28 Ogos 2011

Balik Kampuuunngg…wo woo woooo…Balik Kampuuunnnngg

Masa raya ni mmg sinonim ngan jem kat atas jalan berjam2 untuk balik kampung. Rekod aku pernah kena 14jam dari kulompo ke kotabharu. Perjalanan normal amik masa 7-8jam jer. Aku tau ada orang pegang rekod lagi lama, lebih 24 jam utk perjalanan yang sama. Alhamdulillah ler aku tak kena gitu, dan harap takkan kena. Kejadian tu berlaku masa Nabil kechik lagi dan cute. Dora plak masih muda jelita. Ahakssss. Sekang pun jelita gak. Masa tu musim hujan. Ada banjir, tu yg trkandas lama sementara nak tunggu banjir surut.

Tahun ni mcm biasa letak expectation yg sama. Tahun ni balik ke kuantan kampung Dora untuk permulaan raya. Pastu raya ketiga akan ke kelantan. Cuma sebelum bole bertolak semalam (27 ogos 2011) kena antar mawar balik beraya kat indon via subang airport. kluar pkul 10㏂ walaupun flightnyer pkul 1.40㏘ utk elakkan jem yang tak terduga.

Tapi salah berduga. Jalan clear.

Sempat cucuk r35 bernomborkan 'SITI' kat NKVE. Pastu siap potong lagi tuuu. Betul aku potong.… tak cayer plak. Aku potong kat tol. Ahakssss

Lpass antar mawar balik umah balik utk packing. Nak balik kampung sampai 10ari, maka byk ler bebarang yg nak dibawak. Kelam kabut gak. Da semua turun isi dan susun beg dan barang dalam kreta, Dora yg baru turun tanya Wina mana kad astro? (balik selalu bawak, pasal diorang nk tengok pakej kartun kat kampung). Dora & wina pun naik balik carik. Aku plak da abis susun semua, teringat, alamak spek mata aku dalam beg. Kena wat kluar nak pkai drive lagi clear pemandangan. Punggah ler balik beg dalm bonet. Wat kluar spec taktau letak mana, dgn bijaknyer aku letak atas bumbung kreta. Susun balik beg. Dah lama gak, Dora turun bgtau tak jumpa kad tu. Pastu Nabil pun selamba kata kad tu ada ngan dier. Hampeh…

Maka start jalan. Baru nak kluar dari guard dora bgtau dia terlupa nak tutup gas n bukak pintu kabinet gas. Alahai. Ni isu keselamatan ni. Jadi patah balik. Aku naik gi settlekan. Pastu masa otw turun lif aku baru teringat psal spec atas bumbung kreta. What the %&@#$%&@*. Terus aku gi parking carik, tak jumpa. Turun balik kat keta dengan mod bengang dengan kebijakan aku, cari sesambil dlm keta tak jumpa. Pastu pusing ngan keta jalan2 yang dilalui dalam 2-3 round utk carik, pun gagal. Sejam gak buang masa mencarik. Aku pun da tada mood nak drive balik kampung.

Pastu Dora, dengan tenang merilekskan aku. Baik plak bini aku ngan imej baru brtudung nih. Pastu dia pun offer utk drive. Aku pun setuju jer. Pasal time tu mmg bengang. Takut plak kalu aku termengamok atas hiway tu. Jadi Dora pun bawak ler kreta, 1st time utk perjalanan jauh.

Alhamdulillah, hiway karak n hiway LPT dedua clear. Cuma ada ler sekali sekala mcm byk skit kreta. Dora plak sebelum ni asyik dok bising aku bwak laju, ghupanyer dia pun 2x5 gak. Huhuhu

Karak hiway sebelum terowong

Tol gambang, sangat sunyi macam taknak rayer jerrr

Alhamdulillah. 2.30jam perjalanan kluar tol gambang. Sampai ghumah dalam setengah jam kemudiannya. Sempat asar dan bukak posa kat ghumah.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...