1 Februari 2011 yang lalu aku ke Penang atas urusan kerja. Projek kali ni terletak pada lokasi yang sangat strategik kat Penang tu. Atas tapak ada bangunan2 lama yang semestinya terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada bangunan yang lebih besar supaya ianya berfungsi sehingga taraf yang dirancang.
Entah lerr.... memang adat dunia ni, nak yang baru, yang lama terpaksa dikorbankan. Kalau nak ikutkan, bangunan2 kat tapak tu, idakler ada significant yang besar terhadap sejarah negara atau penang. Tapi aku tetap sentimental ngan bangunan ni. Tapi sapalah aku nak mempertahankannya.
Jadinya, sebelum bangunan2 ini dirobohkan, elok gak kalu aku amik gambar sesikit, sekurang2nya ada rekod, walaupun tak ler sampai bole jadi bahan rujukan akademik.... ahaksss.... Gambar pun amik dari luar ajer... tak berani nak masuk dalam. almaklum bangunan da lama tinggal.... serammm.... kot2 terjumpa kaklimah, tak ke naya kena penamporr.....
Aku pun semenarnya takda maklumat tentang latarbelakang atau sejarah bangunan ni. Kalu nak, mungkin terpaksa buat research skit ler... tapi keadaan tak mengizinkan. ye lerrr, bukan aku wat thesis untuk master degree ker apa... ye dak? huhuhu.....Dah tu, nak citer lelebih pun bukan ada apa2 maklumat... jadi tengok je ler gambo nyerrr..... Sapa setuju angkat tangan macam sayerr.......
Bangunan pertama ni, ada gabungan antara senibina kolonial dan senibina tempatan. Bahagian bawah, tiang2 besar konkrit dengan base dan capital tiang ber'ornament' ringkas, nampak colonial. Tapi belah atas binaan struktur kayu, ditambah dengan kemasan dinding anyaman kelarai dengan hiasan motif pangkah, nampak vernacular.
Tingkap ram kaca sebelah atas tu, rasanya tambahan kemudian, bukan rekabentuk asal. Aku suka tengok bangunan ni dari sudut macam gambar ni, psal nampak corak dan pattern yang terhasil dari kekuda bumbung, tingkap ram, hiasan motif pangkah dan ram peneduh matahari, digabung dan diulangi.
Kelarai yang dicat dan dihiasi strip kayu bercorak pangkah.
Bangunan kedua di tapak. sah-sah kuarters dengan senibina kolonial. Walaupun gitu, ada gak elemen2 tempatan digarapkan.
Pandangan depan.
Pandangan sisi. Tingkap ram kaca belah atas tu, aku pun rasa ditukar kemudian, bukan rekabentuk asal bangunan.
Yang ni plak tingkap casement bangunan ni dari binaan kayu. Siap dengan architrave dengan rekabentuk yang unik, siap ornamented window sill kat belah bawah & keystone kat bahagian atas arches. Empat2 tiang kat belah depan dan selari dengan dinding tingkap tu, wujudkan frame kepada tingkap seolah2 sebuah karya seni..... chewaahh...... yo yo an jer ayat aku nih.....
Pintu masuk utama pun mengekalkan ciri rekabentuk yang terdapat pada architrave dan keystone tingkap casement. Cuma yang menambahkan keunikan pintu ni adalah kekisi dengan corak bunga pada bahagian atas arches pintu tersebut. Rekacorak ringkas tapi menarik.....
Bahagian belakang bangunan. Ada access tangga terus ke tingkat atas. Tak pasti plak ruang apa bahagian atas tu hinggakan perlu direct access melalui tangga. Entah2, keperluan Bomba zaman dulu kot? hahahaha..... Tak kesah ler tu.... Yang menariknya, ada bidai kayu mungkin dibuat khas untuk tangga ni sebab, anglenya sama dengan kecuraman bumbung pada tangga. Selain tu, susurtangan kayu dengan corak ringkas berbentuk berlian pun sesuatu yang menarik.
Penggunaan bidai kayu dan susurtangan kayu ni, berikan sentuhan ciri2 tempatan kepada bangunan ini.
Di kiri dan kanan bangunan, diwujudkan koridor. Selain fungsi untuk laluan pejalan kaki, ianya juga secara tak langsung bagi teduhan dari silau cahaya kepada ruang dalam bangunan aras bawah. Bila tiang2 disusun secara berturutan dan berulang macam ni, maka terhasillah axis dan vista. Perasan tak, lantai tingkat atas masih mengekalkan binaan dan struktur kayu?
Mungkin disebabkan usia bangunan dan tanpa penjagaan, maka pokok memanjat ni dah jadikan tiang bangunan ni sebagai tempat dia merayap. Mungkin sebab kandungan kelembapan pada tiang hasil tindakan kapilari, berikan sumber air dan mineral kepada pokok ni. Aku memandai jer buat teori kan? ahaksss.....
Dah sebati.....
Keadaan tiang batu bata merah ni pun dah uzur dan rapuh. Plaster yang sepatutnya menutupi permukaan batu bata ni pun dah luruh. Tak ingat plak aku nak check, plaster tu batu kapur atau simen. Camna pun kerapuhan batu bata tu ada kemungkinan disebabkan oleh garam yang dibawa bersama kelembapan yang naik melalui tindakan kapilari. Kalu nak buat konservasi, banyak gak nak kena buat nih.....
Bangunan sokongan kat belakang bangunan kuarters. Mungkin penginapan pambantu rumah.
Sayang seribu kali sayang... lambat laun bangunan ni akan roboh menyembah bumi demi untuk pembangunan......
Hi Atai ,
BalasPadamGood shoot of this historical building.What you have said is true...why must we sacrified the old one to please the new.
A town without old building or precise monument is like a person without memories.
Is very important for us to preserve the historical site for the future generation's education & knowledge.
TFS.
Kin.
totally agreed with u kin.
BalasPadamto preserved the old one, need more attention & money... tideous & difficult. most decision maker opt for cheaper & easier.... without realising the cause & consequence in the future.