29 Mei 2014

The Bond Club :: Advance Driving Experience 2014

*Amaran... Posting ni banyak gambar.... malas nak pecah2 kan... sekali harung masuk semua. Yang banyaknyer gambar kereta dan gadis...


Aritu dok buat2 sibuk kat opis sekali ada supplier yang aku kenal lama call. Dia tanya..."Nak bawak kereta racing kat sepang tak?". Aku pun jawab... "NNAAAKKKK...." ... " Tapi camna tu?" Dia pun ceghita yang main supplier company dia buat event. Bagi semua yang datang experience bawak kereta kat trek Sepang. Aku pun macam blur plak.... apa kena mengena supplier ni ngan bawak kreta racing kat Sepang plak. Tapi pedulikkan lah dulu.... yang penting aku nak join!!! hahaha.... Yang sibaik lagi event tu keesokkannya.....aku plak takder apa2. Chanteklah...!!

Keesokkan tengahari tu aku pun shoot ke Sepang. Gembira semacam, dapat layan Sepang... dibelanja plak tu. Tak yah bayar sewa, takyah siapkan kereta seniri utk layan Sepang. ahakss... OTW, aku bole berenti kat RnR kat MEX utk lunch... psal lapar. Kalu takda makanan kat Sepang nanti, susah gak.

Masa aku sampai Sepang tu hujan renyai2. Macam biasa, kena register dululah. Ghupanya diorang bagi kemeja. Tapi saiz diorang bagi aku L... walhal aku saiz M. Nak tukar dah tak boleh. Takpa lah...besar sikit... cuma tak smart ler pkai. Dan yang agak frust tak frust, ghupanyer disediakan makan lunch. alaaa.... minum air jer lah... perut dah penuh nak isi makanan.

Pendaftaran

Sambil2 makan dan borak dengan peserta2 lain, tengok kat bawah, dah mula keluar GTR dan Ferrari dengan sticker brand supplier tu.... wow... adakah ini akan menjadi experience aku test drive GTR?... di Sepang plak tu.... WOW... wow...WOW.... (nampak tak excited.... masa tu lah). Selain tu ada simulator F1 untuk trek Sepang... 3D lagii untuk sesapa yang nak cuba.

Nampak keta2 ni tersusun kat bawah.... waahhh excitednyer nak bawak GTR


Sambil2 tu bole layan F1 simulator kat trek Sepang ni.... 3D lagi
Da agak2 nak bosan, emcee atau pengacara pun keluar. Kiut jer pengacara ni... namanya senang plak nak ingat...Queen! Entah apa dia ckap entah... aku lebih excited tengok kereta2 kat pit lane. Pastu dipanggil bos regional untuk bagi kata2 aluan. Ghupanya baru tau, event ni macam customer appreciation. (entah bila ler aku jadi customer diorang... huhuhu). Lepas bos berucap, ada brader ni plak bagi taklimat safety.
Pengacara event ni... Queen yang kiut
Waaahhhh... ferari
Waaahhhh....GTR


Ucapan dari boss... dari Thailand ni


Masa tu lah beberapa kereta yang agak logik keluar beratur kat pitlane kat bawah. Alaaaa..... tak merasa ler bwak GTR. Ghupanyer diorang sediakan Golf GTi, Imprezza, DC5, Celica dan Sciroco untuk dilenjan oleh peserta. Kira ok lerr..... cuma excited aku da kurang sikit....huhuhu

Ghupanyer keta2 ni....
Jadilaaahhhh... Impreza pun syok gak
Ghupanyer pamer ajer
Ferrari 458 tuuu.....

Barisan kereta2 yang akan dilenjan oleh semua peserta
Sekali kluar plak gadis2 payung kat sebelah kereta tu.... wow.... excited aku datang balik. ahaksss....Kiut2 dan hot2 plak tu. Deal nyer, peserta dah dibahagikan ikut group, 10 orang setiap group. Masa register tu diorang dah tanya, nak bawak kereta manual atau auto. Jadi kereta pun dah dipilih dan ditentukan ikut pilihan transmisi. Aku nak ikutkan group ke-5 dari 7 group. Kereta aku plak diorang tentukan Celica. Lama gak nak tunggu sampai ke group 5 tu. Jadi dok pusing2 amik gambar lah.

yang ni peserta hanya bole tengok ajer... huhuhu
konpem untuk pamer ajer GTR ni







Disamping tu, suasana kat Sepang ni macam akan ada event racing besar jer. Pasal kat pit ada racing2 team tengah dok prepare. Aku dapat tau kendian, diorang ni team utk Thailand Super Series. Boleh tahan kereta2 diorang... Gallardo, Z4 etc..

Racing team untuk Thailand Super Series tengah tolak keluar Gallardo racing ni kuar


entah apa kerja, diorang tolak kuar Gallardo Hitam kuar dari pit plak


Oh yaa... lupa nak citer. Setiap peserta katanya akan jadi passenger kereta yang race driver bawak, sebanyak 3 pusingan. Pastu masuk pit, peserta plak diberi peluang untuk bawak sendiri 3 lap. Bagi aku cukuplah tu. Sekali entah group ke-3 kalu tak silap aku, kereta Celica yang patut aku bwak breakdown lah pulak. Jadi semua yang patut bawak kereta yang sama dalam setiap group terpaksa dimasukkan ke group terakhir. Adehhh..... lagi lama ler terpaksa tunggu.


Ferrari 458 dari depan plak
Pengacara maintain vogue

di samping Ferrari 430


Audi R8 pun ada


Alamak... tak ingat ler ni brek Ferrari mana satu... huhuhu



yang ni takder kena mengena... dok parking dalam pit




Ainul dengan CRZ


Ni namanya senyum simpul

Kekuda
Ferrari 458 lagiii......
Fotografer dan pengacara

e eh... selfie.....
dapat tau amoi hot ni namanya Lydia



beberapa ratus kuda dalam ni














group foto dengan geng2 yang kenal
ohh... camni ghupanyer mata 458 ni dari atas
Dok layan unbrella girls, terperasan plak amoi ni....

Rose Chin... Model yg agak common dalam majalah2 kereta
tapi kali ni, dia jadi macam coordinator untuk umbrella girls


Akhirnya selepas bosan melayan tengok kereta dan gadis2 payung, giliran aku sampai gak. Aku diberikan Integra DC5 dgn enjin K20A. Rasanya 1st experience aku gak bawak K20A ni. huhuhu. borak ngan owner cum driver kereta ni, katanya dia datang dari Penang. Wow... jauh tu... 

Panas terik... kena ler dipayungkan... TQ Ramona
Tapi perkara yang mengecewakan aku seperti dan dapat agak2 jangka serta deja vu nyer berlaku. Organiser datang bagitau, last group ni, hanya sempat keluar 1 lap sahaja. Jadi samada driver yang bwak atau bwak sendiri. Adehhh.... Aku pun terpaksa lah bwak sendiri. Memang tak puas...tak sempat nak biasakan diri ngan kereta dah abis. 1 lap pun tak complete psal straight depan tak lalu, kena pit terus.

Alamak... nama awek payung ingat... nama driver ni dah lupa lerr.... ahaksss...
Tengok disudut positif, sekurangnya aku boleh test drive DC5 K20A. Disamping tu aku puas cuci mata ngan gadis2 payung. huhuhu..... itu jer lah.... ahakss....pasrah ajerr.... huhuhu. Camna pun terima kasih kat supplier aku sebab jemput aku ke event ni. Kalau ada lagi event camni jemput2 lah.

Wah.... Havoc abis kat Track Sepang ni...


Acara penutupnya ada makan2. Disamping tu, mana2 gambar yang fotografer amik, diorang print dan bole amik free ajer.
Dinner Time ... walaupun masa tu baru petang...
Race car dari Thailand Super Series kuar prektis lepas event Bond Club ni settle
Lepas event ni abis, kereta2 racing dari Thailand Super Series pun kuar prektis....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...