10 Julai 2011

#23 Motul Autech GTR Team NISMO at Super GT Sepang

Team utama Nissan/NISMO yang dipertaruhkan saban tahun adalah #23 Motul Autech GTR . Sememangnyer team yang aku kena support atas minat aku terhadap Nissan. huhuhuhu.....

Kehadiran team ni ke Sepang berbekalkan mata tertinggi antara semua team dengan 26 mata. Bukan tu saja, malahan team ni mempunyai weight handicap yang paling berat antara team. Oleh itu harapan tinggi tidak diberikan kepada team ni utk menyinar di Sepang. Seperti yang diduga, kedudukan grid team ni selepas kelayakan adalah hanya pada kedudukan grid ke12 dari 15 team yang mengambil bahagian pada kelas GT500.


the queens

qualifying




pit stop practice before the actual race

starting grid

during the race
Sepanjang perlumbaan, team ni agak sukar untuk menyerlah. Cuma pernah berada pada kedudukan terbaik ketika semua pasukan telah memasuki pit bagi menukar tayar & pemandu sedangkan team ni bertahan agak lama untuk berbuat demikian. pasukan ini terus berada pada kedudukan di belakang selepas keluar dari pit. Akhirnya pasukan ini menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 14 dari 15 pasukan, gagal memungut sebarang mata.
the end of the race



Biasa ler dah adat race hari ni menang, esok kalah. Terutama dalam SuperGT, amat jarang kemenangan berturut2 diperolehi oleh mana2 team disebabkan sistem weight handicap yang digunakan pada SuperGT. Setiap pasukan yang mendapat point akan mendapat weight handicap bersamanya.

Takpa #23. Walaupun kalah di Sepang, tapi team ni masih lagi mendahului pungutan mata.

kenapakan ayat2 ku di atas agak skima seolah2 dengar berita jam lapan.... ?? huhuhuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...