23 Mei 2010

Teluk Chempedak Re-Visit

Seminggu lepas pergi Teluk Chempedak ngan bebudak N16, aku berpeluang re-visit pasal balik Kuantan 24 April 2010 utk ziarah Nanny (Nenek Dora) yang masuk wad.

Kali ni aku pergi bawak Nabil & Wina. Bebudak dua orang ni bila pegi pantai, tak lain mesti nak bawak gear utk buat sand castle. Teluk Chempedak kali ni berbeza sikit dengan lawatan pertama. Cuaca lebih terang, terik, langit lebih biru dan angin lagi kuat. Ombak pun agak kuat dan tinggi bila terhampas atas batu-batu sekitar pantai. Tapi selepas beberapa lama dok lepak situ, langit mendung dan last2 hujan renyai turun. Oleh itu, gambar yang terhasil pun agak berbeza atas faktor2 cuaca ni.

posing dulu masa baru sampai



"Under Construction"


Wina & Turtle


Posing atas batu


Mula mendung


Happy Jumper


Macam visit yang pertama, ada gak pengunjung pompuan yang pakai bikini dok sunbathing. aku rasa mmg perkara yang biasa kot pantai ni jadi port sunbathing dengan bikini.

Dan visit kali ni ada monyet....tapi tak sempat plak nak amik gambar. Sekali tu Wina jalan laju ke depan, dia tak perasan kat atas railing laluan tu ada monyet tengah bertenggek. Lepas kitorang bagitau ada monyet atas railing sebelah dia berdiri, dengan gelabah dia lari balik arah kitorang. Papan lantai kayu laluan tu yang tak rata sebabkan Wina terjatuh tergolek.... ahaksss..... sian Wina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...