14 Mei 2013

18 Mac 2013 _ Universal Studio Singapore Part III

Sambungan dari sini.

Lepas abis show Water World kitorang proceed kat lost world nyer ride. Dora teman nia naik dyno soarin. Mainan bbudak pusing2 pastu ke atas ke bawah. 

Gate masuk Jurassic Park

Dora dan Nia naik Dyno Soarin
Aku plak bwak wina naik canopy flyers. Lama gak beratur. Aku ingatkan nek mender slow2... Ghupanyer bole tahan laju gak. Ride ni macam nak kata roller coaster tak jugak. Duduk kaki tergantung pastu dia pusing-pusing ikut rail belah atas... tinggi gak. Tapi kejap jer ride ni. Rasanya utk bebudak sesuailah. Aku bagi 3 bintang.



Canopy Flyer... pandangan dari seat aku

Abis tu nabil n wina ajak naik Rapids Adventure plak. Nia nak repeat dyno soarin. Trpaksa lah dora melayan. Aku bwak nabil n wina. Fuh... Waiting time estimate 40minit tu... Lenguh kaki beratur. Perut pun da lapar nih. Ride ni kalu single rider bole potong que. Nabil siap kluar line nak nek sorg. Ride ni lagi 1 nyer akan basah. Aku kononnya dah sediakan baju hujan lah. 


Amik ko.... beratur bukn main panjang
Siap ada vending machine jual baju hujan



Ride ni konon macam nek boat utk tengok dinasour yg dibiogenetic utk idup smula dlm Jurasic Park. Alaa... Konon mcm citer jurasic park tu la. Memula tenang jer. Ada ler 2-3 dinasour gerak2. Masa ni kalu nk amik gamba bole lagi. Pastu dia buat effect mcm kononnyer ada masalah kat jurasic park tu. Masa tu start keluar dinasour2 yg jejahat. Velociraptor. Pastu masuk dlm bangunan... Ada trex plak. 

Last sekali trex tu dok atas kepala konon macam nk ngap. Last2 sekali boat tu free fall.... Haaaa.... Masa ni lah... jatuh atas air terpercik...kuyup abis. Walaupun aku pkai windbreaker yg da std by, tapi seluar tak cover. Basah kuyup smpai ke spender. Kekal basah smpai ke penghujung trip kat USS ni... Hahaha. Aku bagi 4 bintang. Mungkin pasal lenguh beratur.... huhuhuh

Keluar dari rapid adventure jurasic park ngan kuyup2 tu. Nabil siap salin baju. Ada alat pengering... Tapi kena caj $5. Tak payah ler. 

Basah kuyup.... ahaksss....

2 ulasan:

  1. Hi Atai ,

    Apa khabar and salam sejahtera kepada anda dan seisi keuarga.

    Minta maaf kerana terlalu lama tidak post atau aktif dari masa ke semasa.
    Disebabkan oleh kesibukan kerja dan keluarga ... . kena cari makan dulu ..lah.Kawan..kan.
    Jurassic park di Singapore nampaknya memang hebat dan saya dah lama tak pergi ke sana.. lebih 15 tahun.
    Walau macam mana pun.. .. kita akan jumpa lagi.

    Terima kasih.
    Kin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi kin
      nice to hear from you again.

      keep in touch.

      TQ

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...