Aritu gi KL Festival City... yang tak berapa jauh dari umah kitorang untuk beli something. Lepas settle, nak gi dinner.... abis perah otak nak makan apa kat situ. Tetiba terlintas idea untuk makan kat Platinum Walk, belakang jer dari KLFC.... teringat ada restoren masakan chinese muslim. Da lama perasan, cuma takder peluang untuk cuba. Bolelah kalu nak cuba...bila lagi...? ini kalilah.... :-p
Kedai makan tu lengang jer takda orang. Ok lerr.... takyah tunggu lama. Kitorang disambut oleh sorang mamat ni. Suasana dalaman sederhana sahaja. Dihiasi dengan gambar menu2 makanan kat situ dan ada lukisan kaligrafi cina. Diberikan kat kitorang menu.....
Muka depan menu... wooo... baru tau nama restoren ni Yusof |
Bila dapat menu memang agak pening gak nak memilih. Pasal masakannya memang pelik dan tak biasa. Takut kang salah pilih tak kena ngan selera membazir ajer. Mamat tu bagitau yang restoren ni memang sajikan masakan authentic dari negara China. Chef yang masak pun diimport dari negara China. Wah.... special nyerr.... Last2 aku mintak mamat tu yang suggest makan apa.... aku mintak masakan yang kena ngan selera orang melayu. huhuhu.....
Signature dish dalam menu |
Jadinya malam tu kitorang makan sotong masak apa tah.... ngan kacang boncis goreng kering.... lepas bincang2 dan ikut recomendation mamat pelayan tu.
Ini pilihan kitorang... apa menda tah nama... tak ingat.... lebih kurang Sotong sizzling berkuah |
Ini pilihan sayur... kacang boncis goreng kering |
Dora minum Jasmin Tea... aku selera melayu... Ice Lemon Tea |
Lauk-lauk ni dimakan dengan nasi putih jer.
Dari segi masakan memang agak unik rasanya. Mungkin ini lah rasa authentic China. Kitorang dapat abiskan makanan2 tu... kira best gak ler kan? Kalu sesiapa nak merasa boleh lah mencuba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan