05 Ogos 2013

Tomyam Pekat, Taman Datuk Senu, Sentul, KL


Nabil mmg tak tahan pedas... Tapi tah camna salah satu feveret food dia tomyam...dia sanggup tahan pedas utk makan tomyam...begitulah betapa enaknya tomyam utk Nabil. Walaupun pedas, dia sebat jgak. Janji standby air dan tisu sebelah wat lap hingus yg meleleh kepedasan. Ahakss....

Dan dalam banyak2 tomyam yg kitorang makan, semua sepakat setuju, tomyam paling power dan gempak de bommm adalah tomyam pekat kt tmn datuk senu. Walaupun begitu tidak sekerap mana pun datang makan sini.... Tapi bila terasa nak makan tomyam power mmg tempat ni akan dituju.

Sejarahnya, tmpat ni cikti yg rekemen satu masa dahulu... Dan kekal jadi 1 destinasi tetap kitorang utk tomyam pekat. Tempat dia biasa2 jer... Tipikal utk kedai makan tomyam yang lain. Takda apa feature yang luarbiasa. Yg pastinya pekerja atau tokeynya samada orang kelantan atau orang sempadan siam. Oh yaa.... nama kedai ni sebenarnya Mayana Tomyam...err.... rasanya ler....

Memandangkan ni dah minggu akhir puasa, kebetulan plak Nabil teringin lagi utk buka posa diluar, jadi aku pun arrangelah utk iftar kat tomyam pekat. Telefon order makanan dlm pkul 5 ptg.

Pilihan kali ni... Yg wajibnya tomyam pekat seafood, daging masak merah, udang goreng tepung dan kangkung belacan.

Kitorang pegi lepas solat maghrib. Wina dan nia tamau ikut plak. Ok lah tu. Masa kitorg smpai masih ada 4-5 meja yg ada org dok makan... Meja yang lain semua tinggal pinggan mangkuk terpakai yg blum sempat dikemas. Nampak gaya memang full house ni.Dengan cepat diorang bersihkan, kemas meja dan hidang makanan yg kitorang order.

Berbalik kepada tomyam kat sini, semenarnyer ada jer tomyam biasa. Cuma yg luar biasa bole mintak special utk jadi tomyam pekat. Kitorang mmg akan mintak pekat punya. Rasanya memang pure tomyam yang pekat. 1 sudu yg pekat ni puas hati meletup2 rasa tomyam dalam mulut. Kalau tomyam biasa hirup 3-4 kali belum tentu puas... Bagi aku dari segi kepedasan, dia taklah pedas menyengat... Tapi rasa panas dalam. Masakan2 lain pun power gak semenarnya. Tapi dah hightlight dia tomyam pekat, jadi menu yg lain terus tenggelam.



Inilah tomyam pekat
tomyam pekat dalam mangkok kecik
kangkong belacan
udang goreng tepung
last2 ni jer yang tinggal.... ahaksss....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...