10 Julai 2011

#23 Motul Autech GTR Team NISMO at Super GT Sepang

Team utama Nissan/NISMO yang dipertaruhkan saban tahun adalah #23 Motul Autech GTR . Sememangnyer team yang aku kena support atas minat aku terhadap Nissan. huhuhuhu.....

Kehadiran team ni ke Sepang berbekalkan mata tertinggi antara semua team dengan 26 mata. Bukan tu saja, malahan team ni mempunyai weight handicap yang paling berat antara team. Oleh itu harapan tinggi tidak diberikan kepada team ni utk menyinar di Sepang. Seperti yang diduga, kedudukan grid team ni selepas kelayakan adalah hanya pada kedudukan grid ke12 dari 15 team yang mengambil bahagian pada kelas GT500.


the queens

qualifying




pit stop practice before the actual race

starting grid

during the race
Sepanjang perlumbaan, team ni agak sukar untuk menyerlah. Cuma pernah berada pada kedudukan terbaik ketika semua pasukan telah memasuki pit bagi menukar tayar & pemandu sedangkan team ni bertahan agak lama untuk berbuat demikian. pasukan ini terus berada pada kedudukan di belakang selepas keluar dari pit. Akhirnya pasukan ini menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 14 dari 15 pasukan, gagal memungut sebarang mata.
the end of the race



Biasa ler dah adat race hari ni menang, esok kalah. Terutama dalam SuperGT, amat jarang kemenangan berturut2 diperolehi oleh mana2 team disebabkan sistem weight handicap yang digunakan pada SuperGT. Setiap pasukan yang mendapat point akan mendapat weight handicap bersamanya.

Takpa #23. Walaupun kalah di Sepang, tapi team ni masih lagi mendahului pungutan mata.

kenapakan ayat2 ku di atas agak skima seolah2 dengar berita jam lapan.... ?? huhuhuh

08 Julai 2011

Fast Lane :: Nissan 350Z

Dapat Fast Lane Pull Back Car :: Nissan 350Z ni pada 30 Jun 2011 lepas kat TRU KLCC. Nak kata best sangat idak ler, sekadar acceptable dengan harganyer yang murah. Tambahan pula NISSAN... mmg aku takleh tolak ler tu.




bole plak terlenggak keta ni kat depan




Posting yang tak bermakna ini dibawa oleh anda oleh kopi chap kapalaludimana.......

05 Julai 2011

DATUM 2011 :: KLCC Hauls


Masa lunch break GBF & KLDF.... aku ngan sarum breakaway ke KLCC... tengok apa2 yang patut...... ini ler hasilnya yang sesangat ler tak seberapa....

In random order.....
1. Fast Lane Pull Back Car :: Nissan 350Z
2. Hot Wheels :: Ford GT
3. Hot Wheels :: Chevy Camaro Indy 500 Pace Car
4. MatchBox :: 2007 Ford Shelby GT 500
5. Takara Tomy :: Nissan Serena (C25)
6. Takara Tomy :: Nissan Serena (C26)
7. Takara Tomy :: Nissan March (K13)

detailsss kendian.....

04 Julai 2011

Mysterious Aston Martin 3 Doors Hatchback

Semalam (3 Julai 2011) aku ke Archidex2011 kat KLCC. Tengah browse pameran design2 building kat luar tu aku ternampak gambar kereta.... wow.... smart nyer.... bisik hati ku... (cheh... macam novel ler plak) keta apakah ini?

OOooo...... bangunan tu design studio Aston Martin...... kat Warwickshire, UK. Da semestinyer ler keta Aston Martin. Tapi aku tak pernah tengok lagi Aston Martin 3 doors hatchback.... misteri... misteri.... miss isteri......


Pencarian dalam intenet Aston Martin Hatcback bawak ke Aston Martin Rapide & Aston Martin Cygnet.... tapi Rapide 5 Doors fast hatchback, Cygnet plak macam nama dier cikenit 3 pintu city car..... bukan 3 doors hatchback macam gambar yang tengok ni. Jadi kemungkinan besar, kereta ni tak pernah dilihat umum, mungkin diproduce akan datang atau hanya sekadar concept car.


Nampaknya misteri menyelubungi....... huhuhuhu

02 Julai 2011

Mutiara Motors 370Z at SuperGT 2011

Masa Super GT 2011 lepas, Mutiara Motors, pemilik brand M7Japan macam biasa bukak booth. seingat aku tahun lepas, diorang pamer GTR. Tahun ni diorang pamer 370Z... sexy plak tu. Memang mengancam keimanan. Yang surprisekan aku lagi, tahun ni diorang sponsor team HIS Advan Kondo GTR.... cayork.... berubah angin ke nissan nampaknyaa.... huhuhu. jadi aku pun kena support ler kampeni ni..... tarok ler gegambar ni.....

memang sexy.......

belakang lagiii laaa sexy........

memang chun & seksi... putih melepak...... huhuhuh

curvy side profiles......

brake 6 pot..... tak tahaannnn......

nice ass..... titanium tips & carbon spoiler.... sexy lady.....



29 Jun 2011

2nd Trip to Lawas :: Sotong Bakar

Sambungan dari sini.

Kat pasar malam yang happening tu, ada deret tu jual ikan segar ajer. Mmg segar n memacam jenis, saiz dan bentuk ikan. Mmg tk dapat kalu nak beli kat mana2 psar kat smenanjung. Ada tu ikan warna merah menyala.... Ada warna hijau.... Yg aku rasa layak utk jadi ikan hiasan dlm akuarium. Tapi diorg jual utk dimakan.

Ada section tu plak jual ayam bakar & seafood bakar termasuklah ikan, udang & sotong. Aku tak lepaskan peluang makan sate tongkeng bakar & sotong bakar. Tongkeng tu rm1/batang. Sotong bakar plak rm10 utk 5 ekor, 1 cucuk.

tongkeng ayam bakar

salah satu gerai ikan/seafood bakar

udang bakar.....

deretan sotong bakar......

Sotong bakar yang aku punya malam tu......
Mmg fresh sotong tu, tak liat dan manis. Tapi aku dpt mkn 2 ekor jer psal kenyang. Jalan balik hotel sesambil tengok2 bandar KK. Sampai bilik, baru makan makanan flight yg tapau tadi. Sotong sekor lagi aku sebat wat lauk tuk mee flight tu.

kat foodcourt dedekat hotel.... fresh seafood utk dipilih & dimasak fresh..... yummy..... aku telan air liur jer lerrr....
Keesokan arinya bangun awal. Psal pkul 6pg da nak bertolak ke Lawas naik trooper. Tapi kat KK, pkul 6pg tu dah terang benderang dah. Jalan kira ok ler, selesa gak. Tak macam yg aku imagine ler. Jalan melalui beufort, sipitang dll. (aku pun tak ingat nama tempat2 yg dilalui) Nak dekat pkul 10 baru sampai Lawas......hahaha... kematu bontot dibuatnya....

Sampai kat Lawas, sotong bakar yang belen lagi 2 ekor tu, dah busuk... hahaha..... aku buang jer dlm tong sampah.... ahaksss.....tu ler akibatnya bila nafsu menguasai masa beli sotong tu.....

Settle semua keje kat Lawas, bertolak nak dekat pkul 2pm sampai airport KK pkul 5pm. Sekali lagi lenguh bontot dibuatnyerrr..... Ada gak singgah kat gerai tepi jalan untuk beli ikan bilis & udang kering. Kat Airport plak, beli udang besar.... memang mahal... aku amik yang harga RM50/pack... udang kuning. Kalu udang rimau & lobster lagi ler mahal..... dah beli kang sampai umah tak gheti dimasak, tak guna gak ... ye tak....?

Tak tau ler aku, ada peluang tak sampai ke Lawas ni lagi, psal projek pun dah sipi2 nak siap. Kalau sempat lagi, nak gak jenguk kat Brunei, camna ghupanyer.... dah dekat sangat dah tu......

28 Jun 2011

2nd Trip to Lawas :: Cititel Express Kota Kinabalu

.... sambungan dari sini.

Smpai a/port kk, amik teksi ke hotel. Check in masuk bilik, aku senyum. Nak declare, iniler bilik hotel paling kiut AKA kecik pernah aku dok. Saiz bilik dier ngam2 1 katil double. Ada ler laluan/lega tak sampai 1 meter dari katil ke dinding perimeter bilik tu. Walaupun gitu, facility yg ada dlm bilik bole kata ckup. Ada hairdryer, safety box, toiletries. water dispenser, iron n ironing board plak diorg sediakan belah luar guna secara kongsi.


hahaha..... dah nampak macam saiz stor plak.....

bole tersepit kaki dibuatnya lalu tepi katil ni..... huhuhuhu

shower dier power gakk.....

walaupun kiut tapi bilik air dier kemas & moden


kat console ni abis semua facilities diorang sumbat.....dengan serabut dan bersepahnya... hahaha
 Sesuai ler ngan nama dier express.... mmg express..... tak yah jalan jejauh nak ke toilet atau pintu keluar. selangkah dua dah sampai... ahaksss....Aku pun dok situ express gak.... sampai dlm pkul 7 mlm, check out dalam pkul 6 pagi.

lpas layan cerita nora elena kat tv3, aku kluar. Ngan jalan kaki, tempat dituju centerpoint. Tengok kalu2 ada mainan2 yg menarik. Pas tu aku tuju ke pasar malam belakang pasar filipin. Memang meriah, besar dan unik kalu nak dibandingkan ngan psar mlm kat semenanjung.

.... bersambung lagiiii.... huhuhu... konon suspen ler nih.....

errr...... gambar mmg out..... pkai kamera henpon chokia aku..... dah itu jer kamera yg aku ada masa ni. antara gambar2 akhir sebelum menamatkan perkhidmatannya.....

27 Jun 2011

Calsonic Team IMPUL :: At Super GT Malaysia 2011

Sedikit latar belakang team ni (amik dari SUPERGT.net)

Name : TEAM IMPUL

Team Director : Kazuyoshi Hoshino

Team Principal : Yutaka Kaneko

Company : Hoshino Racing

Website : http://www.impul.co.jp/
 
Car : CALSONIC IMPUL GT-R

Based Vehicle : NISSAN GT-R

Chief Engineer : Jiro Shimada
Drivers : Tsugio Matsuda & Joao Paulo Lima de Oliveira[BRA]
 
Di sepang, team ni qualifying nomor 4.... kira ok gak ler dengan weight handicap 40kg, kedua terberat selepas Motul Autech #23. tapi masa race bermula, 1st corner berlaku incident, buatkan team ni tercicir. akhirnya dapat nomor 15 (last sekali... huhuhuh)


camna pun sekang ni diorang dah kumpul 20 markah championship dan berada pada kedudukan nomor 6 keseluruhan.

 
di Pit Garage....

masa qualifying

Setting balik.....

Starting grid...... dapat petak ke-4

Hoshino tengah kautim ngan motoyama (driver #23 Motul Autech) , suh bagi chan kat team IMPUL. Matsuda teleng nak dengar apa ler yang Hoshino tu offer Motoyama.... huhuhuh


Grid walkabout.... ramai seehh......


tengah racing....

Da abiss race...... nasib tak menyebelahi..... takpa, cuba lagi next round......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...