08 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


p/s: penat woo nak bagi minion ni pakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersamping... pastu yang sekor lagi plak pkai tudung dan baju kurung... muslimah gitew...ahaksss....SHRA MZDB

05 Ogos 2013

Tomyam Pekat, Taman Datuk Senu, Sentul, KL


Nabil mmg tak tahan pedas... Tapi tah camna salah satu feveret food dia tomyam...dia sanggup tahan pedas utk makan tomyam...begitulah betapa enaknya tomyam utk Nabil. Walaupun pedas, dia sebat jgak. Janji standby air dan tisu sebelah wat lap hingus yg meleleh kepedasan. Ahakss....

Dan dalam banyak2 tomyam yg kitorang makan, semua sepakat setuju, tomyam paling power dan gempak de bommm adalah tomyam pekat kt tmn datuk senu. Walaupun begitu tidak sekerap mana pun datang makan sini.... Tapi bila terasa nak makan tomyam power mmg tempat ni akan dituju.

Sejarahnya, tmpat ni cikti yg rekemen satu masa dahulu... Dan kekal jadi 1 destinasi tetap kitorang utk tomyam pekat. Tempat dia biasa2 jer... Tipikal utk kedai makan tomyam yang lain. Takda apa feature yang luarbiasa. Yg pastinya pekerja atau tokeynya samada orang kelantan atau orang sempadan siam. Oh yaa.... nama kedai ni sebenarnya Mayana Tomyam...err.... rasanya ler....

Memandangkan ni dah minggu akhir puasa, kebetulan plak Nabil teringin lagi utk buka posa diluar, jadi aku pun arrangelah utk iftar kat tomyam pekat. Telefon order makanan dlm pkul 5 ptg.

Pilihan kali ni... Yg wajibnya tomyam pekat seafood, daging masak merah, udang goreng tepung dan kangkung belacan.

Kitorang pegi lepas solat maghrib. Wina dan nia tamau ikut plak. Ok lah tu. Masa kitorg smpai masih ada 4-5 meja yg ada org dok makan... Meja yang lain semua tinggal pinggan mangkuk terpakai yg blum sempat dikemas. Nampak gaya memang full house ni.Dengan cepat diorang bersihkan, kemas meja dan hidang makanan yg kitorang order.

Berbalik kepada tomyam kat sini, semenarnyer ada jer tomyam biasa. Cuma yg luar biasa bole mintak special utk jadi tomyam pekat. Kitorang mmg akan mintak pekat punya. Rasanya memang pure tomyam yang pekat. 1 sudu yg pekat ni puas hati meletup2 rasa tomyam dalam mulut. Kalau tomyam biasa hirup 3-4 kali belum tentu puas... Bagi aku dari segi kepedasan, dia taklah pedas menyengat... Tapi rasa panas dalam. Masakan2 lain pun power gak semenarnya. Tapi dah hightlight dia tomyam pekat, jadi menu yg lain terus tenggelam.



Inilah tomyam pekat
tomyam pekat dalam mangkok kecik
kangkong belacan
udang goreng tepung
last2 ni jer yang tinggal.... ahaksss....




04 Ogos 2013

Iftar at Muhibbah Seafood Restaurant Sg. Penchala

Bermula ngan wat lawak... Akhirnya dah memang rezeki, member belanja iftar hari ni.

Kat dlm group wassap member lama budak mara, awal minggu aritu, Bush antar gambar orang arab dengan hidangan nasi dgn bekas sebesar lantai...kata bush 'jom buka posa nasi arab'... Pastu aku ngan matwong memancing 'ko nak banjer ker bush? kitorang ok jer'. Pastu saja jer lah pancing suh bush banjer bukak posa kat meridien lah... tapi bush senyap... lama plak tu. Suspen jer. Mungkin tengah fly kot... almaklumlah pilot kapten MAS. 

Sementara bush 'diam' tu macam2 lah kitorang pancing. Da siap puji melambung dengan kemurahan hati bush nak banjer, walhal dia belum pun kata ok. huhuhu. Akhirnya bush reply kata dia boleh blanjer... dgn cadangan lokasi saba cyberjaya. hahaha.... pancingan yg berjaya. Tapi tetiba bush tukar tempat... ke Muhibbah Seafood... restoren dengan masakan chinese style. ahaksss... kitorang ikutkan shj.

Lepas tu cecarilah sesapa yg nk join... kontek sana sini budak mara lain yang masih ada kontek. Akhirnya berjaya dpt 7 orang jer. kira ok lah tu, ad hoc. selain Bush.... aku, Ucup, Matwong, Dubell, Kuchai dan Waksam. 

Konon nak jumpa pkul 6pm...kat restoren... bole borak panjang... psal da lama tak jumpa. Aku sampai dlm 6.35pm... ingatkan da lewat... sekali aku yg 1st sampai... hahaha....mmg std lah... dengan tatau jalanlah... tapi akhirnya semua berjaya sampai sblm maghrib....huhuhu itu yg penting semenarnya. Makanan yang pre-order secara ala cart sblm pukul 1pm pun sampai sesikit right on time sebelum berbuka. Bush bagitau dia prefer ala-cart... psal tu tak jadi kat Saba... psal kat situ ada buffet ajer.

Bila waktu berbuka, aku mcm biasa dengan kurma. pastu aku terus g solat maghrib. Satunya psal da biasa gitu... yg keduanya psal surau dan tmpt solat kecik jer yg disediakan. Jadi aku tamaulah berebut2 nk solat nanti. Orang da laa ramai. Lepas solat barulah aku join diorg melahap. 

Dari segi rasa ok... sedap... dan kena dengan tekak. Seafood pun fresh. Bole bagi 4 bintang. Tataulah kalu faktor diblanja Bush menyedapkan lagi makanan tu. huhuhu. Walaupun chinese style, tapi rasa kecinaan pada makanan tu tak strong sangat. Licin semua lauk kecuali sayur pucuk paku yang aku pun tatau kenapa bush order large utk sayur tu. ahakss...

Dari segi harga aku takder idea camna.... psal Bush settlekan... ahaksss......

Lepas makan ingat nk minum air panas. Tapi kata pelayan tu, takda plak teh tarik kat situ. Pastu kitorg decide utk pegi lepak rasta... tak jauh dr retoren tu tuk pekena teh tarik. Sambil borak... sambil cuci mata. opss... bulan posa ni... tp nk wat camna... dah chun... opss sekali lagi.



masa aku sampai, lengang lagi
Makanan2 yang Bush order.... antaranya lah.....

buttered prawn
ikan sweet sour
ayam lemon
sotong tepung
beef dried chilli

Dubel baru sampai kebetulan plak masa aku nak amik gambar crowd
Kucai, Dabel, Wak Sam, Wong, Bush & Aku.... takda dalam gambar.... Ucup







01 Ogos 2013

Popia Mee Segera

Kalu tahun lepas aku banyak share resepi (hahaha... Resepi ko... Cas chef ker aper)... Tahun ni tah camna dapat idea nak buat popia goreng mee segera.

Da lama dok main dlm otak... Harini baru sempat nak buat.

Untuk mee segera nya, bukak tempat stok makanan ada maggie n mi sedap... Hmmm... Nak pkai mana 1 yerk? Aku pilih mi sedap lah... Psal nk pastikan masakan aku nanti sedap. Ahakss...

Aku masak mi sedap ikut arahan kat bungkusan...tapi masa rebus tu aku tambah sikit bawang merah n bawang putih. Lepas toskan...gaul dgn semua perencah yg ada dlm bungkusan. Gaul sekali ngan telur dan isi udang sampai bosan.

Pastu bungkuslah guna kulit popia sekreatif yg mungkin. Pastikan bungkusan tu kemas macam aku buat ni haaa.... Baru ler selera orang tengok... Meleleh air liur woo mau plak petang2 bulan posa ni. Jangan plak bungkus macam hantu pocong.


Da siap bungkus... Bole ler gi lelepak kjap... Sementara nk tunggu dedekat waktu berbuka... Barulah digoreng.... Tujuannya nak kasi panas ler masa makan waktu berbuka tu.

Rasanya camna plak? ler... mana aku tau... belum waktu berbuka lagiii.... huhuhu











29 Julai 2013

Share: A Life Changing Reminder ᴴᴰ :: 10 Malam Terakhir Ramadhan

Peringatan kepada diri sendiri…

Malam paling hebat sepanjang tahun.
Malam yang lebih berharga dari 1000 bulan (yang bersamaan 83 tahun 4 bulan)
Malam Al-Quran didedahkan.
Malam yang aman, berkat, tenang dan rahmat yang turun bersama malaikat-malaikat.
Malam yang Allah SWT akan tunaikan segala doa, permintaan dan permohonan keampunan.

ITU LAH MALAM LAILATUL QADAR

Surah Al-Qadr:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?
Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Bila Malam Lailatul Qadar?

Dari Abu Hurairah ra katanya :
Rasulullah saw bersabda : "Dimimpikan kepadaku malam lailatul qadar lalu aku dibangunkan oleh isteriku menyebabkan aku lupa waktunya (yang pasti). Sebab itu, carilah malam qadar itu pada malam sepuluh yang akhir"
Hadis sahih riwayat Muslim

Dari Salim dari bapanya katanya :
"Seorang lelaki bermimpi bahawa malam lailatul qadar itu pada malam yang kedua puluh tujuh. Lalu Nabi saw bersabda : "Aku bermimpi serupa dengan mimpi kamu, ialah dalam  sepuluh malam yang terakhir Sebab itu carilah pada malam yang ganjil di antaranya."
Hadis sahih riwayat Muslim

Apa yang perlu dibuat sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan?

Dari Muslim bin Ibrahim, katanya :
"Kami diberitahu oleh Hisyam katanya :"Kami diberitahu oleh Yahya dari Abu Salimah dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w. sabdanya :
"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau, dan barang siapa yang mengerjakan (puasa) Ramadhan dengan keimanan dan mengharap keridhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."
Hadis sahih riwayat Bukhari




* Video2 di atas adalah video yang sama. Saja link kan semua, psal video sebelum ni dah di removekan. kira back up lah kalau mana2 video takda nanti.

Telah diriwayatkan daripada 'Aishah bahawa dia berkata:
"Wahai Rasulullah, apa yang perlu saya katakan dalam doa saya, jika saya datang kepada Laylatul-Qadr?"Beliau berkata: "Katakanlah:. 'Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī (Wahai Allah, Engkau adalah Maha Pengampun dan kasih pengampunan, maka ampunilah aku) '"
Hadis sahih Sunan Ibn Majah

Dalam video di atas ada diterangkan maksud “afuw” yang digunakan dalam doa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW kepada ‘Aisyah RA dalam hadis di atas. Bukan semata-mata kemaafan, tetapi dipadamkan terus rekod dosa-dosa lampau kita. Subhanallah.

Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan sepenuhnya untuk mencari keredhaan Allah.... memang agak sukar utk kita tentukan bila, jangan ambil lewa, setiap malam dalam 10 malam terakhir ini kita anggapkan ianya adalah malam itu.... maka berdoalah dengan kusyu' dan ikhlas.....dan berulang kali.....

Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī
Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī
Allahumma innaka' afuwwun tuhibbul-'afwa, fa'fu' Annī

28 Julai 2013

Share: #Ramadan Reminder ᴴᴰ - It's Not All About Food

Peringatan untuk diri sendiri......
Harap masih belum terlambat untuk share video ni. Kebanyakkan dari kita dah tersasar pengertian dan konsep berpuasa di bulan Ramadhan. Video ni menerangkan konsep asas berpuasa tersebut.


Antara lain dinyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan berpuasa. Bermakna ianya bukan semata-mata pasal mentekedarah atau makan isi tengkolok sendiri. Sepatutnya kita kena lebih memberi penekanan untuk memberi makan kepada golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada mereka yang berpuasa, akan mendapat ganjaran puasa orang itu tanpa mengurangkan ganjaran puasa orang itu".

Definasi puasa yang dangkal adalah tak makan dan minum dari fajar hingga waktu matahari terbenam (maghrib)... Tapi yang sebenarnya lebih dari sekadar tak makan dan tak minum. Puasa adalah menahan diri, bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga perkara2 lain seperti menipu, berkata2 jahat, menyumpah seranah, mengumpat dan sebagainya. Dalam banyak perbuatan kita semasa berpuasa bersungguh2 untuk pastikan tiada yang masuk ke dalam, tapi tak kesah mender yang kita keluarkan. Sedangkan yang kita keluarkan lebih serius dari apa yang masuk ke dalam.

Dalam beribadah, salah satu tujuannya adalah untuk membentuk sahsiah diri dan mempertingkatkan adab kita. Semasa berpuasa, kita perlulah banyak bersabar dan mengawal diri. Oleh tu, kita kenalah berwaspada dengan tuturkata dan perbuatan kita, semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

In Syaa Allah

21 Julai 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part V

Sambung lagi....

Beberapa selected chopper / bobber yang berjaya menarik perhatian aku....

Chopper low rider ni memang menarik dan unik.....fully customise dari Indonesia... memang respek tahap engineering dan kreativiti yang ditonjolkan. Motor ni menang award best chopper untuk event ni.

nampak apa2 yang unik? selain plastik purple yg cover air filter tu.....
macam alien pun ada....
bodypart yang organik
memang agak susah nak pikir secara logik

paint job.... meghelit bak kata orang penang
Sebelum ni pernah gak tengok custom bike dari rancangan "Bikers Build Off" kat astro guna rim berlubang... atau diorang panggil hubless. Masa tu Billy Lane custom kat chopper.... tapi untuk rim belakang sahaja. Kalau search kat pakcik gugirl, cari hubless bike, ada banyak dah ghupanyer. Tapi tak kesah ler..... janji kat Art of Speed ni aku berpeluang tengok sendiri hubless bike ni.... tayar depan belakang lak tu. 
perfekto!!

Bobber ni plak custom hasil kreativiti anak tempatan..... tapi aku takda detail sangat.... Yang menarik nya motor ni nampak taff dan rugged. Finishingnya plak mostly original material punya finishing. Tak pkai paint. Ada parts2 yang finished dengan nickel. Selain tu design ekzos, head lamp & tail lamp memang something sangat.....




exhaust tip dia ganass......

Yang ni plak aku tatau nak masuk kategori chopper atau bobber... Feature paling menonjol kat motor ni  custom paintjob pada fuel tank dan rear fender... memang satu hasil seni yang mengkagumkan... gold flake banyak giler tertanam.... sekali kena cahaya bole silau mata dibuatnya. Selain tu, tayar depan belakang dedua pkai tayar gemuk... yang belakang siap white wall.

Tengok tayar berdinding putih dan gemuk camni teringat Russell Mitchell nyer custom bike


hasil kesenian yang tinggi

Perforated metal jadi heat shield pada ekzos

Chopper custom ni plak bole nak disamakan dengan american chopper... ahaksss.... yang gempaknyer motor ni, tayar belakang.... lebar betul. Selain tu aku suka design rear fender dan fuel tank.




20 Julai 2013

Post Ketinggalan Zaman :: Art of Speed 2013 Part IV

Tak abih lagi post psal event ni.... memang banyak gambar lagi nak share... ahaksss...

Kali ni motorbike dengan kategori Chopper dan Bobber custom.... aku semenarnyer gheti sebut jer bobber tu.... apa kemender pun tatau.... ahaksss...

Layan gambar lah..... banyak lagi gambar ni..... belum masuk kategori kereta lagi.....


amboi.... panjang nyer fork....

sexy


berseni finishing ni..... camna diorang buat yerk?

opocott..... takut nengok tengkorak berapi ni

da sama taraf ngan american chopper

classic chopper

custom harley


nampak taff.....dan ganas.....



tak silap harley ni ada menang something masa event ni

aikksss..... ada skate board plak kt tepi....
ada lagi chopper & bobber..... sambung kendian.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...