Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Danau Kota berlangsung pada 19 November 2009 yang lalu di Dewan Komuniti Setapak Indah.
Nabil bersama kengkawan dia
Alhamdulillah setakat ni pencapaian Nabil di sekolah sangat membanggakan. Walaupun dia selalu nampak macam blur, tapi berjaya gak dapat Nombor 3 overall di sekolah bagi Tahun 2. Masa Tahun 1, dia dapat nombor 2. Tahun 2 dapat nombor 3, jangan makin naik tahun makin naik nombor tu udah.... ahaksss...... Antara sebab dia tak boleh dapat nombor 1 atau 2, adalah results Bahasa Malaysia dia yang agak kureng.... markah dalam 80an gitu. berbanding subjek Matematik, Sains & English yang dia dapat anugerah markah tertinggi untuk subjek Matematik & English.
Nabil buat persembahan kat pentas
Bukan nak bangga dengan anak sendiri, tapi kena gak bercerita untuk rujukan diri sendiri dimasa akan datang. Takut terlupa. Aku rasa antara faktor kecemerlangan Nabil di Sekolah adalah Dora/Mimi. Mimi yang merencana aktiviti harian Nabil. Aktiviti utama dia, workbook!! Walaupun sekang ni Nabil agak liat dengan aktiviti tengok TV dan main X-Box dia, tapi Mimi tetap tegas ngan Nabil. Masa Nabil Tahun 1, dia dah buat workbook untuk tahun 2. Masa dia Tahun 2, dia dah buat workbook untuk tahun 3. Ditambah plak Nabil suka membaca. Untuk tu, aku beli Ensiklopedia untuk dia baca. Banyak gak perkara yang dia cerita aku tak tau, dia tahu dari ensiklopedia tu. Dia minat subjek Geografi, Sains & Math. Walaupun masih belum belajar Geografi, tapi dia tunjuk minat terhadap peta dunia, negara-negara dan bendera.
Nabil bersama hadiah dan anugerah yang dia dapat
Bila pergi sekolah dia, sebut jer aku ayah Nabil, semua dia cakap "oohhh.... ayah Nabil.....!!". Macam famous jer Nabil kat sekolah. Nabil masuk tahun 1 dulu tak boleh cakap melayu. dia dibesarkan dengan English. Bukan aku terer sangat speaking, tapi bila communicate dengan anak-anak mesti aku terspeaking. Ditambah plak dia suka tengok TV....yang cakap english macam Barnie si dinosour purple tuh. Cikgu2 Nabil ingat dia lahir & dibesarkan kat oversea.... huhuhuhu.... .walhal barnie & friends yang ajar dia ckap omputeh.......
Nabil, Mimi & Wina.... errr Baby Nylea dalam perut Mimi... huhuuh
Aku harap Nabil boleh kekalkan kecemerlangan dia dalam akademik ni sampai abis belajar nanti.... moga dia jadi insan yang cemerlang dan jadi orang yang berguna kepada agama, bangsa, keluarga dan negara. Insya-Allah.