14 Julai 2014

Tomica Limited Vintage Neo :: Datsun Fairlady 260Z

Dapat ni kat amiami melalui Eli... Semenarnya aku tak ingat pun aku order. Tapi aritu dia tanya mau tak? Ok jer lah... dah Nissan.


11 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Street Cub

Sambungan dari Art of Speed Asia 2014.

STREET CUB

Sekang ni street cub dah jadi trend dan diminati ramai. Idea untuk custom motor kapcai ni kira bernas jugak lah. Kat Mesia ni dah lama orang geram nak custom motor. Tapi kalau chopper/bobber atau HD mungkin belanjanyer besar. Untuk golongan kaya atau takda komitmen dan minat gila sanggup belanja besar mungkin takda masalah. Kalau golongan marhain yang saja suka2, bajet-bajet, kira sesuailah berkecimpung dalam custom motor kapcai ni, atau nama glamour sekang Street Cub (... eh... cub ker cup ker kap ker.... entah ler... lebih kurang ler tu). Dengan mengkastam (harap DBP tak ambik tindakan atas pencemaran bahasa ini), rakyat Mesia boleh mempamerkan kreativiti dan kehebatan mengolah mekanisma dan teknikal motor-motor lama ni. Dari jadi besi buruk, ada lah jugak guna dan penghargaan.


Midget dengan white wall tyre, shifter, raised handle bar, rigid frame

01 Julai 2014

Art of Speed Asia 2014

Art of Speed memang semestinya jadi acara tahunan yang aku tunggu. Sempoi layan kandungan festival ni... kira kena dengan jiwa aku yang berseni ni (Che...wah). Walaupun diorang buat 2 hari, tapi aku takleh nak datang 2 hari. Psal nak kena gi Kuantan untuk antar Nabil balik sekolah. Takpalah.... 1 hari pun jadilah. Kalu nak tau acara ni adalah untuk meraikan custom culture... expression of an art through motor vehicle... gitu lah lebih kurang. Lokasi yang sama macam tahun lepas... tapi ada perubahan layout yang ketara. Aku share gambar dan ceghita ikut tajuk lahh senang....


MOTO CIRCUS

Ada ruang pameran kat belah dalam Citta Mall diorang panggil Moto Circus ... khas untuk orang-orang seni dalam culture permotoran showcase talent dan hasil kerja diorang. Kalu nak borak2 pun diorang layan.... cuma aku tatau nak tanya apa lah. tu yang amik gambar jer. Oh yaa... ada gak tukang set rambut dalam ni. Sapa nak set rambut dengan style dak-dak sekang tah apa nama tah pun bole... bayar jer lah. OK jugak diorang buat macam ni... dok berpanas membakar kat luar, tak tahan bole masuk dalam dewan beraircond.
Ramai nak bersejukan aircond lah nii....
Classic helmet dengan glittering gold flakes. 
Motor ni gempak woo... tapi aku tatau plak apa yang gempak. huhuhu. Kalu tak, takkan dia pamer kat dalam...

30 Jun 2014

Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

Sabtu minggu lepas, masa organise Trackday NISMOCLUB kat Kampung Gajah Perak, radiator cap presage tu crack plak. Memang dah sampai ajal dia. Isi air keluar balik macam air paip jer. Masa tu dah lewat petang. Chek ngan insuran, kalu nak tow cover 150km jer pergi balik. Kalu nk tow smpai KL kena top up RM500 lebih. Adeh... Hujung bulan plak tu. Keesokan hari plak Ahad, memang kedai sparepart atau kedai radiator tak bukak punya. Alhamdulillah kengkawan NISMOCLUB Perak bagi cadangan untuk bantu. Keputusan diambik, aku kena stay kat Ipoh 2 malam smpai ari isnin. Kat Ipoh aku akan tido kat umah Shahren. Keta plak tow kat workshop member kat Bota.

Nak tunggu towing truck smpai pun dah 2 jam. Sibaik ada kedai makan kat situ. Bole ler dinner kat situ. Dipendekkan crita, aku smpai umah shahren kat ipoh dlm pkul 12 pagi.

Nak dipendekkan lagi ceghita, hari isnin tu, sementara nak tunggu keta siap repair, aku follow shahren pegi tengok kerja kontrak yag dia dok buat sekang. Da settle semua dia bwak aku pegi makan lunch. Katanya nak bwak aku makan nasi wanggeh. Famous katanya. Aku ok jer... Psal ada dengar banyak kali tapi tak pernah smpai. Bila sampai baru aku tau nama rasmi kedai ni Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh. Wanggeh semenarnya bahasa tamil, panggil orang datang untuk datang makan. Itu ceghita yang aku tau lah, asal usul nama wanggeh.

Full house

29 Jun 2014

Mee Tarik Warisan Asli, PV128 Setapak Kuala Lumpur

Jun ni da sampai hujung... tapi takda lagi entry bulan ni. Sibuk sikit bulan ni psal organise Track Day NISMOCLUB 21 Jun 2014 lepas. Ramadhan pun dah sampai. Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diberi peluang utk menunaikan ibadah puasa. In Sya Allah, sama-sama kita berusaha untuk melalui bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Selamat semua menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan ni.

Nak masuk entry crita lama lah... dok peram gambar2 dalam henpon. sampai memory pun dah nak penuh. Tapi entry ni psal makan. Harap bertabahlah kalu terbuka blog ni waktu siang.

Satu hari tu balik dari Port Dickson, sampai KL dah malam. Masa tu baru abis family day Hilir Island. Nabil pun ada sekali, alaa.... masa cuti sekolah tengah tahun aritu. Terpikir nak cari makan malam luar. Teringat ada restoren mee tarik baru bukak kat PV128 Setapak. Boleh lah gi try... tak pernah lagi rasa mee tarik ni.

Kata malam... ni terang benderang jer... Ahakss... ni hari lain, pegi lunch plak

31 Mei 2014

KYOSHO 1:64 :: REITO MOLA Nissan GT-R #1

Hmmm.... kat mana nak mula bercerita psal Kyosho ni....?

Aku dapat Kyosho ni dari sorang member. Dia yang baru nak berjinak untuk jual die-cast ni dapat lobang kat China untuk bwak masuk. Die-cast yang senang dan murah untuk dapat, semestinya yang made in China lah. Kebetulan plak bini dia memang berkecimpung dalam perniagaan yang memperolehi stok barang dari negara tembok besar itu. (wow... skima sungguh ayat ku ini). Jadi, member ni pun tompang sekakilah shipping dalam pakej2 barang niaga bini dia. kira jimat kat situlah.


Sambil2 tu aku kongsilah jugak gambar team ni masa kat Sepang tahun lepas....
#1 Reito Mola beraksi di Sepang pada tahun 2013

29 Mei 2014

The Bond Club :: Advance Driving Experience 2014

*Amaran... Posting ni banyak gambar.... malas nak pecah2 kan... sekali harung masuk semua. Yang banyaknyer gambar kereta dan gadis...


Aritu dok buat2 sibuk kat opis sekali ada supplier yang aku kenal lama call. Dia tanya..."Nak bawak kereta racing kat sepang tak?". Aku pun jawab... "NNAAAKKKK...." ... " Tapi camna tu?" Dia pun ceghita yang main supplier company dia buat event. Bagi semua yang datang experience bawak kereta kat trek Sepang. Aku pun macam blur plak.... apa kena mengena supplier ni ngan bawak kreta racing kat Sepang plak. Tapi pedulikkan lah dulu.... yang penting aku nak join!!! hahaha.... Yang sibaik lagi event tu keesokkannya.....aku plak takder apa2. Chanteklah...!!

14 Mei 2014

Jenjalan Amsterdam :: Berakhir Sudah


Conservatorium van Amsterdam
Lepas explore ala kadar NEMO, kitorang pun turun n kluar... Jalan kaki balik ke Centraal dan naik train balik ke Schiphol. Walhal masa tu baru pkul 5pm. Bole lagi kalu nak explore Amsterdam. Tapi dah tak larat psal silap tektik awal2 tadi.

Hotel Doubletree by Hilton


04 Mei 2014

Tomica Limited Vintage Neo :: Nissan Fairlady 280Z-T 1:64

Da lama dapat ni... tapi tak update lagi...

Beli melalui Eli kat amiami.com. 

kotak depan
kotak belakang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...