13 Julai 2011

TAKARA TOMY :: The Three Common Nissan

Sambungan dari sini.



Takara Tomy, byk gak nissan. Bebaru ni jumpa 3 ketui terus kat KLCC. Keta bebaru jgak. March K13, Serena C25 & Serena C26. Aku sauk semua. Tak bg chan. Walaupun rim butang baju, tp mana lg nak dpt Nissan 'biasa' scale kecik. Kalu Nissan flagship senang nak jumpa.








Nanti aku update detail setiap satu....

12 Julai 2011

Wina at SuperGT 2011

Tahun lepas, Wina dah pegi SuperGT. Tahun ni dia jadi pengikut setia aku ke SuperGT sekali lagi. hahahaha......

Cam biasa aku akan cuba bawak budak sorang untuk bolehkan masuk kids pit walkabout SuperGT. Jadi aku ajak Nabil, dia tamau ikut, aku ajak Wina dia tamau ikut, aku ajak anak buah aku Hilmi tamau ikut. Hilmi plak bgtau kat anak buah aku sorang lagi, Yan, dia nak ikut, tapi pagi tu dia ada kelas tambahan. Kang lambat melepas plak kids pit walkabout tu. Tengah pening2 nak bawak sapa, Wina akhirnya volunteer utk ikut aku..... huhuhuhu

TAPI yang tak best nyer, tahun ni kids pit walkabout diorang combinekan dengan walkabout biasa tu. Jadinyer serabut balik laaahhh. Nak kena berebut ngan "budak2 besar" bersesak-sesak tambah serabut ngan geng2 DSLR. hmmm..... hampehsss...... cuma yg ok pun psal dapat masuk free. Kalu tahun lepas dapat banyak gambar di pit bersama RQ & driver masa kids pitwalkabout ni. Tapi tahun ni haraaammmmm....... yg RQ pun tamau datang dekat psal ramai sangat orang dok kerumun. Sourvineer pun alahaaiii....... Kesimpulannya walkabout tahun ni tak best langsung.........
serabut... serabut........

amik gambar sendiri jerrr.......


Layan sengsorang.... huhuhuh

Sibaik masa dok jalan2 tu terserempak ngan RQ. sempat ler amik sikit gambar sebagai pengubat dukaa..... huhuhuhu


Tahun depan tak tahu ler camna. Harap2 organiser boleh asingkan kids walkabout ngan walkabout biasa. Bagi spesel skit lerr... kesian kat bebudak yang nak gi walkabout tu. Kesian gak kat bapak bbudak tu.... huhuhu

11 Julai 2011

Package from Samsung!!

 Dapat package dari Samsung beberapa hari yang lepas......







Aku pun semenarnyer tak tau apa perassan... takder perasaan pun. nak kata happy tak, nak kata sedih pun tak. Psal aku bukannya hantu bola sangat. tapi dah orang bagi tiket & pass ni, aku syukur jer ler... Nak pegi tanak pegi pun tak tau lagiii...... tengok ler keadaan nyer nanti......

10 Julai 2011

Testing mobile blog

Testing 123 testing 456

Kredit kpd wina. lukisan yg dibuat masa kindergarden dulu......



posted from Bloggeroid

#23 Motul Autech GTR Team NISMO at Super GT Sepang

Team utama Nissan/NISMO yang dipertaruhkan saban tahun adalah #23 Motul Autech GTR . Sememangnyer team yang aku kena support atas minat aku terhadap Nissan. huhuhuhu.....

Kehadiran team ni ke Sepang berbekalkan mata tertinggi antara semua team dengan 26 mata. Bukan tu saja, malahan team ni mempunyai weight handicap yang paling berat antara team. Oleh itu harapan tinggi tidak diberikan kepada team ni utk menyinar di Sepang. Seperti yang diduga, kedudukan grid team ni selepas kelayakan adalah hanya pada kedudukan grid ke12 dari 15 team yang mengambil bahagian pada kelas GT500.


the queens

qualifying




pit stop practice before the actual race

starting grid

during the race
Sepanjang perlumbaan, team ni agak sukar untuk menyerlah. Cuma pernah berada pada kedudukan terbaik ketika semua pasukan telah memasuki pit bagi menukar tayar & pemandu sedangkan team ni bertahan agak lama untuk berbuat demikian. pasukan ini terus berada pada kedudukan di belakang selepas keluar dari pit. Akhirnya pasukan ini menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke 14 dari 15 pasukan, gagal memungut sebarang mata.
the end of the race



Biasa ler dah adat race hari ni menang, esok kalah. Terutama dalam SuperGT, amat jarang kemenangan berturut2 diperolehi oleh mana2 team disebabkan sistem weight handicap yang digunakan pada SuperGT. Setiap pasukan yang mendapat point akan mendapat weight handicap bersamanya.

Takpa #23. Walaupun kalah di Sepang, tapi team ni masih lagi mendahului pungutan mata.

kenapakan ayat2 ku di atas agak skima seolah2 dengar berita jam lapan.... ?? huhuhuh

08 Julai 2011

Fast Lane :: Nissan 350Z

Dapat Fast Lane Pull Back Car :: Nissan 350Z ni pada 30 Jun 2011 lepas kat TRU KLCC. Nak kata best sangat idak ler, sekadar acceptable dengan harganyer yang murah. Tambahan pula NISSAN... mmg aku takleh tolak ler tu.




bole plak terlenggak keta ni kat depan




Posting yang tak bermakna ini dibawa oleh anda oleh kopi chap kapalaludimana.......

05 Julai 2011

DATUM 2011 :: KLCC Hauls


Masa lunch break GBF & KLDF.... aku ngan sarum breakaway ke KLCC... tengok apa2 yang patut...... ini ler hasilnya yang sesangat ler tak seberapa....

In random order.....
1. Fast Lane Pull Back Car :: Nissan 350Z
2. Hot Wheels :: Ford GT
3. Hot Wheels :: Chevy Camaro Indy 500 Pace Car
4. MatchBox :: 2007 Ford Shelby GT 500
5. Takara Tomy :: Nissan Serena (C25)
6. Takara Tomy :: Nissan Serena (C26)
7. Takara Tomy :: Nissan March (K13)

detailsss kendian.....

04 Julai 2011

Mysterious Aston Martin 3 Doors Hatchback

Semalam (3 Julai 2011) aku ke Archidex2011 kat KLCC. Tengah browse pameran design2 building kat luar tu aku ternampak gambar kereta.... wow.... smart nyer.... bisik hati ku... (cheh... macam novel ler plak) keta apakah ini?

OOooo...... bangunan tu design studio Aston Martin...... kat Warwickshire, UK. Da semestinyer ler keta Aston Martin. Tapi aku tak pernah tengok lagi Aston Martin 3 doors hatchback.... misteri... misteri.... miss isteri......


Pencarian dalam intenet Aston Martin Hatcback bawak ke Aston Martin Rapide & Aston Martin Cygnet.... tapi Rapide 5 Doors fast hatchback, Cygnet plak macam nama dier cikenit 3 pintu city car..... bukan 3 doors hatchback macam gambar yang tengok ni. Jadi kemungkinan besar, kereta ni tak pernah dilihat umum, mungkin diproduce akan datang atau hanya sekadar concept car.


Nampaknya misteri menyelubungi....... huhuhuhu

02 Julai 2011

Mutiara Motors 370Z at SuperGT 2011

Masa Super GT 2011 lepas, Mutiara Motors, pemilik brand M7Japan macam biasa bukak booth. seingat aku tahun lepas, diorang pamer GTR. Tahun ni diorang pamer 370Z... sexy plak tu. Memang mengancam keimanan. Yang surprisekan aku lagi, tahun ni diorang sponsor team HIS Advan Kondo GTR.... cayork.... berubah angin ke nissan nampaknyaa.... huhuhu. jadi aku pun kena support ler kampeni ni..... tarok ler gegambar ni.....

memang sexy.......

belakang lagiii laaa sexy........

memang chun & seksi... putih melepak...... huhuhuh

curvy side profiles......

brake 6 pot..... tak tahaannnn......

nice ass..... titanium tips & carbon spoiler.... sexy lady.....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...