Sambungan dari sini. The last episode of the trilogy saga.... ahaksss......
29 September 2010
Presage At Pantai Teluk Mok Nik
27 September 2010
HotWorks 1:64 Nissan Elgrand HS Part II
26 September 2010
Presage Compared to Other MPV
Presage?.... ramai yang tak kenal MPV dari Nissan ni..... psal locally tak dijual secara meluas. Hanya grey importers dan IMPUL (version pre-face lift) yang dijual di Malaysia. Kenapa yerk?
1. Mungkin Presage tak popular psal design dia tak diminati ramai.... bagi aku plak ghupa Presage ni macho & maskulin. huhuhuh
2. Mungkin yang takut 2nd value takda. Da tak ramai pkai dan tak ramai yang nak pkai, mmg ler pyah skit nak jual balik.
3. Mungkin "orang ramai suka ikut orang lain". Dah ramai pkai Estima/Odissey, yang lain tu ikut ler jgak nak pkai Estima/Odissey. Aku plak lain skit, aku tak suka bila kereta tu "bersepah2" senang ditemui baling batu mesti jatuh atas Estima/Odissey. Tambahan pulak aku mmg Nissan fan.... leaving me with no other choices.
Kalu berenti memana, ramai yang tanya kreta apa tu? Abah pun ckap Presage ni FIAT.... ahaksss..... ramai gak yang ingat MPV dari China...... Selain kekeliruan tu, ramai gak yang bandingkan Presage dengan Wish. Walhal kedua2 MPV ni berada pada kategori yang lain. Tak boleh dibandingkan apple to apple. Kalu nak ikut kategori, Presage sepatutnya dibandingkan dengan Estima, Odissey, Grandis dan lain2 MPV berkapasiti 2.4liter keatas.
* En. Radin, tumpang bandingkan ngan keta ko kjap.... huhuhu
23 September 2010
HotWorks 1:64 Nissan Elgrand HS
Masa ke Langkawi lepas, sementara nak tunggu flight balik KL, jenjalan kat airport yang tak brapa nak besar tu. Masuk kedai souveniors.... Belek2 souveniors, ada plak section toys. Kat situ jumpa mendalah ni. Nissan Elgrand Highway Star E51. Selain Elgrand ada gak Estima. Yang Elgrand saja pun ada warna putih, hitam & silver dan memacam jenis sport rim. Aku pilih yang ni ler.... Nak beli semua tak tergamak plak......
Nanti akan update gambar lpas tukar sport rim plak.......
Nanti akan update gambar lpas tukar sport rim plak.......
21 September 2010
Langkawi Short Trip
24 hingga 26 Ogos lepas, aku pergi Langkawi mewakili opis ke satu mesyuarat anjuran jabatan luar. Tak lepas peluang untuk survey apa2 yang patut utk Year End Family Vacation bulan 11 nanti. Lagi pun memang lama dah tak pegi Langkawi. Tapi kat sana tak bole wat apa sangat psal ada meeting, bulan posa plak tu, pastu sengsorang, tak kenal orang lain. Apa lagi, shopping kat pekan Kuah jer ler jalan kaki. Kebetulan hotel mmg tetengah pekan Kuah..... errr..... kebetulan atau disengajakan oleh penganjur, itu tak pasti plak aku..... huhuhuh. Shopping pun apa sangat..... cokelat jerrrr..... Sekurang2nya dapat gak lepaskan tension dok terperap kat opis tu......
Pastu nampak kereta ni.... 370Z mmg marbelous..... apa lagi snap ler....... mesti "murah" keta ni kat Langkawi.... uhuhuhu
20 September 2010
Nylea 9th Month
Pejam celik, pejam celik tak lama lagi Nylea dah nak masuk 9 bulan. Cepat betul masa berlalu. Nylea sekang pun dah tak setembam dan tak se"baby" dulu lagi. Sekang kena bagi attention lebih skit psal Nylea dah pandai panjat, bergantung & angkat badan untuk berdiri. Bahaya tul, dah la tak brapa balance body Nylea, sesenang jer terjatuh. Tu yang kalu tak bole 100% concentrate kat Nylea, terpaksa "humban" dalam playpan. Sebenarnya Nylea tak berapa suka dok dalam playpan tu, tak tau kenapa. Kalu letak situ mesti merengek pastu menangis suruh orang keluarkan...... ahaksss..... nangis ler dulu Nylea, janji ko selamat...... huhuhu
Satu lagi hobi Nylea sekang amik barang apa2, tak kira kertas ker, mainan ker, buku ker semua Nylea masuk mulut ngunyah. Mungkin gatal gusi kot. Bagi teether tamau plak dier gigit. Gigi dah tumbuh 2 batang kiut jer kat gusi bawah.

Haaaa.... ni satu lagi, kalu nampak on laptop jer berkejar2 tak menyempat2 merangkak ke laptop tu. Pastu sibuk dok ketuk2 keyboard ngacau. Sibaik Nylea chomey, kalu dak Baba ketuk2 dah tangan Nylea..... huhuhuuh
19 September 2010
Our 11th Anniversary
14 Ogos 2010 yang lepas adalah tarikh ulangtahun ke 11 perkahwinan aku dan Dora. Kebetulan tahun ni jatuh bulan Ramadhan dan Mak datang ke KL untuk melawat Abg Zumy yg baru lepas operation. Memula tu plan nak ajak mak makan bukak posa kat umah. Pastu Kak Nor cadang makan kat umah dia bagi ramai skit bole join. Kalu kat umah aku sempit. Ok jerrr.......
Takder apa yang special, tentang sambutan anniversary tahun ni. Sederhana saja. Beli kek, potong lepas semayang Terawikh......
Alhamdulillah selama 11 tahun rumahtangga kami bahagia bersama rezeki dan anak 3 orang. Kalu bole tambah lagi sorang. Dugaan tetap ada tapi semuanya setakat ni mampu ditempuhi bersama..... Terima kasih Dora atas kesetiaan mu.... cheee waaahhhh......

* gambar kureng skit pakai kamera henpon chokia.....
* post pertama lepas laptop crash aritu.... tu yg ceghita outdated skit... ahaksss....
06 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri !!
Mohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan aku selama ini. Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.
Teringin gak masukkan gambar / ucapan dalam bentuk jpeg raya pertama dengan blog ni. Tapi laptop rosak, tak sempat nak prepare & edit. Hanya ucapan guna text jer ler..... Apa yang penting tulus ikhlas.
Memandulah balik ke kampung dan kembali dengan selamat. Peringatan untuk aku sendiri jgak. Harap terhindar dari segala musibah dan kesulitan. Nauzubillah......
Selamat tinggal Ramadhan..... harap boleh ketemu lagi tahun depan. 1 bulan sangat singkat untuk menikmati keindahan mu Ramadhan......

02 September 2010
Adoyai....Lap Top Sudah Crash......
Adoyai.... frust tul laaa.... 31 Ogos sempena Hari Merdeka, laptop aku boleh crash setelah 4 tahun berkhidmat ..... da tak bole on langsung.... banyak info & gambar dalam tu tak sempat nak back up lagi.... harap bole diselamatkan ler fail2 dalam tu. Mati kutu sikit kat umah psal takleh nak guna komputer..... blog pun terbengkalai skit ler nak update .... banyak gak mender nak diblogkan ni, tapi dah semua dok dalam laptop tu. Kena tunggu repair dulu........ Sementara tu Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..... Ehh.... seminggu lagi... kasi advance skit.... huhuhu
Langgan:
Catatan (Atom)