Kalu ke Penang, buah tangan wajib - jeruk buah. Lokasi untuk beli yang senonim mesti lah Chowrasta Market kat Penang Road, bebetul belakang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (Rasanyer laaa..... psal besar balai polis tu). Selalunya aku beli kedai bawah tangga depan belah kiri.
Chowrasta Market dari tepi |
Chowrasta.... kelihatan balai polis kontinjen depan nun |
Tapi bebaru ni (awal Julai 2011) aku ke penang atas urusan kerja. Lepas settle semua kerja, On The Way nak ke Airport tu mintak singgah ke Chowrastar tuk beli jeruk. Diorang bawak kedai lain. Bukan dalam Chowrasta, tapi sebelah jer. Kedai pengusaha Muslim dan kedainya nampak bersih dan teratur. Jadi yakin gak ler nak beli kat situ. Nama kedai Nasir Jeruk.
Nasir jeruk, bukan jual saja jeruk2 tu, malahan ada yang diorang peram dan buat sendiri. Selain tu diorang ada gak jual produk2 local & IKS yang lain. Harga pun berpatutan sesuai untuk bawak balik sebagai sourvenir. Alamak... kecur air liur aku citer psal jeruk bulan posa ni.... huhuhuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan