29 Julai 2013

Share: A Life Changing Reminder ᴴᴰ :: 10 Malam Terakhir Ramadhan

Peringatan kepada diri sendiri…

Malam paling hebat sepanjang tahun.
Malam yang lebih berharga dari 1000 bulan (yang bersamaan 83 tahun 4 bulan)
Malam Al-Quran didedahkan.
Malam yang aman, berkat, tenang dan rahmat yang turun bersama malaikat-malaikat.
Malam yang Allah SWT akan tunaikan segala doa, permintaan dan permohonan keampunan.

ITU LAH MALAM LAILATUL QADAR

Surah Al-Qadr:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Bila Malam Lailatul Qadar?

Dari Abu Hurairah ra katanya :
Rasulullah saw bersabda : "Dimimpikan kepadaku malam lailatul qadar lalu aku dibangunkan oleh isteriku menyebabkan aku lupa waktunya (yang pasti). Sebab itu, carilah malam qadar itu pada malam sepuluh yang akhir"
Hadis sahih riwayat Muslim

Dari Salim dari bapanya katanya :
"Seorang lelaki bermimpi bahawa malam lailatul qadar itu pada malam yang kedua puluh tujuh. Lalu Nabi saw bersabda : "Aku bermimpi serupa dengan mimpi kamu, ialah dalam  sepuluh malam yang terakhir Sebab itu carilah pada malam yang ganjil di antaranya."
Hadis sahih riwayat Muslim

Apa yang perlu dibuat sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan?

Dari Muslim bin Ibrahim, katanya :
"Kami diberitahu oleh Hisyam katanya :"Kami diberitahu oleh Yahya dari Abu Salimah dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau, dan barang siapa yang mengerjakan (puasa) Ramadhan dengan keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."
Hadis sahih riwayat Bukhari




* Video2 di atas adalah video yang sama. Saja link kan semua, psal video sebelum ni dah di removekan. kira back up lah kalau mana2 video takda nanti.

Telah diriwayatkan daripada 'Aishah bahawa dia berkata:
"Wahai Rasulullah, apa yang perlu saya katakan dalam doa saya, jika saya datang kepada Laylatul-Qadr?"Beliau berkata: "Katakanlah:. 'Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī (Wahai Allah, Engkau adalah Maha Pengampun dan kasih pengampunan, maka ampunilah aku) '"
Hadis sahih Sunan Ibn Majah

Dalam video di atas ada diterangkan maksud “afuw” yang digunakan dalam doa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW kepada ‘Aisyah RA dalam hadis di atas. Bukan semata-mata kemaafan, tetapi dipadamkan terus rekod dosa-dosa lampau kita. Subhanallah.

Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan sepenuhnya untuk mencari keredhaan Allah.... memang agak sukar utk kita tentukan bila, jangan ambil lewa, setiap malam dalam 10 malam terakhir ini kita anggapkan ianya adalah malam itu.... maka berdoalah dengan kusyu' dan ikhlas.....dan berulang kali.....

Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī
Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī
Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī

28 Julai 2013

Share: #Ramadan Reminder ᴴᴰ - It's Not All About Food

Peringatan untuk diri sendiri......
Harap masih belum terlambat untuk share video ni. Kebanyakkan dari kita dah tersasar pengertian dan konsep berpuasa di bulan Ramadhan. Video ni menerangkan konsep asas berpuasa tersebut.


Antara lain dinyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan berpuasa. Bermakna ianya bukan semata-mata pasal mentekedarah atau makan isi tengkolok sendiri. Sepatutnya kita kena lebih memberi penekanan untuk memberi makan kepada golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada mereka yang berpuasa, akan mendapat ganjaran puasa orang itu tanpa mengurangkan ganjaran puasa orang itu".

Definasi puasa yang dangkal adalah tak makan dan minum dari fajar hingga waktu matahari terbenam (maghrib)... Tapi yang sebenarnya lebih dari sekadar tak makan dan tak minum. Puasa adalah menahan diri, bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga perkara2 lain seperti menipu, berkata2 jahat, menyumpah seranah, mengumpat dan sebagainya. Dalam banyak perbuatan kita semasa berpuasa bersungguh2 untuk pastikan tiada yang masuk ke dalam, tapi tak kesah mender yang kita keluarkan. Sedangkan yang kita keluarkan lebih serius dari apa yang masuk ke dalam.

Dalam beribadah, salah satu tujuannya adalah untuk membentuk sahsiah diri dan mempertingkatkan adab kita. Semasa berpuasa, kita perlulah banyak bersabar dan mengawal diri. Oleh tu, kita kenalah berwaspada dengan tuturkata dan perbuatan kita, semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

In Syaa Allah

21 Julai 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part V

Sambung lagi....

Beberapa selected chopper / bobber yang berjaya menarik perhatian aku....

Chopper low rider ni memang menarik dan unik.....fully customise dari Indonesia... memang respek tahap engineering dan kreativiti yang ditonjolkan. Motor ni menang award best chopper untuk event ni.

nampak apa2 yang unik? selain plastik purple yg cover air filter tu.....
macam alien pun ada....
bodypart yang organik
memang agak susah nak pikir secara logik

paint job.... meghelit bak kata orang penang
Sebelum ni pernah gak tengok custom bike dari rancangan "Bikers Build Off" kat astro guna rim berlubang... atau diorang panggil hubless. Masa tu Billy Lane custom kat chopper.... tapi untuk rim belakang sahaja. Kalau search kat pakcik gugirl, cari hubless bike, ada banyak dah ghupanyer. Tapi tak kesah ler..... janji kat Art of Speed ni aku berpeluang tengok sendiri hubless bike ni.... tayar depan belakang lak tu. 
perfekto!!

Bobber ni plak custom hasil kreativiti anak tempatan..... tapi aku takda detail sangat.... Yang menarik nya motor ni nampak taff dan rugged. Finishingnya plak mostly original material punya finishing. Tak pkai paint. Ada parts2 yang finished dengan nickel. Selain tu design ekzos, head lamp & tail lamp memang something sangat.....




exhaust tip dia ganass......

Yang ni plak aku tatau nak masuk kategori chopper atau bobber... Feature paling menonjol kat motor ni  custom paintjob pada fuel tank dan rear fender... memang satu hasil seni yang mengkagumkan... gold flake banyak giler tertanam.... sekali kena cahaya bole silau mata dibuatnya. Selain tu, tayar depan belakang dedua pkai tayar gemuk... yang belakang siap white wall.

Tengok tayar berdinding putih dan gemuk camni teringat Russell Mitchell nyer custom bike


hasil kesenian yang tinggi

Perforated metal jadi heat shield pada ekzos

Chopper custom ni plak bole nak disamakan dengan american chopper... ahaksss.... yang gempaknyer motor ni, tayar belakang.... lebar betul. Selain tu aku suka design rear fender dan fuel tank.




20 Julai 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part IV

Tak abih lagi post psal event ni.... memang banyak gambar lagi nak share... ahaksss...

Kali ni motorbike dengan kategori Chopper dan Bobber custom.... aku semenarnyer gheti sebut jer bobber tu.... apa kemender pun tatau.... ahaksss...

Layan gambar lah..... banyak lagi gambar ni..... belum masuk kategori kereta lagi.....


amboi.... panjang nyer fork....

sexy


berseni finishing ni..... camna diorang buat yerk?

opocott..... takut nengok tengkorak berapi ni

da sama taraf ngan american chopper

classic chopper

custom harley


nampak taff.....dan ganas.....



tak silap harley ni ada menang something masa event ni

aikksss..... ada skate board plak kt tepi....
ada lagi chopper & bobber..... sambung kendian.....

10 Julai 2013

Hot Wheels :: F&F Toyota Supra

Tq sarum... Tolong dapatkan HW special edition Fast & Furious...

Antara yg terkandung dalam  F&F HW ni Toyota Supra oren. Ghupanya basic HW pun ada gak kluarkan toyota supra oren.... Pun ada tulis F&F gak kat card dia. Jadi apa beza nya?

Sebelum tu tq wanshah yg berada jauh nun di india tolong dapatkan HW yg rare2 dari sana. Macam HW Basic T.Supra ni. Ahakksss...

Beza.... Tak banyak sangat dan tak lah susah nk detect perbezaan. Tengok gamba pun bole nmpak. Jadi tengok jer ler gamba.... Huhuhu






Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part III

Seterusnya gambar2 motor plak.... banyak giler gambar ni... aku pecah2kan ikut kategori lah.... memula ni Scooter dan Cafe Racer

Scooter yang berjaya menarik perhatian aku yang lusuh, berkarat barat dan berlubang2 macam nak runtuh....ahaksss.... memang berseni dan unik... nampak macam gitu tapi masih boleh ditunggang....

Yang ni memang rare... MV Agusta Chicco

Katanya dalam dunia pun tinggal beberapa kerat jer.... 

Vespa ni yang gempaknyer psal dia siap simpan roadtek dari zaman bila tah....

Ini scooter paling feberet aku sepanjang Art of Speed 2013

'kepala' vespa ni brushed dan dibiarkan begiru ajer

Emblem "Vespa" berkilat..... tapi tengok body dia..... wow... berseni!!

Kat lantai pun.... siap bole cast shadow bercorak2

macam buah kena makan ulat

sampai ke belakang

setiap lubang bentuk lain2... memang organik
Seterusnya Cafe Racer.... kreatif diorang ni bila moto 80's & 90's diorang modified jadi cafe racer

yang ni siap ada corak batik jawa..... indonesia nyer cafe racer kot ni...






yang ni sempoi.... tank macam tenggiling.... custom abisss


.... bersambung lagiii......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...