16 Mac 2014

Jenjalan Amsterdam - Makan Tengahari


Dah settle kat Niuewmarkt... aku dengan jenjalan tengok pasar tu, diorang plak da cukup rehat dari jalan kaki yang agak jauh tu... perut pun da lapar... time pun da sampai utk cari lunch. Lepas bincang, setuju untuk makan kat kedai kebab yang ada lalu pagi tadi kt Damrak. Perasan macam tak jauh sangat. Jadi sambunglah jalan kaki.


13 Mac 2014

Mee Kicap Ipoh

Dah dengar lama psal mee kicap Ipoh. Katanya best... memang menyimpan hasrat utk satu hari mencuba.

Kebetulan aritu NISMOCLUB buat AGM kat Ipoh. AGM tu hari Sabtu. Jadi, plannyer pegi Ipoh naik ETS lah... lepas opis hour Jumaat. Itu pun tak rush... rilek2 lepas opis, pkul 6 baru gerak ke KL Sentral. Dora ngan baik hati nak hantar.


02 Mac 2014

Berjaya Time Square Theme Park

Nabil lapor diri kat asrama 3 Feb baru ni. Kebetulan plak memang cuti CNY sambung plak ngan cuti hari wilayah. Chanteklah tu... Balik Kuantan sesambil hantar Nabil. Notis utk lapor diri lebih kurang 2 minggu jer. Memang agak singkat. Nak buat persiapan apa semua... Pastu terasa plak suntuk sangat masa untuk spend masa dengan nabil. Pasni kena tunggu cuti2 panjang ler baru bole spend masa ngan Nabil. Cepat btul masa berlalu... Da besar dan dah nk dok asrama.

Last2 minit terpikir plak nk pegi Cosmo Berjaya Time Square utk layan ride2 kat theme park tu. Idea timbul bila trkenang keseronokkan layan ride2 kat Disneyland November lepas. Masa kat Disneyland, mmg aku, Nabil dan Wina layan sakan semua ride2 yg thrill... Ada yang sampai 2-3kali naik. Terindu plak... Mungkin tahap gian. Tu yg dtg idea nak layan yg kat BTS. Ride jejauh dan thrill dah pegi, takkan yag dekat tak pernah cuba.

Dengan perancangan yg tak berapa teliti, Nabil setuju utk pergi hari Jumaat 31 Januari, cuti CNY pertama. Chek dlm internet, theme park tu bukak pukul 11am. Alang2 tu baik pegi lepas semayang Jumaat lah. Plan asal aku n Nabil ajer psal Dora malas nk ikut. Ingat nk gi terus dari masjid. Tapi sebelum pergi tanya kat Wina, dia nak ikut ke tak. Sekali Nia terdengar dan nak ikut sekali. Last2 lepas pujuk, Dora pun ikut sekali utk teman Nia. Dah semua pergi, Wina yg memula tamau ikut, terikut jgak. Akhirnya jadi family outing. Gerak dalam pkul 3 lebih dari umah.

Masuk bayar guna family package utk 2 dewasa dan 2 kanak2... Pastu tambah 1 adult lagi utk Nabil. Total RM144 (RM106 +RM38). Semua ni rate ngan mykad. Kalau pelancong luar negara rate mahal sikit.



Secara amnya theme park ni terbahagi kepada 2. Yg satu utk kanak2 Fantasy Garden sesuai untuk Nia dan Dora (huhuhu). Manakala utk thrill seeker macam aku, Nabil dan Wina (achecheche) plak layan Galaxy Station. Sibaik tinggi Wina memang ngam2 lepas utk layak naik ride yg thrill. Kalu tak mesti dia sangap. Huhuhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...