30 April 2014

Jenjalan Amsterdam :: Science Center NEMO


Berhenti kat kedai beli aiskrim BenNJerry's kejap
Lalu depan Centraal
Lepas cruise target nak ke Nemo Science Center. Jalan pergi ke centraal balik. Kat situ ada papantanda yg tunjukkan cara2 untuk sampai ke satu2 tempat. Tengok ada beberapa mode transport... jalan sendiri, bas atau tram. Da tak larat semenarnyer jalan. Tanya lagi kt sorang pakcik matsalleh ni, gaya pakaian dia macam kerja kt situ. Dia kata paling senang nak ker Nemo jalan kaki. Adeh... Gagah jugak ler menapak dengan seret bag2 hand carry... strollet lagi... memang tak jauh sangat... tapi bersama beban dan budak2, terasa agak jauh plak.


20 April 2014

Karipap Taman Gelora Kuantan

Kebetulan aku kena outstation ke Kuantan Isnin sampai Rabu. Alang-alang ajak semua balik Kuantan, boleh lepak ngan Nabil. 

Petang semalam Dora ajak gi cari kueh wat minum petang. Aku, Dora dan Nia ajer... Nabil dan Wina tamau ikut. Dah beli kueh ala kadar kat flat belakang rumah Mama tu. Pastu pusing-pusing, decide untuk pegi ke Taman Gelora.



Penuh orang kat meja2 ni

19 April 2014

Jenjalan Amsterdam - Canal Boat Cruise


Sambungan dari sini.

Lepas makan, disebabkan dah tak larat, Mama dan Papa nak balik ke Schiphol Airport untuk tunggu connecting flight ke Ireland pkul 8 malam nanti. BJ dan AB terpaksa ler ikut ke Centraal. Walhal masa tu dalam pukul 1 petang. Aku pikir, takkan nak lepaskan peluang yang ada dalam lebih kurang 5-6 jam kat Amsterdam gitu ajer? 


Beratur untuk naik boat canal cruise

15 April 2014

Pullman Kuching

Lama dah tak gi outstation Kuching. Kali ni aku pegi gak ler... Psal takda alasan takleh pegi. Huhuhu.

Tapi dalam terniat nk pegi tu, rasa malas plak nak arrangekan tiket n book hotel. Tiket pun arrange last minit. Sibaik dapat gak. Yg hotel tak sempat gak nk book. Last2 pikir gamble jer lah sampai sana nanti. Check in jer memana hotel yg ada, bukannya tak banyak hotel kat Kuching tu.



06 April 2014

Cendol Air Putih Kuantan

Minggu lepas, Aku dan Dora balik Kuantan untuk hantar balik Nabil ke asrama. Seminggu Nabil balik KL utk cuti ekolah, tapi aku dan Dora tak sempat nak melayan. Tetiba banyak hal plak kat pejabat time2 cuti sekolah ni. Jadi Nabil abiskan masa kat umah jer dengan Wina & Nia. Jadi aku decide utk melayan Nabil kat Kuantan jer lah. 

16 Mac 2014

Jenjalan Amsterdam - Makan Tengahari


Dah settle kat Niuewmarkt... aku dengan jenjalan tengok pasar tu, diorang plak da cukup rehat dari jalan kaki yang agak jauh tu... perut pun da lapar... time pun da sampai utk cari lunch. Lepas bincang, setuju untuk makan kat kedai kebab yang ada lalu pagi tadi kt Damrak. Perasan macam tak jauh sangat. Jadi sambunglah jalan kaki.


13 Mac 2014

Mee Kicap Ipoh

Dah dengar lama psal mee kicap Ipoh. Katanya best... memang menyimpan hasrat utk satu hari mencuba.

Kebetulan aritu NISMOCLUB buat AGM kat Ipoh. AGM tu hari Sabtu. Jadi, plannyer pegi Ipoh naik ETS lah... lepas opis hour Jumaat. Itu pun tak rush... rilek2 lepas opis, pkul 6 baru gerak ke KL Sentral. Dora ngan baik hati nak hantar.


02 Mac 2014

Berjaya Time Square Theme Park

Nabil lapor diri kat asrama 3 Feb baru ni. Kebetulan plak memang cuti CNY sambung plak ngan cuti hari wilayah. Chanteklah tu... Balik Kuantan sesambil hantar Nabil. Notis utk lapor diri lebih kurang 2 minggu jer. Memang agak singkat. Nak buat persiapan apa semua... Pastu terasa plak suntuk sangat masa untuk spend masa dengan nabil. Pasni kena tunggu cuti2 panjang ler baru bole spend masa ngan Nabil. Cepat btul masa berlalu... Da besar dan dah nk dok asrama.

Last2 minit terpikir plak nk pegi Cosmo Berjaya Time Square utk layan ride2 kat theme park tu. Idea timbul bila trkenang keseronokkan layan ride2 kat Disneyland November lepas. Masa kat Disneyland, mmg aku, Nabil dan Wina layan sakan semua ride2 yg thrill... Ada yang sampai 2-3kali naik. Terindu plak... Mungkin tahap gian. Tu yg dtg idea nak layan yg kat BTS. Ride jejauh dan thrill dah pegi, takkan yag dekat tak pernah cuba.

Dengan perancangan yg tak berapa teliti, Nabil setuju utk pergi hari Jumaat 31 Januari, cuti CNY pertama. Chek dlm internet, theme park tu bukak pukul 11am. Alang2 tu baik pegi lepas semayang Jumaat lah. Plan asal aku n Nabil ajer psal Dora malas nk ikut. Ingat nk gi terus dari masjid. Tapi sebelum pergi tanya kat Wina, dia nak ikut ke tak. Sekali Nia terdengar dan nak ikut sekali. Last2 lepas pujuk, Dora pun ikut sekali utk teman Nia. Dah semua pergi, Wina yg memula tamau ikut, terikut jgak. Akhirnya jadi family outing. Gerak dalam pkul 3 lebih dari umah.

Masuk bayar guna family package utk 2 dewasa dan 2 kanak2... Pastu tambah 1 adult lagi utk Nabil. Total RM144 (RM106 +RM38). Semua ni rate ngan mykad. Kalau pelancong luar negara rate mahal sikit.



Secara amnya theme park ni terbahagi kepada 2. Yg satu utk kanak2 Fantasy Garden sesuai untuk Nia dan Dora (huhuhu). Manakala utk thrill seeker macam aku, Nabil dan Wina (achecheche) plak layan Galaxy Station. Sibaik tinggi Wina memang ngam2 lepas utk layak naik ride yg thrill. Kalu tak mesti dia sangap. Huhuhu.

26 Februari 2014

TOMICA LIMITED :: Nissan Fairlady 370Z Z34

Banyak semenarnya utang2 entry untuk aku update blog ni... tapi semuanya nak kena karang ceghita.... pepanjang plak tu. Masa plak mencemburui aku.... che waahhh..... Tadi plak peminat2 aku, macam Misbah, Krox dan Bajang dalam group whatsapp x-matrix dah bising suh aku update blog.... da pandai demand peminat2 aku nih.... ahaksss.....

Oleh itu, untuk tidak menghampakan peminat2 aku, aku masukkan dulu entry yang tak perlu aku mengarang panjang.... cukup kasi gambar jer.

Ni adalah TOMICA LIMITED terkini aku beli. Dapat info kat SOGO ada restock TOMICA LIMITED... dan yang bestnya... ada keta Nissan. Yesss... keta plak Nissan Fairlady 370Z Z34. Kirim kat informer, tapi terlambat sikit, dia dah blah dari lokasi kejadian. Tak berlengah lepas opis abis, aku ke lokasi kejadian untuk memastikan sebuah 370Z akan menjadi milik aku. Ada 1 kotak besar yg sepatutnya berisi 16 biji 370Z ni. Masa aku sampai tu beberapa biji dah dikebas orang. Jadi aku pilih ler memana yang ada utk memastikan yang aku dapat paling chun antara yang tinggal.

Nak citer, selang 2-3 hari, aku pegi balik ke tempat kejadian, dah lesap terus semua 370Z ni. Sedangkan TL yang lain masih bersepah. Aiihhh..... kenapa ler ghamai sangat suka TL-TL Nissan ni...? huhuhu

Jadinya untuk tidak membuang masa aku menaip.... kita layan lah gambar.....

Dok Parking dalam kotak lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...