Jumpa kereta ni JJ Wangsa Maju bersama sebiji lagi TL Nissan.... akan dipaparkan nanti pada entry yang lain.
Sapa tak kenal Nissan Skyline... legend. Tapi yang ni mungkin orang tak ramai kenal... psal Skyline lama. Skyline ni gunakan code R30.... Skyline pertama yang gunakan huruf 'R' pada code model yang sebelum tu guna code model ngan huruf 'C'. Lepas R30 ni keluarlah model Skyline R31, R32, R33 dan R34, sampailah R35 sekarang ni yang digugurkan nama Skyline, tinggal GT-R sahaja.
Berbalik pada R30 ni, production nya bermula dari 1981 hingga 1985 terdiri dari jenis sedan, coupe, hatchback & wagon. Dari segi enjin plak, pun memacam. Dari 1.8liter 4-cylinder Z18S, 2.0liter SOHC 6-cylinder turbo L20ET dan 6-cylinder LD28 diesel. Pada penghujung 1981, Nissan memperkenalkan enjin baru pada Skyline ini iaitu 2.0liter 4-cylinder 16-valve DOHC FJ20E. Ikut wikipedia ada 26 jenis variant Skyline R30 ni keluarkan sepanjang production.
TL yang aku dapat ni adalah variant Skyline R30 yang telah facelift dengan code DR30 dikuasakan dengan FJ20ET, enjin 2.0liter 4 silinder berkuasa turbo. Peminat kereta kat jepun pun ada nama glamer untuk Skyline ni... diorang panggil Tekkamen atau Iron Mask sebab ghupa muka depan dier yang konon nyer macam topeng besi lerr....
Ok laaa..... da panjang bercerita..... tengok gambar alakadar ni plak.....
Pintu boleh dibuka |
Detail... terutama tang sticker/decal/badge pada body... halus..... |
Gambar kereta semenar dari wikipedia... tapi bezanya yang ni 4 pintu |
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan