12 Disember 2011

Hotel Sri Malaysia Lawas Sarawak_Part 1


Hotel Sri Malaysia, sapa tak tau? rangkaian hotel baget sederhana byk cawangan seluruh Mesia. Tapi… apahal plak ada kat Lawas? Aku pun konpius. Nak kata bandar pelancongan pun tak jgak.

Lepas beborak ngan org2 Sarawak, aku dapat tau yang Lawas ni terletak antara perjalanan antara Kota Kinabalu ke Miri atau Kuching. Jadi aku rasa laa besar kemungkinan Lawas ni selalu dijadikan persinggahan tempat bermalam atau rehat bagi diorang yang travel guna jalan darat bagi destinasi antara Sabah & Sarawak.

Tambah plak kat Lawas tak byk hotel, jadi kemungkinan Hotel Malaysia nampak potensi dan hotel ni pun dibuka tahun ni gak. Dah hotel baru, Mestilah kelengkapan dan ID serta idea baru.

Bila aku smpai kat hotel ni, 1st impression aku, boleh tahan gak grand hotel ni nak dibandingkan lokasinya kat Lawas tu. Yang menarik lagi dan aku suka, hiasan dalaman dia menggarapkan elemen2 indegenous atau tempatan dari segi corak atau pattern atau pada hiasan2/dekorasi. Seperti yg sedia maklum, Sarawak kan banyak suku kaum… jadi pastinya kaya dengan seni budaya dan hasil kerja kraftangan. Kira penggunaan kesenian tempatan dalam rekacorak hiasan dalaman hotel ni, sangat sesuai dan menarik.



Hotel dari luar
Lobi utama berlatarkan kaunter utama
Apa ni? Dayung ker? errr... ngan bakul.... rasanya hasil kraftangan penduduk tempatan
Pintu masuk utama
Kaunter
Lobi utama dihiasi dengan art work painting & kraftangan tempatan
Repeatetion corak tempatan pada capital base di lobi. Best gak kalu dapat tau corak dari suku kaum apa, ye tak?
Restoren... ada tudung2 saji kat dinding sebagai hiasan.
Selain tu, perancangan perletakkan hotel pun aku suka. kedudukan lobi dan lobi2 lif di bahagian atasnya bebetul mengadap sungai. Permandangan chantek!... selain sungai ngan lengkok2 menarik, nampak perkampungan, nampak saujana mata memandang, nampak gunung ganang....elemen2 alam yang mendamaikan dan memang indah.... terutama masa sunrise.

Dari lobi lif
Permandangan sungai depan hotel diawal pagi
sebelah sana plak....

.... errr.... rasa ada sambungan nii....
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...