28 Julai 2011

Malaysia vs Chelsea 21 July 2011_Part I

Ada ler sekali dulu aku ke stadium bukit jalil utk tengok bola. Tak silap aku masa tu friendly mesia-korea. Dulu masa zaman muda remaja ader ler sekali dua pegi stadium merdeka n stadium shah alam. Psal aku bukannyer kaki bola sgt. Ini kiranya kali kedua aku ke stadium bukit jalil utk tengok friendly mesia-chelsea. Da dapat tiket free, pegi jer ler. Kalu sasajer nak beli takder nyerr. Macam aku bgtau aku bukan minat bola sgt, termasuk laa chelsea. Jadi niat aku gi stadium ni nak rasa suasana stadium penuh dan sokong skuad harimau muda malaysia. Go Malaysia Goooo!


yg lagi best aku pegi layan sengsorang naik lrt dr sentul. Dlm pkul 5pm aku naik lrt. Masa tu pun da ramai org yg pakai jrsey mesia/chelsea dlm lrt. Walhal game start pkul 8.30pm. berhimpit jgak ler ngan org2 yg balik keje. Aku da naik kat sentul, mmg dpt seat. Aku join skali perangai org mesia yg lain wat bodo tak bg seat kt sesapa. Huhuhu. Bkan apa, takder yg aku rasa layak utk aku bg seat. berdiri depan aku ada ler awek 3 org dok gedik2, aku wat taktau sesambil cecuri usha diorg. Huhuhu


Smpai kt stesen lrt bukit jalil tu, nampak dah suasana stadium. Banyak khemah jual barang2 berkaitan bola. Jersey, rambut palsu warna warni, vuvuzela (rasanyer ler nama mendalah yg tiup bg bunyi2 tu), air hon, topi, banner etc, termasuklah makan & minum. Walaupun masih awal tapi org da ramai. Bising nyer toksah citer ler. Org yg jual mender bunyi tu sibuk bunyikan ler mender tu utk tarik perhatian. Riuh randah dan bising ler jadinyer kat luar stadium tu.
 
Stadium Bukit Jalil dari Stesen LRT

 

awal lagi tapi penyokong dah start datang stadium guna LRT


memacam ada jual kat perkarangan stadium

ni kalu anak aku tengok, mau demam seminggu.... huhuhuhu

Booth ULTRAS Malaya. memacam dijual....

Meriah kat luar stadium


Aku pegi solat asar dulu kat bangunan food court. Kecik giler surau situ. Sekali semayang muat dlm 6-7 org jer. Stadium bebesar gini patut ada surau yg lg besar & senang nak keluar masuk, bukannya pintu sempit. Ni terpaksa tunggu giliran utk amik wudhuk & solat. Lepas solat aku beli burger & air 100+dlm botol niat utk jadi dinner aku dlm stadium tu nanti.

Pastu aku carik ler pintu masuk aku yang aku dok imagine warna kuning psal kat tiket tulis pintu kuning. Tapi hakikatnya tak nampak plak aku warna kuning kat pintu tu. Masa dok beratur nak masuk baru aku perasan diorg chek beg & tak bg wat masuk air. Lerrr. Memahal aku beli 100+ ni takleh wat masuk plak. Aku ingatkan ngan makanan sekali takleh masuk, jadi aku gelojoh ler belasah makan burger kat luar tu. Sempat 2-3 kali gigit, aku perasan kat atas gate tu ada tulis mender2 yg takleh wat masuk. Burger takder plak dlm senarai. Botol air semenarnyer yang takleh. Lerrr kali kedua. Aku bungkus balik burger tu, aku teguk 100+ plak sampai hampir2 nak abis. Pastu aku pun masuk. 3 Kali gak ler kena raba ngan security seblm bbtul bole masuk.

pintu masuk.... kena kerumun lepas dibuka

baru lepas dapat masuk

bersambung.... ada Part II silap aribulan Part III sekali.....
apa2 pun pasni, susah skit utk aku gi stadium. Tapi jgn risau, aku akan tetap sokong rimau malaya. Malam ni kasi aauuummmmmmm sama itu singa!

* gambar byk, nanti aku upload lain..... bersambung plaaakkkkk
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...