24 Ogos 2011

Roti Jon Bulan Puasa

Arini aku nak tunjuk cara2 aku sediakan roti jon aku nyer style. Aku mula buat roti jon ni da lama dah. Aku tak ingat bila. Start buat lpas mkn roti jon yg kazen kaknor, cik aa buat. Tanya dia camna dia citer sesikit, pastu aku cuba sendiri. Setakat yg mkn semua brselera jer ngan roti jon aku tu. Dora pun selalu request roti jon aku. Setahun masa posa jer aku buat mendalah ni. Kengkadang lupa jgak. Tahun depan bole ler aku refer blog ni kalu lupa. Cuma tahun ni akhir2 ramadhan baru aku ada kesempatan utk buat.

Pakai roti hotdog, belah tengah sapu butter.


Pastu bancuh adunan inti. Daging kisar satu papan polestrin supermarket tu, telur ayam 3 biji, daun bawang cincang halus, serbuk kari (yg ni aku improvise senirik), garam secukup rasa. Gaul sebati semua bahan tu. Selalu lepas gaul tu aku bau. Kalu bau macam best, maknanya adunan semua ngam. Selain daging lembu, bole juga ganti dgn daging ayam atau daging kambing, ikut citarasa nak makan apa masa tu.


Pastu sediakan … errr…nk panggil aper yerk? tadi da inti. Ni sayuran dia laa. Aku guna kobis dan lobak merah. Dedua hiris halus memanjang gaulkan brsama sikit garam.


Ok. Sekang baru bole start masak. Kena guna non stick pan. Memula bakar permukaan dlm roti sampai butter yg disapu tadi masak/keemasan. Pastu trbalikkan roti utk dedahkan prmukaan dalam tu. Sapu rata adunan inti atas roti. Pastu terbalikkan semula roti hingga masak inti yang disapu tadi. Masa nak terbalikkan roti tu selalunya aku main flip guna pan jer. Lagi senang dan cepat. Nampak & rasa pun macam poyo skit. huuuuuu........

Ini ler akibatnya pkai non stick pan yang dah mula stick.... inti dier tercabut dari roti masa nak balikkan.... huhuhu
Bila da masak bole keluarkan dari pan. Sapu mayonis pd inti. Pastu taburkan campuran sayur. Selain untuk seimbangkan zat, sayur ni gak bagi tekstur rangup dan menyerlahkan ghupa roti jon ni bagi orang berselera utk ngap. Huhuhu. Akhir sekali lengkapkan dgn sos cili dan sos tomato. Selalunya aku potong dua roti utk portion yg sesuai.



yang gelap tu psal tak biasa ngan dapur baru.... terlebey sudaaa.... huhuhu
Settled. Bole tunggu buka posa. Pinggan dan peralatan masak tu tadi aku biarkan berterabur kat dapur utk org lain kemaskan. Huhuuu

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...