17 Julai 2014

Peringatan Menghadapi Ramadan

Menuju 10 malam terakhir Ramadan... Patutnya up post ni 2-3 minggu sebelum Ramadan... bole buat persiapan rohani dan mental. Well... better late then never. Aku up jugak lah... bole guna wat rujukan untuk hadapi Ramadan tahun depan plak.... Itu pun kalu masih diberi peluang dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan yang indah dan penuh rahmat ni tahun depan.

Semenarnya posting ni, adalah himpunan video-video peringatan berkaitan Ramadan yang dapat dari youtube. Jadi senang untuk dibuat rujukan lenkali. Aku bukan alim pun... lebih kepada rujukan aku sendiri jer ni... Tapi kalau ada orang lain yang bole amik pengajaran dari posting ni... kira Alhamdulillah....

Seperti yang kita semua patut tahu, (macam aku, sering terlupa... kena diingatkan selalu) Ramadan adalah bulan special penuh berkat, penuh rahmat, pelbagai ganjaran telah dijanjikan oleh ALLAH SWT kepada hambaNya, sekiranya hambaNya mencari berkat, rahmat dan ganjaran tu. Macam senang jer kan? Yep, senang kalau kita sedar kelebihan tu dan kita mau rebut peluang tu. Betapa pemurahnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya. 

Selama 11 bulan, kita bergelumang dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran, dugaan dan pancaroba (fuuuhhh.... pancaroba kau...), 1 bulan istimewa disediakan kepada kita untuk reset balik perbuatan kita selama 11 bulan tu... tengok balik, adakah perjalanan kehidupan kita selama tu, berlandaskan syariat yang telah ditentukan? Selama sebulan, Ramadan kita dituntut untuk mengerjakan ibadat puasa, disamping ibadat-ibadat sampingan yang lain, untuk mencari keredhaan Allah SWT. Macam latihan kepada jasad dan jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Sedangkan dibulan Ramadan, kita tidak boleh membuat perkara yang halal iaitu makan/minum, keluar dari Ramadan takkan tak boleh halang diri dari membuat perkara yang haram? Keluar dari Ramadan, kita sepatutnya suci... Selain itu, Ramadan juga menyemarakkan semangat ambil berat dan memberi kepada orang lain dengan bersedekah.



Video kat atas ni antara lain nya menyatakan, pada Ramadhan, masa yang paling sesuai untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.  Tidak perlu perubahan yang besar dan mendadak. Seperti yang tertulis dalam ayat 7 Surah Zalzalah, kebaikan sebesar zarah pun akan diambil kira nanti. Perubahan bole berlaku dengan perkara2 dan langkah yang kecil. Buat benda baik sebanyak yang mungkin, walaupun perkara2 yang kecil macam senyum, berhubung silaturahim, tolong menolong, ingat mengingati. Perubahan yang berlaku pada kita, bukan untuk tunjuk pada orang. Tapi untuk menjaga hubungan dengan manusia dan yang paling penting adalah menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.

14 Julai 2014

Tomica Limited Vintage Neo :: Datsun Fairlady 260Z

Dapat ni kat amiami melalui Eli... Semenarnya aku tak ingat pun aku order. Tapi aritu dia tanya mau tak? Ok jer lah... dah Nissan.


11 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Street Cub

Sambungan dari Art of Speed Asia 2014.

STREET CUB

Sekang ni street cub dah jadi trend dan diminati ramai. Idea untuk custom motor kapcai ni kira bernas jugak lah. Kat Mesia ni dah lama orang geram nak custom motor. Tapi kalau chopper/bobber atau HD mungkin belanjanyer besar. Untuk golongan kaya atau takda komitmen dan minat gila sanggup belanja besar mungkin takda masalah. Kalau golongan marhain yang saja suka2, bajet-bajet, kira sesuailah berkecimpung dalam custom motor kapcai ni, atau nama glamour sekang Street Cub (... eh... cub ker cup ker kap ker.... entah ler... lebih kurang ler tu). Dengan mengkastam (harap DBP tak ambik tindakan atas pencemaran bahasa ini), rakyat Mesia boleh mempamerkan kreativiti dan kehebatan mengolah mekanisma dan teknikal motor-motor lama ni. Dari jadi besi buruk, ada lah jugak guna dan penghargaan.


Midget dengan white wall tyre, shifter, raised handle bar, rigid frame

01 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014

Art of Speed memang semestinya jadi acara tahunan yang aku tunggu. Sempoi layan kandungan festival ni... kira kena dengan jiwa aku yang berseni ni (Che...wah). Walaupun diorang buat 2 hari, tapi aku takleh nak datang 2 hari. Psal nak kena gi Kuantan untuk antar Nabil balik sekolah. Takpalah.... 1 hari pun jadilah. Kalu nak tau acara ni adalah untuk meraikan custom culture... expression of an art through motor vehicle... gitu lah lebih kurang. Lokasi yang sama macam tahun lepas... tapi ada perubahan layout yang ketara. Aku share gambar dan ceghita ikut tajuk lahh senang....


MOTO CIRCUS

Ada ruang pameran kat belah dalam Citta Mall diorang panggil Moto Circus ... khas untuk orang-orang seni dalam culture permotoran showcase talent dan hasil kerja diorang. Kalu nak borak2 pun diorang layan.... cuma aku tatau nak tanya apa lah. tu yang amik gambar jer. Oh yaa... ada gak tukang set rambut dalam ni. Sapa nak set rambut dengan style dak-dak sekang tah apa nama tah pun bole... bayar jer lah. OK jugak diorang buat macam ni... dok berpanas membakar kat luar, tak tahan bole masuk dalam dewan beraircond.
Ramai nak bersejukan aircond lah nii....
Classic helmet dengan glittering gold flakes. 
Motor ni gempak woo... tapi aku tatau plak apa yang gempak. huhuhu. Kalu tak, takkan dia pamer kat dalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...