tido kat umah Shahren. Keta plak tow kat workshop member kat Bota.

Nak tunggu towing truck smpai pun dah 2 jam. Sibaik ada kedai makan kat situ. Bole ler dinner kat situ. Dipendekkan crita, aku smpai umah shahren kat ipoh dlm pkul 12 pagi.

Nak dipendekkan lagi ceghita, hari isnin tu, sementara nak tunggu keta siap repair, aku follow shahren pegi tengok kerja kontrak yag dia dok buat sekang. Da settle semua dia bwak aku pegi makan lunch. Katanya nak bwak aku makan nasi wanggeh. Famous katanya. Aku ok jer... Psal ada dengar banyak kali tapi tak pernah smpai. Bila sampai baru aku tau nama rasmi kedai ni Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh. Wanggeh semenarnya bahasa tamil, panggil orang datang untuk datang makan. Itu ceghita yang aku tau lah, asal usul nama wanggeh.

Full house

29 Jun 2014

Mee Tarik Warisan Asli, PV128 Setapak Kuala Lumpur

Jun ni da sampai hujung... tapi takda lagi entry bulan ni. Sibuk sikit bulan ni psal organise Track Day NISMOCLUB 21 Jun 2014 lepas. Ramadhan pun dah sampai. Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi peluang utk menunaikan ibadah puasa. In Sya Allah, sama-sama kita berusaha untuk melalui bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Selamat semua menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni.

Nak masuk entry crita lama lah... dok peram gambar2 dalam henpon. sampai memory pun dah nak penuh. Tapi entry ni psal makan. Harap bertabahlah kalu terbuka blog ni waktu siang.

Satu hari tu balik dari Port Dickson, sampai KL dah malam. Masa tu baru abis family day Hilir Island. Nabil pun ada sekali, alaa.... masa cuti sekolah tengah tahun aritu. Terpikir nak cari makan malam luar. Teringat ada restoren mee tarik baru bukak kat PV128 Setapak. Boleh lah gi try... tak pernah lagi rasa mee tarik ni.

Kata malam... ni terang benderang jer... Ahakss... ni hari lain, pegi lunch plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...