14 November 2010

HotWorks 1:64 BLITZ ER34 D1 (2002-2003)

Continue from here.

Taken the pics from the acrylic box using my chokia henpon. Too sayang to take the car out from the box. Afraid gonna ruin it. I think its good enough to have closer look on how these great-things-that-come-in-a-small-package look like.



The rims look like WORKS VS-KF



Watch out for the other 2 sets of Blitz ER34 D1.......

13 November 2010

Zoo Birthday Party at Putrajaya 31Okt2010

Event ni di'orgnise' oleh Wati & Kak Nonie untuk meraikan birthday sesapa yang jatuh dalam waktu2 terdekat. Aku pun termasuk list, itu pun memula tu, diorang tak perasan. Makanan macam biasa potluck. Bahagian aku, Dora masakkan Spagheti & buat Coleslaw. Lenlain makanan, Laksa Penang, Nasi Jagung, Nasi Lemak, MiHun Goreng, Sate, Nasi Himpit dan memacam lagi laaa.......

Apa yang unik party kali ni, tema bukan sekadar warna saja, tapi Zoo Party. Semua yang datang kena pkai baju yang bertemakan binatang kat zoo..... Binatang sangat ler kan? huhuhuh...... Untuk bekerjasama ikut tema, dan tamau beli baju binatang yang tak tau bila lagi bole pakai, aku guna kadboard & crayon ajer untuk buat headgear untuk Nabil & Wina. Mmg cheapo......

Nabil ngan kepala singa.....


Wina ngan mousedeer

Something extra sikit, Wati buat surprise jemput Uncle Bobo the clown. Bobo ni kira ok ler wat bentuk guna belon..... tapi aku perasan dia macam memalu gitu. Badut yang pemalu.... ahaksss....... Lepas buat belon untuk bebudak, mintak Bobo organisekan game. Konon untuk memeriahkan ler party tu. Tapi aku tengok macam bosan jer game dia. Last2 aku take over buat game aku sendiri. Memang aku da wat homework & prepare seskit game untuk party ni, just in case. Sibaik game yang aku buat tu kira ok ler, nampak bebudak happy. Pas penat, aku break kejap, Cik take over wat game dier plak.

Uncle Bobo wat belon....

Uncle Bobo, badut pemalu..... huhuhu


Wina ngan belon dia pemberian Uncle Bobo


Kek birthday... bukan 1, bukan 2.... tapi 3!! ahaksss.....


Nylea ngan baju biri2. CikTi dia tolong belikan.....


Ahli baru dalam keluarga.... Nushi & Adib The Bees. Errr..... mana satu Nushi mana satu Adib aku pun tak tau.... huhuhu

10 November 2010

Birthday Present & Celebration

Dah seminggu birthday aku. Tahun ni tah camna meriah semacam plak. Walhal tak rancang sangat. 2 hari sebelum birthday, join sekaki birthday party family kat Putrajaya. Birthday boy paling tua.... ahaksss.... lenlain semua anak2 buah.

Banyak gak dapat hadiah masa party kat Putrajaya tu. Tak biasa dapat hadiah birthday byk2 gini..... Terima kasih kat family yg bagi hadiah. Ingat jgak korang kat aku.... huhuhuhu

Pada hari birthday, waktu lunch aku kluar ke The Mall sengsorang. Hasilnya .....ni laaa dia birthday gift untuk diri sendiri. Yang best tu ada sale. dapat ler diskaun 10%-20%

Dalam shopping bag Parkson kali ni ada 4 Nissan.
- Kentoys 1:24 XTuner 350Z
- Kentoys 1:55 XTuner Skyline GTR R34
- Kentoys 1:55 XTuner Model Kit 350Z
- Rastar 1:43 350Z
Bertambah lagi birthday present...... huhuhu

Balik dari The Mall, celebrate ngan bebudak opis. Beli kek, makan reramai. Tumpang celebrate sekali ngan sesapa birthday dedekat.
Banyak nama tuuu...... huhuhuh

Petang tu, Cik pancing suruh belanja Dinner. Kebetulan mak ada, tapi dah nak balik Kelantan keesokkannya. Dengan waktu yang singkat, organise utk ajak semua adikbradik tuk makan kat Restoren Saba. Semua dapat datang kecuali Wati yang tak dapat dihubungi. Bila dapat kontek, dia tamau join psal da nak tido..... ahaksss..... awal gila adik aku sorang ni tido.

Nak kata gembira celebrate, tak jgak... psal usia dah makin lanjut. Maknanya tak lama lagi aku akan hadapi stage "mid life crisis". ahaksss...... Camna haaa....?? sekang ni pun rasa dah macam berkrisis jerr...... Tau dah tua, tapi tamau ngaku tua.... tengok ajer ler, dah tetua camni sibuk nak beli mainan...... huhuhuhu

* Ni haaa... tertinggal plak gambar 1 hadiah dari Wan.... Hamper barangan HPA...... mekasih bbyak Wan...... Best ler cokelat & cili sos dier...... lenlain tak sempat nak rasa lagi..... Errr....kopi tu tak yah cerita lerr...... ahaksss......




08 November 2010

Presage Compared to Exora

Sambungan dari sini.

Bebaru ni kebetulan ada Exora parking sebelah Presage aku. Sekilas perbandingan, lebar antara dedua ni nampak lebih kurang. Presage lagi rendah dan labuh. Exora lagi tinggi.


Tapi yang aku agak surprise, Exora pendek dalam kadar yang agak besar. Bole tengok gambar kat bawah ni. Kedudukan muncung depan lebih kurang, tapi bontot Presage jauh ke belakang.

07 November 2010

Sentra N16. Front 4 Pot Brake, From R32 to R34.

SEBELUM
Brake dari Skyline R32

SELEPAS
Brake dari Skyline R34

* Ignore the shining disc rotor of R34, coz it was snapped with flash...

Sentra N16. Rear 2 Pot Brake Pad Replacing & More Pictures.

Sambungan dari sini.

Sebelum ni takda kesempatan untuk amik gambar hasil kerja pemasangan 2pot brek belakang kat Sentra N16 ni. Macam diceritakan sebelum ni, brek performance tak capai expectation. Pomen kata brek pad dah out.



Jadi aku keluar ler mencari brake pad untuk 2 pot ni. Memula tu cari kat kedai dedekat, diorang mintak sample pad tu untuk cari. Kedai ke-3 terus bagi brake pad tertulis untuk model R33, R34 & Z32. Brand Hitachi, Made In Japan. Harga pun kira berpatutan. Jadi aku sambar ler. Ikut cerita kedai sparepart tu, Hitachi ni tak "makan" rotor disc.

Pad asal bewarna biru brand original Sumitomo, dah nipis.


Siap pasang brake pad baru.


Pandangan dari belakang, nampak kaedah pemasangan rotor & handbrake.

Lepas pasang, buat bleeding. Pastu try bawak & brake, baru lah ada feel brake skyline!! Pad depan masih pakai pad yang ada, tak tukar baru lagi, tapi cengkamannya dah sampai tertolak kepala ke depan bila tekan brek. Kali ni baru puas hati. Pemanduan pun makin menyakinkan dan solid. Late braking? no hal.... ahaksss.......

Nanti aku update brek depan R34 plak ngan gambar......

05 November 2010

2004: X-1R Quest 4 Champions

Cerita lama betul ni.... back 2004. Masa sesaja surf internet, aku terjumpa balik cerita ni kat http://www.amnmotorsport.com/race-result1804.htm

Masa tu aku cuba nasib dalam X1R Quest4Champions ni. Kena beli X1R additive, dapat borang penyertaan. Hantar borang penyertaan bole masuk competition ni yang dibuat khas untuk mencari team mate Deanna Yusof & Pippa Yoong untuk berlumba dalam Merdeka Millenium Endurance 2004.

Peserta kena lepas tiga saringan. Saringan pertama guna go-kart, yang kedua guna go-kart jgak dan saringan ketiga guna kereta lumba sebenar team X1R ni kat Sepang International Circuit (kononnyer laaa). Utk saringan pertama ada 2 round. Setiap round diorang akan pilih top 25 best time go-kart kat litar go-kart ELITE. Aku berjaya masuk yang round pertama dan berjaya catat masa 12 terbaik. Ok ler untuk aku yang berat dlm 75kg berbanding orang lain ada yang bawah 60kg.

Results saringan pertama pusingan pertama


Cerita psal saringan pertama pusingan pertama.

50 orang dari 2 round saringan pertama ni kena compete sesama sendiri sekali lagi secara time trial go-kart kat Elite gak. Dari sini peserta top 25 dipilih untuk layak ke saringan ke tiga di SIC. Aku berjaya gak lepas saringan kedua ni untuk ke saringan ketiga. Tapi aku tak ingat nombor berapa. Carik dalam website kat atas tu pun takder.

Bergambar dengan kononnya bakal team mate.... ahaksss......

Masa kat Sepang diorang bagi short advance driving class sebelum diberi peluang untuk try bawak kat litar SIC tu. Instructor akan dok sebelah dan nilai cara bawak. Tapi nasib aku tak baik. Camna tah aku antara orang yang last diberi peluang untuk try atas track. Walhal nama aku kat tengah. Ada peserta yang guna cable untuk potong trip aku. Masa awal2 tu peserta pusing 2-3 round, ada yang sampai 4-5 round. Tapi bila last2 tu, tak cukup masa laaa.... keta rosak laaa. Aku pusing track SIC tu tak cukup pun 1 lap dah disuruh masuk pit. Pastu instructor yang sama kau tu plak dok preassure aku suruh bawak macam dia bawak. Bagi arahan tu bagi arahan ni. Kekok ler aku. Secara jujurnya mmg aku tak puas hati cara diorang handle pada saringan kat SIC ni. Aku tak kesah sangat kalu tak dapat jadi team mate Deanna Yusof kalau semua peserta diberi peluang yang sama.

Pernah keluar sokabar ada gambar aku posing sebelah Deanna Yusof dengan peserta2 lain kat SIC. Aku simpan. Tapi tak jumpa plak. Kalu jumpa nanti bole ler post.......

03 November 2010

Sentra N16. Brakes 4 & 2 Pot Upgrade.

Sentra N16 aku sekang sedang dalam proses untuk upgrade brek. Minggu lepas berjaya jgak pasang brek belakang Nissan 2 pot diambil dari Skyline (tak pasti plak Skyline model mana satu). Ganti brek belakang A32 single pot yang aku dah pencenkan. Susah gak kerjanya. Banyak melibatkan kerja engineering fabrication untuk siapkan tapak mounting caliper tu yang kosnyer agak membotakkan kepala. Selain tu hos dan cable handbrake pun kena tukar jgak. Takper ler, janji impian nak pkai 2pot kat belakang dah tercapai.

Sekang ni giliran brek depan plak. Jangkanya sabtu ni bole siap. Pun sama, melibatkan kerja engineering fabrication kat bahagian mounting caliper. Tapi dengarnyer tak seleceh brek belakang. Nak ikutkan aku dah pasang 4 pot dari R32. Cuma performance brek ni macam da kureng sikit. Almaklum bertahun2 pakai tak pernah servis pistonnya. Kalu nak beli repair kit ni pun dah 2ratus lebih, jadi aku rasa baik upgradekan ajer. Lagi pun aritu masa nak psang aku dah skim kecikkan diameter rotor tu untuk mudahkan pemasangan dulu. Jadinya diameternyer dah tak ori saiz skyline lerrr.....

Caliper 4pot yang aku nak sumbat gantikan caliper R32 tu adalah dari Skyline R34 plak. Memang berbeza antara dua ni. Yang paling ketara adalah saiz rotornya yang besar. Calipernyer jugak diikat tinggi untuk lepaskan pusingan rotor yang dah besar tu. Skru nut untuk ikat pun lebih besar. Untuk tu, lubang pada knuckle untuk ikat caliper kena di besarkan jugak. Selain tu pomen tu nak pastikan kali ni rotor tu tak payah diskim kecikkan, kekalkan saiz asal. Jadi kena fabricate mounting lain. Kalau nak ikutkan kaedah paling senang skim kecikkan rotor tu sikit dalam 2-3mm. Tapi kali ni mungkin bukan pilihan lagi untuk aku.

Brek depan R32 yang akan ditamatkan perkhidmatannya.


Brek 2 pot belakang dah nyenyorok belakang rim.


Maklumat dan spesifikasi brek2 Nissan 4pot depan dan 2pot belakang macam kat bawah ni. Timakasih kat Haizul kongsi info ni. Haizul dah berjaya sumbatkan 4 pot depan R34 ni kat N16 dia minggu lepas. Aku banyak dapat guideline dari dia. Mekasih awoks!!



Nantikan update brek depan yang dah siap nanti. Harap permudahkan oleh Allah. InsyaAllah.
* Ada yang tanya, apa yang aku buat ni? Sebenarnya aku tukar caliper brek dan disc rotor brek kepada yang sepatutnya lebih baik.

02 November 2010

HotWorks 1:64 BLITZ ER34 D1 (2002-2007)

Get all the 3 set available on the rack at SOGO without hesitation. Even though its 1:64 but the decals are quite detail and the cars are neat. Further more its Nissan!! How can i resist that. Compared to 1:24 i'm more amazed on 1:64 coz they can squeeze the detailing into these tiny cars. But if budget permitted, 1:24 may be my next haul......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...