29 Disember 2013

Nanny Dalam Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kat mana nak start...?. hmmm.....

Aku cuba mula dari 14 tahun lepas... masa mula2 aku kenal seorang insan istimewa yang aku mesra panggil Nanny. Perkenalan disebabkan oleh penyatuan hidup aku dengan isteri tersayang, Dora. Memang tak boleh disangkalkan Nanny adalah sorang yang sangat-sangat-sangat istimewa untuk Dora. Sejak aku kenal Dora kat U, dia dah mula bercerita perihal Nanny. Semua ceritanya berkisarkan bagaimana kasih, sayang dan sanjungan dia kpd Nanny. Buatkan aku teringin sangat untuk kenal dengan Nanny.
Gambar tak bertarikh, seawal pekenalan...
Aku tak berapa ingat kat mana dan bila pertama kali aku jumpa dengan Nanny. Yang aku ingat, mula2 jumpa dia dah mesra dan macam kenal lama. Ghupanya memang sifat Nanny, sangat peramah dan suka berseloroh. Dia suka buat lawak2 bagi kita suspen... hahaha... masa memula pun aku dah gelabah ngan lawak nyakat dia... Tak hairanlah kalau orang disekitarnya menyanjung dan menyayangi Nanny.

01 Disember 2013

Amsterdam - Cork - London - Paris


25 Oktober smpai 11 November yang lepas, family aku pegi vacation trip.

Trip ni banyak yg special sangat utk aku. Kalu bole aku senaraikan:
1. Trip melancong paling lama dlm hidup aku... Total 18hari
2. Trip melancong paling banyak negara yg akan dilawati... Holland, Ireland, United Kingdom dan France.
3. Trip melancong yg paling banyak belanja... Berapa RM? Byk lah... Abis simpanan seumur hidup... Huhu. Sibaik Dora byk support. Nk lagi lega, kat Ireland lodging kat umah ijat jer. Jimat banyak tu.
4. Trip melancong paling jauh seumur hidup.
5. Trip melancong pertama kat europe.
6. Trip melancong pertama aku drive sendiri... Kat Ireland.
7. Trip melancong paling jauh jalan kaki kot.
Banyak lagi yang special kot.... 

Hari pertama di Europe sampai di Schiphol Airport Amsterdam
Apa2 pun post psal vacation ni aku jangka akan banyak dan amik masa. Share sikit2 lah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...